Isnin, 29 Januari 2018

Marcote Resah !! Dua Tonggak Import Utama Kedah Diketepikan




ALOR SETAR: Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk menyenaraikan empat pemain import pada aksi Piala Sumbangsih bertemu juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Larkin, 3 Februari ini kerana dua daripadanya masih belum pulih dari kecederaan.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote, pemain pertahanan kerakyatan Filipina, Alvaro Silva mengalami kecederaan kaki sewaktu menentang kelab Thailand, Suphanburi FC pada 24 Januari lalu dan seorang lagi pemain import kelahiran Brazil, Sandro Da Silva yang juga belum pulih dari kecederaan.



Ketiadaan mereka meresahkan Marcote kerana dua tonggak import itu berada dalam perancangan penting pada perlawanan di Stadium Larkin selain dua import lain iaitu Pablo Pallares dan Liridon Krasniqi.

"Kita besar kemungkinan terpaksa melupakan dua import berkenaan kerana masih belum pulih dan ini memaksa saya melakukan beberapa perubahan dan mencari pengganti yang mampu menggalas tugas di posisi berkenaan."

"Inilah bola sepak, apa saja boleh berlaku. Kami terpaksa berhadapan dengan masalah kecederaan pemain yang di luar jangkaan."



Sementara itu penyerang, Pablo Pallares yang dikeluarkan pada babak pertama perlawanan pramusim menentang Suphanburi FC akibat kecederaan dikhabarkan tidak serius.

"Kecederaan Pallares pada perlawanan itu tidak serius dan saya berharap dia bersedia dan mampu beraksi pada perlawanan pertama kami nanti," kata Marcote


Sumber : BH
Share:

Ahad, 14 Januari 2018

VIDEO | Aksi Akhyar Rashid Memukau



Nama Akhyar Rashid yang mendapat jolokan Neymar Kedah kini sekali lagi menjadi sebutan selepas mempamerkan aksi memukau ketika menentang Jordan.Pada perlawanan lalu Akhyar Rashid membantu skuad Malaysia U23 layak ke suku akhir abapila Malaysia seri menentang pasukan Jordan 1-1.

Pada perlawanan pertama di AFC Championship 2018 B23 ketika Malaysia tewas kepada Iraq 4-1 Neymar Kedah itu mempamerkan prestasi yang memberasangkan tatkala rakan sepasukan memilih untuk menjadi penonton di dalam padang.


Jom kita tengok biodata Akhyar Rashid 

Nama : Akhyar Rashid
Tarikh Lahir : 1 Mei 1999
Umur : 19 Tahun
Warganegara : Malaysia
Posisi : Left Wing
Pasukan Kebangsaan : Malaysia U23
Pasukan Negeri : Kedah FA
Share:

Rabu, 3 Januari 2018

Pemain Import ke-5 Kedah Dari Vietnam ??



ALOR SETAR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang berusaha membawa seorang lagi pemain tengah sebagai pemain import kelima dan merupakan kuota Asean bagi melengkapkan lima slot import untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2018 yang akan bermula pada Februari nanti.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omar, pihak KFA pada mulanya meminta jurulatih melihat beberapa pemain Indonesia sebagai calon pemain import Asean tetapi tidak dapat diteruskan disebabkan terdapat beberapa masalah hubungan berkaitan pemain dari negara itu.

"Disebabkan wujudnya masalah perhubungan membabitkan pemain dari Indonesia maka kita beralih kepada calon dari negara Thailand, Vietnam atau Myanmar."

"Perkara ini akan kita umumkan apabila proses dan persetujuan antara kedua-dua pihak selesai dan dari segi pemilihan saya masih menunggu isyarat dari ketua jurulatih untuk memaklumkan siapa yang terkini beliau tengah runding yang kemungkinan pemain di posisi tengah."

Aminudin yang hadir meninjau sesi latihan skuad kendalian Ramon Marcote pada awal tahun baru ini turut memberi kata perangsang kepada semua pemain dan staf kejurulatihan membabitkan aspek disiplin dalam pasukan selain mengumumkan ketibaan dua import terbaharu Kedah setakat ini.

"Bagaimanapun setakat ini dua pemain import baharu Kedah yang dipilih oleh ketua jurulatih iaitu Alvaro Silva untuk kuota Asia dan Pablo Pallares untuk kuota antarabangsa sudah hadir bersama pasukan dalam sesi latihan yang sedang diadakan." katanya

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama heboh di media sosial dan laman FB yang mengaitkan nama seorang pemain dari Vietnam, Nguyen Van Quyet yang mewakili skuad kebangsaan negara berkenaan dikatakan antara calon yang sedang dirunding oleh pihak KFA untuk mengisi slot kuota Asean.




Bagaimanapun tiada pengesahan dibuat oleh pihak KFA tentang kesahihan maklumat yang berlegar dalam media sosial berkenaan.


Sumber : BH

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser