Jumaat, 30 Jun 2017

Zac Anderson Membelanjakan RM50,000 Demi Lang Merah






PERTAHANAN import Kedah, Zachaary Anderson mendakwa telah membelanjakan wang simpanannya sebanyak RM50,000 untuk kembali di atas padang bersama kesebelasan utama Kedah yang lain.

Pemain kelahiran Australia itu, sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan tulang punggul sejak Mei lalu dan terpaksa berehat sehingga memaksanya menjadi penonton ketika skuad hijau kuning menjulang trofi Piala FA.

Tidak berpuas hati dengan laporan kecederaan itu, pemain berkenaan mengambil keputusan untuk pulang ke Melbourne bagi mendapatkan pemeriksaan penuh daripada doktor pakar yang menelan belanja RM50,000 ketika Liga Malaysia berhenti rehat sempena Ramadan.

“Saya tidak kisah membelanjakan RM50,000 bagi memastikan kecederaan yang saya alami ketika beraksi pada perlawanan bertemu PKNS (Perbadan Kemajuan Negeri Sepangor) di Stadium Darul Aman pada tidak merencatkan khidmat saya di sini.

Zac Anderson Meraikan Gol Bersama Rakan Pasukan


"Laporan yang diperolehi selepas itu memberi harapan baru kerana doktor telah mengesahkan bahawa kecederaan tulang pinggul itu sebenarnya tidak serius hingga memerlukan saya berehat sebelum ini.

"Saya bersyukur, walaupun agak kecewa kerana banyak membuang masa dan tidak turun berjuang bersama rakan-rakan lain," katanya ketika ditemui mStar Online.

Zachary menambah, berbekalkan laporan berkenaan, dia pulang ke Alor Setar untuk diserahkan kepada barisan jurulatih bagi penelitian mengenai tahap kecederana yang dialami.
"Oleh kerana kecederaan itu hanya bersifatkan kecederaan ringan, saya harap dapat kembali mengisi slot kesebelasan utama dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

"Sekarang saya sedang memberi perhatian untuk kembali cergas sepenuhnya dan menyakinkan Ketua Jurualtih, Mohd Nidzam Adzha Yusof bagi diberi tanggungjawab asal di bahagian pertahanan Kedah," jelasnya.

Menurutnya, laporan itu juga telah membuktikan di tidak perlu lagi bimbang dengan kecederaan yang di alami dan mampu beraksi seperti pemain lain selepas cergas sepenuhnya.



SUMBER : mstar

Share:

((VIDEO)) 5 GOL TERPANTAS DI LIGA MALAYSIA





((VIDEO)) 5 GOL TERPANTAS DI LIGA MALAYSIA

Di sini ada 5 nama top gol terpantas yang dijaringkan oleh pemain-pemain  liga Malaysia.. hebat jugak depa kan..


1 . Fakri Saarani  - 11 saat ( kelantan vs Terangganu )

2 . Safi Sali - 15 saat ( Singapore vs Malaysia )

3 . Juan Mureil Orlando - 17 saat ( Johor FA vs PKNS )

4 . Andik Vermansyah - 32 saat ( Selangor vs Johor DT )

5 . Matias Conti - 34 saat ( Pahang vs PKNS )
Share:

Khamis, 29 Jun 2017

(((VIDEO))) Sepakkan Percuma Baddrol Menyelamatkan Lang Merah








Throwback LigaSuper2017 | 26 April 2017

Kedah 1 - 1 Perak


Kedah dan perak pernah bertemu di Liga Super 2017 pada 26 april 2017 awal musim lalu dengan mencatatkan keputusan seri 1-1 di stadium perak.

Dalam perlawanan tersebut Tuan rumah berjaya membuat gol awal hasil jaringan Hafis Kamal pada minit 61'. kedah berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakkan percuma lencongan Baddrol Bahtiar yang menerjah jaring di sudut kanan,

Pemain sensasi Lang Merah super sniper Baddrol Bahtiar membantu kedah untuk pulang 1 mata dengan perak menjaringkan gol tersebut hasil sepakkan percuma pada minit 71'.


Jom tengok video Baddrol Bahtiar mengambil sepak percuma



Throwback highlight kedah vs Perak | 26 April 2017 di stadium Perak,Ipoh

Sumber video : Penyokong Ke

Share:

Selasa, 27 Jun 2017

Memang Ada Pihak Kedah Buat Panggilan Dan Bertanyakan Mengenai Hasrat Saya, Sama Ada Nak Balik Semula Ke Sana Atau Tidak?





ALOR SETAR - Khabar angin mengenai cerita besar kemungkinan akan berlaku kemunculan semula pemain bola sepak yang pernah menjadi sebutan dan kebanggaan pasukan Kedah, Khyril Muhaimeen kuat bertiup di utara tanah air.

Difahamkan bahawa Khyril kini telah "dipancing" oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan diberi tawaran untuk kembali beraksi bersama barisan skuad Helang Merah.

Khyril ketika ditanya mengenai khabar angin tersebut, dia bagaimanapun tidak menafikan desas-desus itu dan mendakwa telah dihubungai KFA sebaik pintu perpindahan pemain dibuka pada 15 Mei lalu.

Pemain PKNS tersebut mengakui sedikit terkejut dan teruja dengan panggilan serta hasrat Kedah untuk melamarnya semula, namun begitu masih belum ada perbincangan secara mendalam.

“Betul..memang ada pihak Kedah buat panggilan dan bertanyakan mengenai hasrat saya, sama ada nak balik semula ke sana atau tidak?

“Rasa macam tak percaya pun ada tetapi buat masa ini saya belum terfikir apa-apa lagi kerana masih di PKNS.

“Pihak pengurusan mungkin akan tahu perkara ini, apa-apa kita tunggulah macam mana nanti, buat masa ini segalanya belum pasti, ” katanya.

Menurut Khyril, dia banyak menghabiskan zaman remaja bersama skuad hijau kuning, namun dia juga turut mengenangjasa PKNS yang sanggup beri peluang kedua buat dirinya selepas kerap kali dilanda kecederaan beberapa musim lalu.

“Saya kena fikir masak-masak soal ini kerana PKNS pun banyak beri peluang kepada saya untuk bermain.

“Sudah tentu peluang ke Kedah juga sukar dilepaskan namun saya pun kena kenang budi PKNS.

“Apa-apa pun saya akan tunggu kata putus majikan jika benar Kedah serius mahu dapatkan saya,” jelasnya.

Khyril merupakan pemain muda Kedah paling menyerlah semasa pasukan itu muncul juara double treble pada tahun 2007 dan 2008 dan berjaya melakar nama untuk beberapa musim apabila dia terus bersama Kedah sehingga 2013 malah sering kali dipanggil untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

sumber : KedahNews
Share:

Respon Syafiq Apabila Ditanya ‘GK Paling Diminati Dalam MLS’ & ‘Jika Terima Offer JDT, Terima Atau Tak?









((((VIDEO)))) : Respon Syafiq Apabila Ditanya ‘GK Paling Diminati Dalam MLS’ & ‘Jika Terima Offer JDT, Terima Atau Tak?


Sesi Soal Jawab Berita Bola Sepak Terkini bersama pemain muda Kedah FA, Syafiq Ahmad


Penyokong bolasepak bertanyakan beberapa soalan kepada beliau melalui twitter Berita Bola Sepak Terkini antaranya  ‘GK Paling Diminati Dalam MLS’ & ‘Jika Terima Offer JDT, Terima Atau Tak?


"Safiq Rahim" - Jawapan Issey mengenai 'Pemain Terbaik Malaysia'


dan lain-lain lagi beberapa soalan berkaitan pasukan liga malaysia yang pasti anda ingin mengetahui.


Anda boleh lihat video penuh di bawah :



Kredit video : Berita Bola sepak Terkini

Share:

Isnin, 26 Jun 2017

Senarai Penjaring Gol Terbanyak Liga Super 2017








Ken Ilso


PENJARING GOL LIGA SUPER MUSIM 2017



BilPemainPasukan
1Mohammed GhaddarKelantan/JDT18
2Matheus AlvesPahang14
3Ken IlsoKedah9
4Safiq RahimJohor Darul Ta'zim8
5Lucas CanoFelda United6
6Gonzalo CabreraJohor Darul Ta'zim6
7Patrick RonaldinhoPKNS6
8Gabriel GuerraJohor Darul Ta'zim5
9Baddrol BakhtiarKedah5
10SandroKedah5
11Lucas EspindolaPKNS5
12Mateo RoskamSarawak5
13Forkey DoeSelangor5
14Juliano MineiroSelangor5
15Farhod TadjiyevT-Team5
16Nor Hakim HassanT-Team5
17Norshahrul Idlan TalahaFelda United4
18Jeon Woo-YoungMelaka United4
19Vladislav MirchevPerak4
20Matias JaduePKNS4
21Mamadou SamassaT-Team4
22Hazwan BakriJohor Darul Ta'zim3
23Syafiq AhmadKedah3
24Ilija SpasojevicMelaka United3
25Ashari SamsudinPahang3












Share:

Kedah Mampu Pertahan Piala Malaysia,Laungan Fitri Omar - Pertahanan Kedah


Fitri Omar




FITRI OMAR LAUNG KEYAKINAN, KEDAH MAMPU PERTAHAN PIALA MALAYSIA


Pemain pertahan Kedah, Fitri Omar melaungkan keyakinan beliau yang pasukannya mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukannya itu pada musim lalu.

Bercakap kepada MStar, Fitri ( Gambar ) yakin dengan kualiti yang dimiliki skuad tersebut dan mampu memberikan cabaran yang serius dalam saingan piala nasional tertua Asia itu.





Fitri Omar - Pertahanan Kedah


“Untuk waktu ini, kami cuma perlu fokus dan terus berusaha keras untuk mendapatkan tempat di perlawanan akhir Piala Malaysia.”

“Tidak mustahil untuk kami mempertahankannya, cuma apa yang terjadi kami perlu redha dengan takdir Tuhan.”


Bagi Fitri, keyakinan itu hadir menerusi ramainya penyokong Kedah yang hadir untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Beliau juga menolak cakap-cakap negatif yang mengatakan Kedah cumalah ‘cakap besar’ mengenai sasaran mereka.

Bagi beliau, menjadi juara adalah sasaran yang mesti ditetapkan oleh mana-mana pasukan.

Kedah diundi di dalam kumpulan C bagi saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad Lang Merah diundi bersama wakil Pantai Timur iaitu Kelantan, Melaka United serta wakil dari Liga Perdana iaitu UiTM FC.

Sumber: mstar


Share:

Sabtu, 24 Jun 2017

Kedah FA Terpaksa Lupakan Khidmat 5 Pemain Utama Kedah untuk saingan Liga Super dan Piala Malaysia



Ifwat Akhmal





Berikut senarai 26 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 5 Julai ini sebagai persediaan menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok, Thailand dari 19 hingga 23 Julai 2017.


Amirul Hisyam




Syafik Ahmad



Ariff Farhan



Farhan Roslan





1. AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK (TENGAH KEDAH)


2.SYAFIQ AHMAD (PENYERANG KEDAH)


3. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM (PENJAGA GOL KEDAH)


4. ARIFF FARHAN MD ISA (SAYAP KEDAH)


5. FARHAN ROSLAN (KEDAH SAYAP)


6. S KUMAAHRAN (PENYERANG PULAU PINANG)


7. JAFRI FIRDAUS CHEW (PENYERANG PULAU PINANAG)


8. SYAMER KUTTY ABBA (TENGAH PULAU PINANAG)


9. SYAHMI SAFARI (SAYAP SELANGOR)


10. ADAM NOR AZLIN (PERTAHANAN SELANGOR)


11. MATTHEW DAVIES (SAYAP PAHANG)


12. NOR AZAM ABDUL AZIH (TENGAH PAHANG)


13. SAFAWI RASID (PENYERANG JOHOR DT)


14. HAZIQ NADZLI (PENJAGA GOL JOHOR DT)


15. N THANABALAN (PENYERANG FELCRA FC)


16. ADIB ZAINUDIN (PERTAHANAN FELCRA FC)


17.!DANIAL ASHRAF ABDULLAH (PENYERANG KELANTAN)


18. IRFAN ZAKARIA (PERTAHANAN KUALA LUMPUR)


19. DANIAL AMIER NORHISHAM (TENGAH FELDA UNITED)


20. TOMMY MAWAT BADA (SAYAP SARAWAK)


21. AHMAD KHAIRIL ANUAR ZAMRI (TENGAH PERAK )


22. AZWAN ANDIK ISHAK (SAYAP TENGAH JOHOR DT II)


23. SYAZWAN ZAIPOL BAHARI (PERTAHANAN PKNP FC)


24. AMIERUL HAKIMI AWANG ( PENJAGA GOL TERANGGANU)

25. ARIF FADZILAH ABU BAKAR ( SAYAP T-TEAM)


26. MOHAMAD RAPHI AZIZAN MARIAPPEN ( PERTAHANAN PJ RANGERS FC)




Daripada senarai di atas, dua pemain daripada senarai 24 pemain bagi kem latihan pusat sebelum ini yang berakhir malam tadi selepas perlawanan persahabatan bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka iaitu K Kannan (Selangor) dan Sean Eugene Selvaraj (Negeri Sembilan) telah digugurkan.

 Sebagai ganti, Kim Swee memanggil empat pemain baharu iaitu Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Farhan Roslan (Kedah) dan Arif Fadzilah Abu Bakar (T-Team) bagi melengkapkan senarai 26 pemain untuk kem latihan pusat kali ini.

 Pasukan B-22 ini yang turut dikenali sebagai skuad Projek Sukan SEA 2017 bakal menghadapi satu perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad B-22 Myanmar di Stadium Shah Alam pada 13 Julai sebelum Kim Swee menamakan senarai akhir 23 pemain yang akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada 17 Julai bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018.

 Tiga perlawanan yang bakal dihadapi skuad Kim Swee pada saingan kelayakan bagi Kumpulan H di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok itu nanti adalah bertemu Indonesia pada 19 Julai diikuti Thailand (21 Julai) dan Mongolia (23 Julai).

 Mereka akan kembali ke tanah air, sehari selepas itu dan bakal berkumpul semula untuk kem latihan pusat fasa akhir bermula 1 Ogos bagi menghadapi acara bola sepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bermula 14 Ogos hingga 29 Ogos 2017.



Kredit : Football Assosiation Of Malaysia
Share:

Jumaat, 23 Jun 2017

Senarai Gaji Termahal Pemain Bolasepak Dunia Terkini







Senarai Gaji Termahal Pemain Bolasepak Dunia Terkini

Berikut adalah Senarai Gaji Termahal Pemain Bolasepak Dunia yang dapat dikongsikan pada anda semua, ada antara mereka mendapat penambahan gaji berdasarkan bonus :



1. Carlos Tevez (Shanghai Shenhua) £615,000 seminggu £31.98 juta setahun
2. Oscar (Shanghai SIPG) £400,000 seminggu / £20.8 juta setahun
3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) £365,000 seminggu / £19 juta setahun
3. Lionel Messi (Barcelona) £365,000 seminggu / £19 juta setahun
5. Gareth Bale (Real Madrid) £346,000 seminggu / £18 juta setahun
6. Hulk (Shanghai SIPG) £317,000 seminggu / £16.5 juta setahun
7. Paul Pogba (Manchester United) £290,000 seminggu / £15 juta setahun
8. Neymar (Barcelona) £289,000 seminggu / £15 juta setahun
9. Graziano Pelle (Shandong Luneng) £260,000 seminggu / £13.5 juta setahun
9. Wayne Rooney (Manchester United) £260,000 seminggu / £13.5 juta setahun
11. Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) £250,000 seminggu / £13 juta setahun
12. Yaya Toure (Manchester City) £230,000 seminggu / £11.9 juta setahun
12. Sergio Aguero (Manchester City) £230,000 seminggu / £11.9 juta setahun
14. Asamoah Gyan (Shanghai SIPG) £227,000 seminggu / £11.8 juta setahun
15. David Silva (Manchester City) £210,000 seminggu / £10.9 juta setahun
16. David De Gea (Manchester United) £200,000 seminggu / £10 juta setahun
16. Bastian Schweinsteiger (Manchester United) £200,000 seminggu / £10 juta setahun
18. Thiago Silva (PSG) £185,000 seminggu / £9.6 juta setahun
18. Eden Hazard (Chelsea) £185,000 seminggu / £9.6 juta setahun



Semoga artikel Senarai Gaji Termahal Pemain Bolasepak Dunia Terkini dapat menambahkan pengetahuan anda tentang pemain terkemuka diatas. Bekas presiden Perancis pernah berkata, “Pemain bolasepak adalah salah seorang manusia terkaya di dunia tanpa memerlukan pendidikan yang tinggi”.
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser