Selasa, 22 Ogos 2017

Harimau Malaya Benam Myanmar





SOROTAN AKSI HARIMAU MALAYA BENAM MYANMAR

Semalam menyaksikan Pasukan Negara Harimau Malaya membenam pasukan Myanmar di stadium shah alam dengan 3-1 hasil jaringan 2 gol daripada N Thanabalan dan 1 gol oleh Safawi Rashid dan mengesahkan Harimau Malaya layak ke suku Ahkir Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur nanti..




Share:

Isnin, 21 Ogos 2017

11 Pemain Idaman Liridon Krasniqi




JIKA diberi pililan untuk membina sesebuah pasukan,kriteria yang hebat haruslah diambil beratkan untuk memperkuatkan lagi pasukan itu.berikut adalah video yang diperolehi iaitu 11 pemain idaman Liridon Krasniqi dimana beliau telah mengambil semua ciri-ciri yang beliau inginkan ..

Baca :  11 idaman pemain Baddrol Bahtiar

Tidak lupa juga pemain tengah pasukan Lang Merah Badrrol Bahtiar juga ingin membina sesebuah pasukan yang hebat dan mantap.Jom kita lihat adakah sama dengan Pemain Idaman Liridon Krasniqi ?





Macam mana ok dak pemilihan pasukan Liridon Krasniqi dan Baddrol Bahtiar ?

Share:

(VIDEO) : Amizing Skill,Dribbling,Assist Syafik Ahmad & Akhyar Rashid






THE DIAMOND

Ternyata kedua-dua pemain muda kedah iaitu Syafik Ahmad dan Akhyar Rashid telah mencetuskan fenomena di pantas liga malaysia apabila mereka menunjukkan pretasi yang sangat baik ketika ini.. Skill, Dribbling dan Assist yang ditunjukkan oleh mereka berjaya menambat hati penonton khususnya penyokong Lang Merah.



Video aksi syafiq ahmad dan Akhyar Rashid



Share:

Sabtu, 19 Ogos 2017

Akhyar Rashid Mencuri Tumpuan Peminat Malaysia




Ramai peminat Bolasepak Malaysia Khususnya peminat Lang Merah  tertunggu-tunggu aksi dari pemain muda Kedah iaitu Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau panggilan Akhyar Rashid yang disebut-sebut dikalangan mereka Neymar Malaysia pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ketika ini..

Akyhar ketika ini mencuri perhatian apabila walaupon dimasukkan hanya 6 minit sebelum perlawanan tamat namun beliau memberi tekanan dan kucar kacir pertananan buat pasukan Singapora ketika bermain di Shah Alam tempoh hari.. keputusan pada perlawanan malam tempoh hari Malaysia 2-1 Singapore..



Perlawanan seterusnya

Malaysia lwn Myanmar
21 Ogos 2017 | 09:00 mlm
Stadium Shah Alam


Aksi Akhyar Rashid pada perlawanan Malaysia lwn Singapore


Share:

Sabtu, 12 Ogos 2017

Sejarah Kegemilangan BolaSepak Kedah




KEDAH FA

SEJARAH KEGEMILANGAN BOLASEPAK KEDAH

19871988 dan 1989 Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak. Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2.

1990 Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi.. Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.

1992 Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.

1993 1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien. Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.

1996 Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA. Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.

2004 Sejarah Kegemilangan Bolasepak KedahSetelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.

2007/2008 Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.

Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Coach Azraai Khor Abdullah.











The Lagend Import State of Kedah

Marlon Alex James



Share:

Skuad Lang Merah Tunggu Lesen AFC




KEDAH bersedia menghadapi kancah kejohanan AFC pada 2018 apabila sudah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan permohonan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 31 Julai lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya sudah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan lesen bagi membolehkannya Kedah beraksi dalam kejohanan AFC tahun depan.

"KFA juga sudah diaudit oleh pihak AFCdi mana KFA diberikan tarikh pada 31 Julai untuk kita serahkan semua dokumen berkaitan yang diperlukan dan Alhamdulillah, pada tarikh itu kita sudah selesai hantar semua dokumen yang diperlukan.

"Di samping itu, difahamkan bahawa negeri lain yang selesai melengkapkan proses dokumentasi ini selain Kedah adalah Melaka, T-Team dan Selangor," katanya.

Aminuddin berkata, pihak audit yang datang ke Stadium Darulaman juga berpuas hati dan pada masa sama KFA melakukan penambahbaikan yang diperlukan di stadium yang mana ini antara perkara yang dibuat dalam usaha mendapatkan lesen bermain di peringkat AFC.

"Alhamdulillah pada masa ini mana-mana pihak yang bercakap tentang kedudukan Kedah saya ingat ia tak betul dan saya yakin serta percaya pihak pengurusan yang mana saya selaku Setiausaha Kehormat memang berhabis-habisan bekerja untuk memastikan Kedah mendapat lesen ini.

"Cuma ada satu atau dua perkara yang sedang kita selesaikan dan kita sedang berurusan dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan kelab (status) yang mana kita sudahpun menghantar surat kepada pihak FAM.

"Untuk mendapat kelulusan ini, kita perlu menukar status dari 'FA' kepada 'FC'.

Inipun sudah kita buat dan kita mohon kepada FAM untuk kemukakan surat-surat rayuan kita kepada AFC berkenaan hal ini," katanya.


Sumber : HarianMetro
Share:

Jumaat, 11 Ogos 2017

Jembalang !! Siapa "Jembalang"





SUNGAI PETANI - Dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kononnya wujud "jembalang" di dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) dinafikan sekeras-kerasnya oleh Setiausaha Kehormatnya, Dato' Aminuddin Omar.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan pengalamannya bersama KFA sejak 2013, terbukti persatuan itu telah menguruskan pasukan dengan baik sehingga berjaya membawa pulang Piala Malaysia, Piala FA dan Sumbangsih.

Aminuddin berkata, tidak mungkin semua pencapaian itu dapat dicapai sekiranya wujud "jembalang" di dalam KFA sebagaimana didakwa pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

"Berkaitan dengan coach Tan yang pergi ke peringkat nasional, kononnya ada 'jembalang' di KFA, itu adalah satu kenyataan yang tidak betul.

"Pembangunan yang kita lakukan, pengorbanan yang kita berikan, contohnya boleh tengok. Saya masuk di KFA ini pada pertengahan tahun 2013 dan dalam masa empat tahun kita dah bawa balik tiga piala ke negeri Kedah.

"Kalau kita tidak melakukan tugas kita dengan betul, mana mungkin kita boleh melakar kejayaan yang besar untuk negeri Kedah," tegas beliau menafikan sekeras-kerasnya tohmahan yang dilemparkan terhadap KFA tersebut, ketika ditemui Kedahnews.com di sini, tengahari tadi.


Berhubung penyertaan Cheng Hoe ke dalam skuad Kebangsaan yang diperkatakan sebelum ini, Aminuddin menjelaskan bahawa Kedah tiada sebarang masalah untuk melepaskan beliau demi kepentingan negara.

Namun begitu katanya, sudah tentu pihak KFA tidak dapat melepaskan Cheng Hoe serta merta ketika itu dan memerlukan tempoh lebih kurang sebulan untuk melepaskan bekas Ketua Jurulatih Kedah itu kepada Harimau Malaya.

"Kita dapat surat dari coach Tan, kita (KFA) diberi tempoh selama 3 hari untuk beliau mendaftar diri sebagai Penolong Jurulatih di FAM.

"Secara peribadi dan selaku Setiausaha Kehormat KFA, kita menganggap perkara ini agak mustahil pada kita untuk lepaskan coach Tan secara serta merta, kerana ia seperti tidak adil kepada KFA.

"Jadi kita minta tempoh dalam masa sebulan lebih kurang untuk kita lepaskan coach Tan untuk ke skuad kebangsaan," katanya kepada Kedahnews.com.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, Kedah tidak pernah "kedekut" dan sentiasa rela menyerahkan pemain-pemain utamanya untuk menyarung jersi Harimau Malaya demi mengharumkan nama negara.

Tegas beliau lagi KFA sememangnya rela melepaskan sama ada jurulatih mahupun para pemain utama Lang Merah untuk menyahut panggilan negara menyarung jersi Harimau Malaya, walaupun ia sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan.

"Kita rela. Kita hantar juga demi negara. Walaupun seramai tujuh orang pemain kita dipilih untuk menyertai latihan skuad kebangsaan, lima orang untuk skuad B-22, kesemuanya 12 orang pemain yang kita lepaskan untuk menyertai skuad negara.

"Kedah tidak ada 'hanky panky' di situ.. kita lakukan pengorbanan ini demi negara kita," tegas beliau berhubung komitmen dan sifat patriotisme yang menebal Kedah terhadap kepentingan bola sepak negara.

Justeru itu Adun Jitra itu memohon kepada seluruh peminat setia skuad Hijau Kuning di seluruh negara supaya memahami situasi ini dan bertenang demi memastikan Lang Merah terus melakar kejayaan untuk negeri Jelapang Padi.

"Kita mohon kepada semua pihak, khususnya rakyat di negeri Kedah supaya faham situasi bola sepak negara kita dan kita minta semua bertenang," ujar beliau.

Difahamkan wujud dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini yang menyebar propaganda tidak sihat dan menjejaskan imej KFA, yang mendakwa kononnya wujud "jembalang" di dalam persatuan tersebut.








Sumber : KedahNews
Share:

Rabu, 9 Ogos 2017

Presiden FAM Dedah Cerita Sebenar isu Tan Cheng Hoe Dilantik Penolong Jurilatih Kebangsaan





PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendedahkan punca sebenar Tan Cheng Hoe dilantik menjadi penolong ketua jurulatih Harimau Malaya.

Menurut Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas pengendali skuad hijau kuning itu sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pembantu ketua jurulatih kebangsaan Nelo Vingada.

"Selepas pelantikan baharu presiden, kami ingin membawa semangat baharu dengan melantik jurulatih luar. Namun pada masa sama kita perlukan anak tempatan untuk membantu jurulatih asing untuk tahu budaya, mentaliti dan sebagainya.

"Kami mempunyai beberapa nama dan dalam masa sama membuka tawaran kepada yang berminat supaya menghubungi kami.

"Orang pertama yang datang adalah Tan Cheng Hoe. Saya suka Cheng Hoe dan memanggilnya datang ke rumah.


"Kami bercakap apa yang terjadi dan berbincang semua perkara, termasuk gaji," ujarnya ketika menjawab soalan mengenai Kedah tidak lagi 'bernafsu' selepas Tan Cheng Hoe diambil FAM dalam program 'Face Off' Tunku Mahkota Johor dan Shebby Singh secara langsung di Facebook Johor Southern Tigers, Selasa malam.


Jelas Tunku Ismail, ramai penyokong menunding jari kepadanya seperti ada konspirasi untuk menjatuhkan Kedah apabila mengambil Cheng Hoe.



"Seolah-olah saya menggunakan FAM untuk menjatuh prestasi Kedah. Jika saya tawarkan RM100 ribu kepada Cheng Hoe, itu boleh dikatakan saya ingin jatuhkan Kedah kerana menggunakan duit untuk motivasinya.

"Cheng Hoe menerima tawaran yang sama (seperti sebelum ini) untuk menjadi pembantu jurulatih kebangsaan. Tetapi dia kata, Kedah FA membayar cukai untuknya.

"Saya cakap kalau datang untuk pasukan negara dia perlu bayar sendiri. Itu bermakna berada di Kedah lebih baik daripada di sini (FAM).

"Namun Cheng Hoe menerima tawaran kerana dia memang nak kerja dengan pasukan kebangsaan sebab dia tidak nampak (rancangan) Kedah untuk jangka panjang. Kerana apabila esok tukar  bendahari atau menteri besar semua benda akan jadi lain," jelasnya panjang lebar.

Tambah Tunku Ismail lagi, perkara tersebut berlaku kerana masalah dalaman.

"Secara asasnya masalah tidak konsisten dalam kelab dan persatuan masing-masing. Salah siapa kalau pemain atau jurulatih nak berpindah...salahkan diri sendiri, siapa tak suruh jaga mereka?," jelasnya.

Program Face Off tersebut merupakan perbincangan mengenai bola sepak negara dan negeri dalam pelbagai sudut. Turut hadir sebagai panel termasuk Kevin Ramalingam (Ketua Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad), Hairuddin Omar (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia), Keeshaanan (Fourth Official) dan Remi (Tefo Arena).


Sumber : mStar
Share:

Selasa, 8 Ogos 2017

"Kalau Saya Bukan Pemain Bolasepak,Mungkin Saya Akan Jadi ..."




LAHIR daripada sebuah keluarga yang 'tak senang', membuatkan Amirul Hisyam Awang Kechik mengambil langkah bijak dalam menguruskan kehidupannya sendiri.

Pemain tengah skuad Bawah 22 Tahun kebangsaan memberitahu, bergelar pemain bola sepak telah banyak membantu meningkatkan taraf hidupnya.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik ini, keluarganya banyak memberi sokongan sepanjang bergelar pemain bola sepak sehingga berada di tahap sekarang.

"Saya rasa kalau sekarang saya bukan menjadi pemain bola sepak kebangsaan, saya mungkin akan jadi askar.

"Minat nak jadi askar sejak kecil lagi. Mungkin sebab saya orang kampung," jelas pemain berusia 22 tahun kelahiran Pendang, Kedah ini.

Nama Amirul bukanlah baharu dalam dunia bola sepak remaja kebangsaan memandangkan karakter lincahnya sudah dicungkil sejak zaman persekolahannya lagi.

Bermula 2012, dia dipanggil menyertai skuad Harimua Muda C, dan dua tahun kemudian dinaikkan ke pasukan B.

Sebelum itu dia juga telah mewakli kebangsaan bagi skuad Bawah 17.

Hasil kerjayanya sejak usia muda, Amirul berjaya mengumpul wang dan membeli sebuah aset untuk masa depannya.




Rezekinya semakin bertambah apabila bakal menerima wang bonus dan insentif daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas skuad B-22 layak ke saingan akhir Piala AFC tahun depan.

"Duit itu nanti saya buat apa yang patut. Simpan, tolong keluarga dan nak baiki rumah saya di Alor Setar.

"Tahun lepas saya ada beli rumah sendiri," ujarnya yang mengakui sudah mempunyai buah hati.

Dalam pada itu, Amirul yang bakal tampil kali kedua beraksi pada Sukan SEA bermula 14 Ogos ini bertekad untuk memberi yang terbaik di tempat sendiri.

"Saya mahu bantu skuad negara layak ke pusingan akhir dan merangkul pingat emas untuk negara.

"Selain itu, Amirul yang juga antara 'ayam tambatan' Kedah yakin pasukan negerinya itu akan tamat saingan Liga Super di tempat kedua.

"Baki perlawanan ada lagi tiga. Sekarang ni kami di tempat kedua. Jadi harap-harap kami akan kekal hingga ke perlawanan akhir liga," ujarnya yang suka makan nasi ayam.



Sumber : mStar
Share:

Syukur Kerana Saya Masih DiBeri Peluang




KUALA LUMPUR: Tonggak tengah skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Amirul Hisyam Awang Kechik mahu menjadikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebagai medan menebus kekecewaan tersingkir awal pada temasya sama di Singapura, dua tahun lalu.

Pemain muda kelahiran Kedah itu menjelaskan betapa kelebihan beraksi di laman sendiri seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan misi memburu ibu segala pingat itu.

"Syukur kerana saya masih diberi peluang dan kepercayaan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee menyarung jersi skuad negara.

"Ini adalah Sukan SEA kedua yang saya sertai selepas 2015 dan saya akan cuba tebus semula kekecewaan di Singapura.

"Saya percaya dengan semangat tinggi semua pemain, Malaysia mampu melakukan sesuatu terutama sebagai tuan rumah," kata Amirul.

Amirul juga antara tonggak yang diharapkan Kim Swee termasuk membantu Malaysia menjuarai Kumpulan H pada kempen kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, bulan lalu.

Pada Sukan SEA Singapura, Malaysia terpaksa akur tersingkir di peringkat kumpulan kepada Thailand dan Vietnam yang mengisi slot ke separuh akhir.

Selain itu, Amirul yang berusia 22 tahun turut mengakui betapa masalah keserasian tidak timbul dalam kalangan pemain kerana kebanyakannya sudah pernah beraksi bersama sebelum ini.

"Kami hanya perlu menyesuaikan diri dengan perancangan dan taktikal yang dirangka jurulatih. Soal keserasian saya fikir tiada masalah.

"Tugas sukar menanti di separuh akhir kerana kemungkinan akan berdepan Thailand dan Vietnam, apapun kami akan cuba yang terbaik demi negara," katanya.


Sumber : BeritaHarian
Share:

Isnin, 7 Ogos 2017

Kesilapan Mudah Punca Kalah






KESILAPAN mudah yang dilakukan oleh barisan pertahanan Kedah menyaksikan mereka terpaksa berputih mata apabila tewas 2-1 kepada Pahang pada aksi ke-19 Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, bagaimanapun fokus pasukannya untuk terus kekal di tangga kedua tetap ada selepas jurang dengan Pahang kini tinggal satu mata sahaja.

Menurutnya, kekalahan tersebut diharapkan mampu memberikan pengajaran berguna buat Hijau Kuning untuk memberikan aksi lebih baik pada baki tiga perlawanan liga.

"Kita ada baki tiga lagi perlawanan selepas ini dan dua daripadanya beraksi di laman sendiri, Stadium Darul Aman.

"Kalau nak kekal di tangga kedua liga, kita perlu menang semua baki perlawanan tersebut," katanya.

Bercakap mengenai mutu semasa permainan pasukannya, beliau mengakui pemain Kedah gagal mempamerkan aksi terbaik selepas dihimpit dengan masalah kecergasan.

Menurutnya, perkara tersebut menyaksikan beliau terpaksa menyenaraikan ramai pemain muda dalam kesebelasan utama pada separuh masa pertama.

"Pemain sudah tidak cergas seperti biasa selepas mengharungi jadual yang cukup padat pada Julai.

Dalam pada itu, keputusan untuk menyenaraikan ramai pemain muda adalah bertujuan untuk mendedahkan mereka menimba pengalaman dari perlawanan besar seperti ini," katanya.

Selepas JDT diumumkan sebagai johan liga bagi empat musim berturut-turut dengan 45 mata, tumpuan perebutan tangga kedua kini terbuka kepada beberapa pasukan yang mana Kedah mendahului dengan 34 mata, diikuti Pahang (33 mata), Selangor (31 mata), Felda United (30 mata) dan Perak (30 mata).

Sumber : SinarHarian
Share:

Jumaat, 4 Ogos 2017

Kedah Hilang Dua Tonggak "Penting"






KEDAH terpaksa melupakan khidmat dua pemain pentingnya apabila turun menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu malam.

Pengendali skuad hijau kuning, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, dua pemain berkemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu kerana mengalami kecederaan.
Menurutnya, pemain tersebut ialah Ken Ilso Larsen dan Liridon Krasniqi yang merupakan tonggak penting di bahagian tengah Kedah.

Jelas beliau, Liridon, Ilso Larsen mengalami kekejangan otot paha dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk direhatkan dalam perlawanan pada Sabtu.
"Selain dua import ini, Fakri Saarani juga tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan.

"Memang ini akan menyukarkan saya, tetapi kita juga masih ada pemain muda berkaliber seperti Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid, Amirul Hisyam Awang Kecik, Arif Farhan untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan.

"Kita masih ada pilihan yang mampu memberikan aksi terbaik dalam misi tiga mata ke Kuantan. Saya yakin mereka dapat membantu kita walaupun tanpa pemain import," katnya kepada mStar Online.
Mohd Nidzam menambah, kekejangan otot yang dialami bukan kerana kakasaran di dalam padang tetapi kekangan jadual yang perlu diharungi sebelum ini.
Beliau memberitahu, apa yang penting dalam perlawanan itu ialah pemain perlu bijak menyerap tekanan di tempat lawan dan memberi perhatian sepenuhnya di atas padang.

"Pemain perlu fokus dan terus berusaha mencari jaringan supaya misi tiga mata penuh ini tercapai. Ini penting kerana kita tidak ada pilihan lain lagi.
"Kehadiran penyokong kita nanti pasti akan mampu membakar semangat pemain untuk beraksi lebih baik dan pulang dengan kemenangan," ujarnya.


Sumber : mStar
Share:

Rabu, 2 Ogos 2017

KEDAH TEMPAH TEMPAT KE SUKU AKHIR








JUARA BERTAHAN RAIH SLOT SUKU AKHIR

KEDAH berjaya melayakkan diri ke Suku Akhir Piala Malaysia selepas mencatat kemenangan 1-0 malam tadi keatas Uitm FC di Darulaman.Jaringan tunggal Liridon Krasniqi memastikan Helang Merah kini mengumpul 12 mata mengungguli carta kumpulan C.Ikuti sedikit laporan perlawanan disediakan.

PERMULAAN

Kedah memulakan perlawanan dengan merehatkan beberapa tonggak utama pasukan seperti Khairul Helmi,Sandro dan Ken Ilso.N/A mengekalkan formasi 4-1-4-1 beliau namun menerusi kekuatan berbeza kali ini.

Uitm FC memulakan perlawanan dengan mendapat kembali tenaga import dibahagian pertahanan termasuk kehadiran kembali kapten pasukan mereka.Wan Mustafa meletakkan rangkaian bek berlima dalam formasi 5-4-1.

LOW TEMPO DARI KEDAH,UITM CUBA SERANG BALAS

Menerusi kesebelasan utama pasukan Kedah,kita dapat melihat struktur positioning pemain masih sama seperti perlawanan menentang Kelantan atau Melaka tempoh hari namun yang membezakan permainan Kedah adalah kualiti dibeberapa posisi.Penulis melihat N/A cuba menguji kebolehan flexibility pemain menerusi Akram diletakkan sebagai Double NO8 bersama Liridon dan Fakri Saarrani menggalas role yang ditinggalkan Ken Ilso.Isu kualiti jelas memberi kesan persembahan Kedah yang agak low intensiti dalam menjana serangan kecuali mengharapkan influence Liridon yang merupakan pemain paling banyak mengerakkan bola kepelusuk padang.

HIGHTLIGH TM PIALA MALAYSIA 2017  |  KEDAH vs UiTM



   



 Selain itu pasukan Kedah juga lack of space and pace dalam serangan melalui wide area.Jika perlawanan lalu Kedah menggunakan pacey wingers melakukan penetrate dan cut inside,kali ini pasukan lebih cenderung shielding terutama apabila Baddrol dan Syazwan lebih aktif di zon 10 dan zon 12 berbanding kebiasaan mereka di zon 13 dan zon 15.(Untuk pehaman zon bernombor anda boleh rujuk artikel pembahagian 18 zon).Kekurangan space support menjadikan pace pasukan menjadi sederhana.Penulis simpulkan mode serangan dan intensiti Kedah adalah berorientasikan moderate system.

Uitm seperti jangkaan,mereka akan cuba bermain direct football menerusi sistem berorientasi targetman dibahagian atas.Mereka akan tweaks 5-4-1 kepada 5-2-3 dalam generate serangan.Pergerakkan wide area mereka terhad kerana sistem rangkaian bertiga lebih menumpukan halfspace.Bahagian backline mereka agak low compactness namun cepat closing down ketika kehilangan penguasaan bola.

FARHAN WIRA KEDAH,UITM AKTIF MODE SERANGAN

Ketika Kedah selesa mendahului 1-0 dan terus mengekalkan corak permainan low tempo,pelawat garang mengasak kubu Kedah dan Kedah perlu berterima kasih kepada Farhan Abu Bakar yang melakukan aksi fingertips ' dalam usaha menyelamatkan kubu pasukan.Selain itu,usaha Kedah menambah gol juga dikecewakan penyudah hampa (mischance).Kemasukan substitute juga tidak mengubah apa-apa dari segi gol atau tempo perlawanan.

KEDAH KE SUKU AKHIR

Keputusan 1-0 sudah memadai buat juara bertahan ini layak ke slot Suku Akhir biarpun memiliki 1 lagi perlawanan.Isu moderate low tempo tidaklah memberi kesan besar kerana Kedah berjaya dalam misi utama iaitu mencapai 3 mata.

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN


- Farhan Abu Bakar


Sumber : BHK
Share:

Selasa, 1 Ogos 2017

KEDAH BAKAL MEREHATKAN BEBERAPA TONGGAK UTAMA




KEDAH bakal melakukan pertukaran dalam kesebelasan utamanya ketika melayan kunjungan skuad Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Selasa.
Pengendalinya Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, pertukaran itu dilakukan untuk merehatkan beberapa pemain utama bagi mengatasi keletihan selepas pulang dari Melaka.

Menurutnya, selepas menghadapi tujuh perlawanan melibatkan Liga Super dan Piala Malaysia dalam tempoh terdekat, pemain pastinya letih dan memerlukan rehat sebelum kembali membantu skuad hijau kuning.
"Kita mungkin akan rehatkan dulu Sandro Da Silva dan Ken Ilso Larsen dalam perlawanan kali supaya mereka lebih bersedia untuk perlawanan seterusnya.

"Jika terdapat pemain lain juga perlu direhatkan dalam perlawanan ini kita akan lakukan.
"Tanggungjawab mereka akan diberikan kepada pemain muda atau simpanan yang lain. Saya yakin mereka mampu memberikan yang terbaik buat Kedah.
"Ini kerana selepas menentang UiTM, kita akan bertemu Pahang dalam saingan Liga Super dan segala persiapan perlu dilakukan lebih awal," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, semua pemain utama ketika ini berada dalam keadaan baik tanpa mengalami kecederaan.
Mohd Nidzam selain itu menuntut pemain meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan kali ini.
Bagaimanapun jelasnya, pemain diingatkan supaya tidak memandang rendah kemampuan lawan dan sentiasa memberi perhatian sepanjang permainan.


Sumber : mStar
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser