Khamis, 16 Mac 2017

Pencapaian Tan Cheng Hoe Bersama Kedah




Tan Cheng Hoe memberi perlepasan kepada para pemain beliau untuk berehat selama seminggu untuk bersama keluarga dan sebagainya. Antara jurulatih tempatan yang agak menonjol pada ketika ini dan beliau juga sentiasa tenang ketika memberi komen-komen yang membina kepada anak buah.

Tan Cheng Hoe mengambil alih pasukan Hijau Kuning pada tahun 2014 ketika Kedah terjerumus di Liga Perdana, Pada tahun tersebut beliau berjaya membawa pasukan hingga ke peringkat Separuh Akhir. Di tahun 2015 beliau berjaya membawa Kedah kembali ke kelompok asal di Liga Super di mana pada tahun itu Kedah menjuarai Liga Perdana dan secara tidak langsung mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 selaku naib juara.

Walaupun status pasukan pada ketika itu masih berstatus pasukan Liga Perdana namun pengalaman yang di miliki beliau tetap mampu untuk membawa pasukan untuk mara ke perlawanan akhir.

2016 Kesungguhan beliau untuk terus membimbing pasukan terus meningkat, Di mana sekali lagi beliau mampu membawa pasukan ke pentas akhir Piala Malaysia, Sebelum ini hanya mampu meraih selaku Naib Juara tapi kali ini terus menjulang piala keramat edisi sepanjang zaman di bumi Shah Alam.

2017 pula satu lagi kejayaan berjaya di lakar oleh Tan Cheng Hoe di mana Piala Sumbangsih terus memasuki di dalam kabinet KFA sewaktu pertembungan di Larkin, Johor Bahru Kedah merampas kembali piala tersebut setelah mengenepikan Jdt F.C di Larkin di dalam penentuan sepakan penalti yang memihak kepada pasukan Kedah.

Kini buruan yang seterusnya Piala FA beliau berjaya membawa pasukan yang di bimbing beliau ke Suku Akhir, Dan semestinya antara target yang akan di kecapi beliau untuk terus menambah koleksi bersama Hijau Kuning.

Tan Cheng Hoe juga merupakan jurulatih top asia dari 15 jurulatih, Dan beliau juga merupakan jurulatih terbaik di tahun 2016. Namanya naik secara diam dan kini antara tumpuan jurulatih terbaik yang mampu membawa pasukan ke peringkat yang lebih domestik.



Tan Cheng Heo

2014 mengambil alih pasukan Kedah berjaya membawa hingga ke Separuh Akhir.

2015 berjaya membawa Kedah menjuarainya Liga Perdana dan mara ke pentas akhir Piala Malaysia selaku Naib Juara - Status pasukan Liga Perdana

2016 layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali gus menjuarai dan menamatkan penantian Hijau Kuning selama 8 tahun untuk membawa pulang piala tersebut setelah kali terakhir Hijau Kuning menjuarainya pada tahun 2008.

2017 satu Cup Piala Sumbangsih terus di perolehi dan terus memasuki di dalam kabinet KFA dari hasil kerja beliau, Tan Cheng Hoe! 3 piala lagi di tahun ini iaitu, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia munkin akan menjadi target seperti mana di tahun 2007 & 2008 duat tahun berturut-turut Kedah menapau bersih kesemua piala dalam masa 2 tahun ketika di bawah bimbingan jurulatih Azraai Khor Abdullah.

2017 adakah mereka akan mengulaginya kembali?



Sumber -HarimauMalaya
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser