Selasa, 17 Julai 2018

Real Madrid Menyesal Jual CR7

Real Madrid Menyesal Jual CR7



MADRID: Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon percaya tindakan Los Blancos menjual Cristiano Ronaldo ke Juventus terbukti akan menjadi keputusan yang buruk.

Bekas pemain sayap Manchester United itu memilih meninggalkan Bernabeu dengan perjanjian STG88 juta (RM472 juta) yang pastinya mengejutkan penyokong juara Eropah itu..[Baca Artikel Selanjutnya]   *wait 5 second and SKIP AD



Share:

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang'

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang' 



ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berharap barisan tempangnya mampu melakukan keajaiban dengan menewaskan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Menurutnya, beliau tidak dapat menurunkan Paulo Rangel dan Alvaro Silva yang menjalani penggantungan manakala Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah, Akhyar Rashid  serta Ariff Farhan yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Baca juga : 6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia


"Ketiadaan enam pemain utama itu meresahkan saya, tetapi kita perlu teruskan perjuangan dengan semangat yang kental dan mahu pastikan semua pemain yang dipilih menggunakan peluang sebaik mungkin dalam misi mendapatkan tiga mata yang berharga di laman sendiri.

"Saya akui perlawanan ini penting, apatah lagi, kedua-dua pasukan mengumpul 30 mata dan bersaing dengan Perak serta Pahang untuk tempat kedua.

"Jadi, ia umpama larian pecut dan semua pasukan mahukan kedudukan terbaik dalam liga apabila tinggal tiga saja perlawanan berbaki sebelum saingan menutup tirai," katanya.

Nidzam berkata, perlawanan itu juga harus mengukur sejauh mana kemampuan barisannya bangkit selepas tewas kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim 1-2, Jumaat lalu.

"Walaupun tampil dengan barisan tempang, saya yakin semangat kental pemain yang ada mampu membawa cabaran kali ini sekali gus mendapatkan tiga mata bagi membuka peluang untuk memburu tempat kedua," katanya.

Tag ; Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah



Sumber : BH
Share:

Isnin, 16 Julai 2018

Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah

Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah 



Peluang pemain tengah muda negara, Akhyar Rashid, beraksi dalam Sukan Asia 2018 terjejas apabila  ujian imbasan mengesahkan dia mengalami kecederaan tulang rawan di  bahu kiri yang memaksanya berehat selama enam minggu.

Peluang Akhyar bermain dalam Sukan Asia kini sepenuhnya bergantung kepada sejauh mana proses pemulihan yang kini dijalaninya di Wisma FAM.

Apa yang pasti, Akhyar tidak boleh lagi bermain untuk Kedah dalam baki saingan Liga Super musim ini dan perlu fokus kepada usaha untuk pulih lebih awal daripada dijadualkan jika mahu menyertai Sukan Asia.


Baca juga : Senarai Pasukan Membuat Jendela Perpindahan Ke-2 2018


Dia serta Gerald Gadit terpaksa pulang pada 11 Julai lalu ekoran tidak lagi boleh beraksi sehingga kejohanan berakhir.

“Otot saya mengalami sedikit koyakan.

“Doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan fisioterapi terlebih dahulu, jika tidak, saya perlu dibedah,” kata pemain muda Lang Merah itu.

Dalam masa sama, Akhyar berbangga dengan semangat juang rakan sepasukan yang mara ke pentas akhir Kejohanan Piala AFF B-19.

Biarpun berdepan provokasi penyokong lawan, itu bukan halangan skuad negara untuk menumbangkan Indonesia di laman sendiri, malam tadi.

“Tahniah buat Malaysia. Penyokong Indonesia tidak profesional kerana membaling botol selain provokasi di media, termasuk media sosial saya di Instagram,” katanya.
Share:

Sabtu, 14 Julai 2018

Kedah "Tertomoih" Lagi di Darul Aman

Kedah "Tertomoih" Lagi di Darul Aman




ALOR SETAR : Perlawanan diantara Kedah menentang JDT pada malam tadi telah pun berakhir dengan pasukan Kedah terus ditimpa kekalahan apabila tewas buat kali kedua berturut-turut 2-1 dan Segala perancangan Coach Nidzam Adha tidak menjadi.

Baca juga : Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon


Pasukan Kedah ternyata hilang rentak sang Juara mereka apabila gagal mengawal perlawanan seperti sebelum ini yang dikatakan tiki taka. Kedah gagal untuk memegang bola lama kerana pemain JDT seringkali agresif untuk menghalang dan mencuri bola di kaki pemain Kedah.

Apa yang jelas pada masa ini ialah Kedah kian tidak tersusun dengan pergerakan bola diatas padang tampak kurang kreatif atau tektikal dan tidak mempunyai tindakan penyudah yang tajam.

Paulo Rangel sangat gagal untuk memberi sinar harapan kepada seluruh penyokong setia hijau kuning apabila beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti yang hadir pada minit ke-67. Dan paling kecewa sekali beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-80.

Pasukan JDT semakin mantap dan selesa dengan gaya corak permainan mereka. Seringkali mengasak kubu Kedah dan memaksa pertahanan Kedah untuk melakukan kesilapan.

Strategi pasukan JDT adalah dengan menggunakan kelincahan Cabrera untuk menarik seramai yang mungkin pertahanan pasukan Kedah ke bahagian tepi kawasan Kedah dan kemudian Cabrera akan menghantar bola ke Safawi Rasid yang sudah tentunya tidak dikawal ekoran kawalan ketat pertahanan Kedah terhadap Cabrera.

Lihat Video :

Highlight kedah lwn Jdt 13-07-2018


Baca juga : Siapakah yang layak di posisi sayap kiri,Akhyar Rashid atau Nor Hakim Hassan ?


Keputusun penuh semalam kedah 1-2 Jdt.

*Adakah skrip “Kedah retak menanti belah” bakal berulang lagi?
Share:

Selasa, 10 Julai 2018

Marcote "SAH" Tinggalkan Kedah

Marcote "SAH" Tinggalkan Kedah


PETALING JAYA: Ramon Marcote akhirnya secara rasmi meninggalkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Isnin.

Pada April lalu, warga Sepanyol itu diberi tugas sebagai jurulath pembangunan bola sepak KFA selepas hampir empat bulan menguruskan skuad utama Lang Merah.

"Seperti yang anda tahu, hari ini 9 Julai 2018 adalah penerbangan terakhir dari Alor Setar untuk kembali ke Sepanyol.

"KFA dan saya telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan hubungan kerjasama ini. Ia merupakan satu penghargaan, penghormatan buat saya dalam mempertahan warna-warna Kedah buat kali kedua.

"Saya bertanggungjawab untuk mengucapkan terima kasih kepada Ginney (Puan Sri Ginney Chew) dan ECK di atas kepercayaan dan sokongan berterusan sepanjang masa (hubungan persabahatan ini tidak akan diruntuhkan oleh sesiapa).

"Juga terima kasih kepada semua penyokong Kedah di atas kebaikan dan hubungan rapat yang sentiasa melayan saya dengan baik sejak hari pertama tiba di Kedah," jelas Marcote di status Instagramnya pada Isnin.



Marcote diketepikan daripada tugas utamanya bersama skuad Kedah selepas aksi tidak konsisten ketika itu yang berada di tangga ketujuh Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul enam mata. Mereka mencatat dua kemenangan dan tiga tewas.

Manakala pembantunya, Mohd Nidzam Adzha Yusof kembali mengemudi tugas utamanya itu.

Sebagai rekod Marcote tiba di Kedah buat kali kedua selepas 2016, apabila menjadi pilihan utama mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad Hijau Kuning musim ini.

Lebih menarik, pemilihannya untuk kembali ke Alor Setar adalah disebabkan penyokong-penyokong yang sentiasa menagih sentuhan bola sepak moden daripadanya.

Sebelum ini Marcote pernah bersama Kedah sebagai pembantu jurulatih kepada Tan Cheng Hoe.

Baca juga : Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon  ,  Saya hargai sokongan semua penyokong - Ginney Chew




Sumber : mStar
Share:

Isnin, 9 Julai 2018

Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon

Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon



ALOR SETAR: Pemain tengah, Liridon Krasniqi berkemungkinan terlepas tiga aksi terdekat Liga Super membabitkan pertemuan dengan Melaka United, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC akibat kecederaan.

Baca juga : 6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia


Berdasarkan maklumat dari media rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Liridon mengalami kecederaan paha pada perlawanan menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman pada 26 Jun lalu.

Kecederaan itu dijangka mengambil sedikit masa untuk pulih bagi membolehkan dia kembali beraksi bersama rakan sepasukan.

Pemain sensasi dari Kosovo itu juga berkemungkinan hanya dapat beraksi kembali dalam dua aksi terakhir Liga Super bertemu Perak dan PKNP FC masing masing pada 22 dan 27 Julai ini jika proses pemulihan berjalan lancar.

Menurut Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, beliau bersama pegawai perubatan pasukan akan memantau kecederaan Liridon dan berharap pemain tengah itu dapat kembali pulih dalam tempoh terdekat.

“Kita berharap beliau menjalani proses pemulihan dengan lebih cepat dengan sokongan semua pegawai perubatan dan mampu beraksi pada perlawanan seterusnya seperti dirancang.

“Saya bagaimanapun terpaksa menghadapi apa juga kemungkinan dengan melakukan pertukaran pemain sedia ada.

“Kedah juga terpaksa melupakan khidmat pemain muda, Akhyar Rashid pada perlawanan menentang Melaka United pada 10 Julai ini kerana sedang beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 19 tahun dalam kejohanan Piala AFF di Indonesia sehingga 14 Julai nanti.

“Jadi kita terpaksa melakukan sedikit perubahan bagi mengimbangi kekurangan dijangkakan dalam misi seterusnya memburu tiga mata di Stadium Hang Jebat.

“Kita tetap optimis pemain yang diganti nanti mampu memberi sumbangan yang berkesan untuk kekuatan pasukan,” katanya.

Baca juga : Liridon Krasniqi | Caps 100 Bersama Pasukan Lang Merah , TOP 5 | Gol Terbaik Liga Super 2018


Info :
👉Melaka United vs Kedah
👉10 Julai 2018 | 08.30mlm
👉Stadium Hang Jebat



Lihat video : 


Liridon Krasniqi | Caps 100

Sumber : BH
Share:

Ahad, 8 Julai 2018

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia 



Slot untuk beraksi dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia masih lagi terbuka meskipun pasukan Pahang berjaya memenangi Piala FA semalam. Ini kerana pasukan Pahang dikenakan penggantungan oleh FAM dimana mereka tidak dibenarkan beraksi di peringkat Asia selama dua tahun.

Jadi, slot ke Asia tersebut akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di tangga kedua. Ketika ini, pasukan Perak menduduki tangga kedua dan mereka berpeluang untuk mengekalkan kedudukan tersebut jika mengutip mata penuh pada baki 5 perlawanan Liga.

Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki oleh Perak masih lagi boleh dikejar oleh pasukan lain. Kedah yang menduduki tangga ketiga hanya berada satu mata dibelakang pasukan Perak.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti, Terengganu FC pula yang menduduki tangga kelima dengan 27 mata berada empat mata di belakang. PKNS FC pula ketika ini menduduki tangga keenam dan berada lapan mata dibelakang.

Tiga pasukan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka Uniter pula berada 11 mata dibelakang. Kedudukan ketiga-tiga pasukan ini sedikit jauh namun jika pasukan di atas mereka keciciran mata, tidak mustahil mereka mampu mengejar dan mendapatkan slot ke Asia tersebut.

Kedudukan Liga Super 2018

Slot ke Asia ini amat penting bagi semua pasukan kerana mereka dapat beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik di rantau Asia. Pasukan tersebut juga mempunyai peluang untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi dan mendapatkan pengalaman terbaik.

Apa yang penting, pasukan yang disebutkan di atas perlu mengutip mata penuh pada baki lima perlawanan Liga selepas ini dan mengharapkan pasukan lain keciciran mata. Bukan senang untuk mendapatkan peluang bermain di Asia. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan segala-galanya.

Apa pendapat anda mengenai perlumbaan untuk beraksi di peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia yang masih lagi terbuka kepada enam pasukan? Mampukah mereka memanfaatkan peluang ini dan beraksi di samping pasukan terbaik di rantau Asia?


Baca juga : Tok Gajah "Jinakkan" Red Giants di Pentas Akhir Piala FA 2018


Sumber : inikan bola
Share:

Tok Gajah "Jinakkan" Red Giants di Pentas Akhir Piala FA 2018



Pada aksi final malam tadi, Jurulatih Selangor,Nazliazmi membuat percaturan berani dengan menurunkan empat pemain muda dalam kesebelasan utama iaitu K Kannan, Muhd Amirul Ashraff Ariffin, Syahmi Safari dan juga D Kugan.

Bagaimanapun, hasrat pasukan itu untuk menempah tiket ke pusingan kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan lebur selepas dijinakkan Pahang 2-0 pada pentas akhir 2018.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala FA ialah pada tahun 2009 apabila menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Juara Piala FA 2018 Pahang FA

Keputusan penuh Final Piala FA 2018

Selangor 0-2 Pahang.

Lihat Video:







Share:

Isnin, 2 Julai 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Pentas Akhir Piala FA 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Bergema Dengan Sorakan Penyokong final Piala FA 2018



KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2018 pada 7 Julai ini, demikian menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang bekerja keras dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan final Piala FA berjalan lancar.

Kali terakhir Stadium Nasional menjadi venue final Piala FA adalah pada 2015 yang menyaksikan wakil Singapura, Lions XII menundukkan Kelantan 3-1.

“Penyokong sebelum ini amat berharap perlawanan akhir kembali diadakan di Bukit Jalil dan kita mengotakan janji tersebut,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perjanjian diikat antara PSM dan MFL “Kita buat percubaan tahun ini dan jika berjalan lancar, kita akan lihat bagaimana untuk final Piala Malaysia nanti,” katanya.



Dalam pada itu, Kevin memaklumkan Kejohanan Piala Cabaran akan diadakan pada hari berbeza dengan perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan bagi memastikan kejohanan berkenaan mendapat liputan seimbang daripada pihak media.

Untuk rekod, MFL memperkenalkan buat julung kalinya Piala Cabaran bagi memberi peluang pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia selain bertujuan memastikan kalendar bola sepak tempatan dipenuhi dengan pertandingan.

Berdasarkan format kejohanan Piala Cabaran, lapan pasukan terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Kevin hadir pada majlis perjanjian penajaan berganda di antara MFL, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan syarikat minuman probiotik tempatan, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd sempena Karnival Moh Skor Segalanya Bola anjuran Media Prima Berhad di sini.

Menerusi perjanjian tersebut, Yakult Malaysia dilantik sebagai minuman probiotik rasmi Piala Malaysia bagi musim 2018 dan 2019 serta minuman probiotik rasmi FAM dari 2018 sehingga 2020. - Bernama

Selangor




Pahang

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser