Sabtu, 28 Januari 2017

Mohd Farhan Abu Bakar Mohon Maaf

Mohd Farhan

MOHD FARHAN ABU BAKAR MOHON MAAF,PERLUKAN SUNTIKAN MORAL BUKANNYA CACI MAKI


To my mother and father, may every tear that has ever fallen from your tired eyes on my behalf become a river for you in Jannah. Amin.
.
To arwah mak, who passed away when i was 10 years old. Seorang peminat bola sepak kedah. Masa saya dalam pantang dia usung saya naik bas sbb nak pi tengok bola. Ya, masih dalam pantang. Asalkan dapat tengok bola. Mak, kalau dari saya dalam pantang pun mak sanggup bawa saya pergi stadium tengok bola. Kalau mak masih ada, mesti mak seronok tengok anak sendiri di dalam padang. Sekurang-kurangnya, pasti mak bangga. Kalau mak masih ada, di antara beribu penonton yg cerca saya, pasti terselit doa seorang ibu yang inginkan terbaik untuk anaknya. Tapi sayang, saya tiada lagi kekuatan doa dari seorang ibu untuk saya. Tapi siapa kita untuk melawan takdir Allah.

Ya, hidup ni ada naik turunnya. Jujur bila saya baca komen di fb, ig dan lain-lain terlalu ramai orang memaki hamun dan mempersendakan saya membuatkan saya terkilan dan lemah. Tapi perjalanan saya masih jauh. Saya akan ambil segala komen negatif itu sebagai cabaran untuk teruskan perjuangan. Setiap orang pasti akan tiba hari jatuhnya. Tapi tak kan selama-lamanya. Biarlah orang berkata apa mereka suka, yang penting saya akan berusaha untuk keluarga dan rakan-rakan yang setia jatuh bangun saya. Kepada abah, minta maaf sbb saya nasihatkan abah untuk tidak ke stadium malam semalam, kerana saya sudah pun jangka. Biarlah 20ribu penonton memaki saya sekali pun. Biarlah saya yang rasa tapi bukan abah. Biar hati saya tercalar, tapi bukan hati abah.

Mungkin ujian Tuhan ini akan membuatkan saya lebih kuat dimasa hadapan. InsyaAllah.

Di sini, saya ingin memohon maaf jika kelakuan saya menaikkan kemarahan penyokong kedah. Buat masa sekarang saya cuma perlukan suntikal moral dan bukannya caci maki. Kepada rakan sepasukan saya, saya juga ingin memohon maaf andai saya ada salah dan silap. Mereka antara yg terhebat yg pernah saya bekerja di kala naik turun sepanjang karier saya ini. Will come back stronger insyaAllah !




*Dipetik dari page Mohd Farhan Abu Bakar
Share:

Sandro Kembali BERBISA

         
Sandro Da Silva telah menemui rentak bersama Kedah FA selepas beliau kembali pada musim 2017 akibat kecederaan pada musim lalu.Pada pertemuan Kedah lwn Sarawak beliau telah menjaringkan 1 gol untuk membantu kedah menewaskan Sarawak pada aksi liga super perlawanan kedua berlangsung di Stadium Darul Aman.Nampak di wajah beliau sangat terharu selepas menjaringkan gol kedua Kedah.


                                            


Sandro Da Silva











Photo by : Kedah FA
Share:

( Video ) Baddrol Bahtiar Cermelang !!

Baddrol Bathiar

Photo by: Kedah FA



Baddrol Bakhtiar terus cemerlang dengan menjaringkan gol cantik melalui satu rembatan jauh ke gawang Sarawak dan cubaan pertahanan lawan menahan bola tersebut mengelirukan penjaga gol sehingga menerjah jaring gol.beliau menjaringkan gol pertama dan juga gol semangat untuk rakan sepasukan untuk membolehkan kedah berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan kedah 3 sarawak 2 di laman sendiri.Gol kedua kedah dihasilkn oleh Sandro Da Silva menerusi lorongan cantik oleh Liridon, dan selang dua minit Syazwan Zainon menjadi wira kedah dan meletakkan kedah dihadapan sehingga wisel penamat.







Antara gol-gol Kedah dan Sarawak .

Share:

Rabu, 25 Januari 2017

KFA Perlu Jawab Status Rizal Ghazali

Rizal Ghazali




KFA PERLU JAWAB STATUS RIZAL GHAZALI

Jawatankuasa Status Pemain, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengarahkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menjelaskan afidavit yang dikemukakan pengurusan Felda United berhubung kedudukan bek kanan, Rizal Ghazali.

Pemain kebangsaan itu menjadi rebutan Kedah dan Felda sejak akhir musim lalu dan The Fighters tetap meneruskan tuntutan terhadap pemain itu sehingga membawa perkara itu ke jawatankuasa berkenaan.

Menurut Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Status Pemain FAM, Abdul Aziz Yeob Jamaluddin, KFA perlu menjawab afidavit yang dikemukakan Felda walaupun skuad Lang Merah sudah mendaftarkan Rizal sebagai pemain mereka musim ini.

"Kami telah menghantar surat kepada KFA untuk memberikan jawapan sehingga 27 Januari dan dari situ, kami akan memutuskan tarikh mesyuarat sebenar," katanya.

Abdul Aziz percaya isu perebutan Rizal di antara Kedah dan Felda akan dileraikan dalam masa terdekat serta turut berharap pengurusan kedua-dua pasukan mampu menyelesaikannya secara baik memandangkan saingan musim baru sudah pun bermula.

Selain isu membabitkan Rizal, Jawatankuasa Status Pemain turut mengarahkan Persatuan Bolasepak Sarawak memberi penjelasan berhubung penamatan khidmat beberapa pemain secara sebelah pihak.

"Pada 17 Januari, kami telah menerima afidavit daripada empat pemain dari Sarawak mengenai kes penamatan kontrak sebelah pihak. Kami telah menghantar surat kepada persatuan itu untuk memberikan jawapan mengenai perkara tersebut," kata Abdul Aziz.

Sumber : STADIUMASTRO.COM
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser