Sabtu, 24 November 2018

SENARAI PEMAIN YANG DIGUGURKAN KEDAH FA 2019



SENARAI PEMAIN YANG DIGUGURKAN KEDAH FA 2019


Video :




Share:

Sabtu, 22 September 2018

"KEPDA" Mahu Azraai, Victor Bergandingan Musim 2019






Azraai, Victor gandingan terbaik buat Kedah


KELAB Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (Kepda) percaya bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah adalah calon sesuai untuk dilantik sebagai pengendali pasukan itu bagi musim 2019.

Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah berkata, Ketua Jurulatih Kedah Bawah 21 Tahun, Victor Andrag pula adalah gandingan terbaik buat Mohd Azraai untuk mengemudi pasukan dan wajar diberi peluang sebagai penolong ketua jurulatih utama musim hadapan.



Menurutnya, dua pengendali itu adalah watak penting Kedah muncul juara berganda pada tahun 2007 dan tahun 2008 yang masih gagal dicabar oleh mana-mana jurulatih dan pasukan lain di Liga Malaysia sehingga hari ini.

"Mohd Azraai adalah salah seorang jurulatih yang mampu mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Beliau juga terbukti mampu memilih pemain import berkualiti beraksi dengan beberapa pasukan lain semasa bergelar jurulatih pasukan itu.


"Victor sebelum ini pula membuktikan beliau antara bekas ketua pasukan berpengaruh Kedah dan kini sebagai jurulatih pula berjaya membangunkan pasukan bawah 21 tahun muncul naib johan Piala Presiden 2018 dan naib johan bolasepak Sukan Malaysia 2018," katanya.

Nor Asmadi berkata, persefahaman yang baik di antara kedua-duanya bakal mewujudkan sistem kejurulatihan baik seiring dengan hasrat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang mahu melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad tersebut.

Jelasnya, Victor juga antara jurulatih muda yang perlu diketengahkan bagi memberi nafas baharu kepada bola sepak Kedah pada hari ini.

"Gandingan beliau dengan jurulatih berpengalaman seperti Mohd Azraai juga sebenarnya secara tidak langsung sebagai proses pembelajaran untuk mengendalikan pasukan yang lebih besar dan penuh cabaran pada masa hadapan.



"KFA bukan sahaja perlu merancang untuk melahirkan pemain berkualiti namun proses itu juga perlu dilakukan dalam melahirkan jurulatih yang berwibawa," katanya.

Dalam pada itu, selain Mohd Azraai, Nor Asmadi juga melihat calon-calon lain yang mampu membawa Kedah kembali terbang tinggi adalah pengendali Felda United, B Sathianathan dan pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti.

Katanya, Kedah adalah sebuah nama besar dalam liga di negara ini dan pasukan tersebut memerlukan jurulatih berpengalaman yang mampu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan.

"Kepda melihat tiga calon jurulatih tempatan ini iaitu Azraai, Sathianathan dan Irfan sangat sesuai untuk memimpin Lang Merah pada musim hadapan kerana dibuktikan dengan pengalaman dan rekod kejayaan dimiliki mereka sebelum ini," katanya.

Sebelum ini Sukan Sinar melaporkan Kepda menggesa Lang Merah segera melantik ketua jurulatih baharu bagi membuat persiapan pada musim hadapan selepas gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2018.


Sumber : Sinar
Share:

Selasa, 17 Julai 2018

Real Madrid Menyesal Jual CR7

Real Madrid Menyesal Jual CR7



MADRID: Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon percaya tindakan Los Blancos menjual Cristiano Ronaldo ke Juventus terbukti akan menjadi keputusan yang buruk.

Bekas pemain sayap Manchester United itu memilih meninggalkan Bernabeu dengan perjanjian STG88 juta (RM472 juta) yang pastinya mengejutkan penyokong juara Eropah itu..[Baca Artikel Selanjutnya]   *wait 5 second and SKIP AD



Share:

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang'

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang' 



ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berharap barisan tempangnya mampu melakukan keajaiban dengan menewaskan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Menurutnya, beliau tidak dapat menurunkan Paulo Rangel dan Alvaro Silva yang menjalani penggantungan manakala Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah, Akhyar Rashid  serta Ariff Farhan yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Baca juga : 6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia


"Ketiadaan enam pemain utama itu meresahkan saya, tetapi kita perlu teruskan perjuangan dengan semangat yang kental dan mahu pastikan semua pemain yang dipilih menggunakan peluang sebaik mungkin dalam misi mendapatkan tiga mata yang berharga di laman sendiri.

"Saya akui perlawanan ini penting, apatah lagi, kedua-dua pasukan mengumpul 30 mata dan bersaing dengan Perak serta Pahang untuk tempat kedua.

"Jadi, ia umpama larian pecut dan semua pasukan mahukan kedudukan terbaik dalam liga apabila tinggal tiga saja perlawanan berbaki sebelum saingan menutup tirai," katanya.

Nidzam berkata, perlawanan itu juga harus mengukur sejauh mana kemampuan barisannya bangkit selepas tewas kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim 1-2, Jumaat lalu.

"Walaupun tampil dengan barisan tempang, saya yakin semangat kental pemain yang ada mampu membawa cabaran kali ini sekali gus mendapatkan tiga mata bagi membuka peluang untuk memburu tempat kedua," katanya.

Tag ; Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah



Sumber : BH
Share:

Isnin, 16 Julai 2018

Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah

Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah 



Peluang pemain tengah muda negara, Akhyar Rashid, beraksi dalam Sukan Asia 2018 terjejas apabila  ujian imbasan mengesahkan dia mengalami kecederaan tulang rawan di  bahu kiri yang memaksanya berehat selama enam minggu.

Peluang Akhyar bermain dalam Sukan Asia kini sepenuhnya bergantung kepada sejauh mana proses pemulihan yang kini dijalaninya di Wisma FAM.

Apa yang pasti, Akhyar tidak boleh lagi bermain untuk Kedah dalam baki saingan Liga Super musim ini dan perlu fokus kepada usaha untuk pulih lebih awal daripada dijadualkan jika mahu menyertai Sukan Asia.


Baca juga : Senarai Pasukan Membuat Jendela Perpindahan Ke-2 2018


Dia serta Gerald Gadit terpaksa pulang pada 11 Julai lalu ekoran tidak lagi boleh beraksi sehingga kejohanan berakhir.

“Otot saya mengalami sedikit koyakan.

“Doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan fisioterapi terlebih dahulu, jika tidak, saya perlu dibedah,” kata pemain muda Lang Merah itu.

Dalam masa sama, Akhyar berbangga dengan semangat juang rakan sepasukan yang mara ke pentas akhir Kejohanan Piala AFF B-19.

Biarpun berdepan provokasi penyokong lawan, itu bukan halangan skuad negara untuk menumbangkan Indonesia di laman sendiri, malam tadi.

“Tahniah buat Malaysia. Penyokong Indonesia tidak profesional kerana membaling botol selain provokasi di media, termasuk media sosial saya di Instagram,” katanya.
Share:

Sabtu, 14 Julai 2018

Kedah "Tertomoih" Lagi di Darul Aman

Kedah "Tertomoih" Lagi di Darul Aman




ALOR SETAR : Perlawanan diantara Kedah menentang JDT pada malam tadi telah pun berakhir dengan pasukan Kedah terus ditimpa kekalahan apabila tewas buat kali kedua berturut-turut 2-1 dan Segala perancangan Coach Nidzam Adha tidak menjadi.

Baca juga : Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon


Pasukan Kedah ternyata hilang rentak sang Juara mereka apabila gagal mengawal perlawanan seperti sebelum ini yang dikatakan tiki taka. Kedah gagal untuk memegang bola lama kerana pemain JDT seringkali agresif untuk menghalang dan mencuri bola di kaki pemain Kedah.

Apa yang jelas pada masa ini ialah Kedah kian tidak tersusun dengan pergerakan bola diatas padang tampak kurang kreatif atau tektikal dan tidak mempunyai tindakan penyudah yang tajam.

Paulo Rangel sangat gagal untuk memberi sinar harapan kepada seluruh penyokong setia hijau kuning apabila beliau gagal menyempurnakan sepakan penalti yang hadir pada minit ke-67. Dan paling kecewa sekali beliau dilayangkan kad merah pada minit ke-80.

Pasukan JDT semakin mantap dan selesa dengan gaya corak permainan mereka. Seringkali mengasak kubu Kedah dan memaksa pertahanan Kedah untuk melakukan kesilapan.

Strategi pasukan JDT adalah dengan menggunakan kelincahan Cabrera untuk menarik seramai yang mungkin pertahanan pasukan Kedah ke bahagian tepi kawasan Kedah dan kemudian Cabrera akan menghantar bola ke Safawi Rasid yang sudah tentunya tidak dikawal ekoran kawalan ketat pertahanan Kedah terhadap Cabrera.

Lihat Video :

Highlight kedah lwn Jdt 13-07-2018


Baca juga : Siapakah yang layak di posisi sayap kiri,Akhyar Rashid atau Nor Hakim Hassan ?


Keputusun penuh semalam kedah 1-2 Jdt.

*Adakah skrip “Kedah retak menanti belah” bakal berulang lagi?
Share:

Selasa, 10 Julai 2018

Marcote "SAH" Tinggalkan Kedah

Marcote "SAH" Tinggalkan Kedah


PETALING JAYA: Ramon Marcote akhirnya secara rasmi meninggalkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Isnin.

Pada April lalu, warga Sepanyol itu diberi tugas sebagai jurulath pembangunan bola sepak KFA selepas hampir empat bulan menguruskan skuad utama Lang Merah.

"Seperti yang anda tahu, hari ini 9 Julai 2018 adalah penerbangan terakhir dari Alor Setar untuk kembali ke Sepanyol.

"KFA dan saya telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan hubungan kerjasama ini. Ia merupakan satu penghargaan, penghormatan buat saya dalam mempertahan warna-warna Kedah buat kali kedua.

"Saya bertanggungjawab untuk mengucapkan terima kasih kepada Ginney (Puan Sri Ginney Chew) dan ECK di atas kepercayaan dan sokongan berterusan sepanjang masa (hubungan persabahatan ini tidak akan diruntuhkan oleh sesiapa).

"Juga terima kasih kepada semua penyokong Kedah di atas kebaikan dan hubungan rapat yang sentiasa melayan saya dengan baik sejak hari pertama tiba di Kedah," jelas Marcote di status Instagramnya pada Isnin.



Marcote diketepikan daripada tugas utamanya bersama skuad Kedah selepas aksi tidak konsisten ketika itu yang berada di tangga ketujuh Liga Super selepas lima perlawanan dengan mengumpul enam mata. Mereka mencatat dua kemenangan dan tiga tewas.

Manakala pembantunya, Mohd Nidzam Adzha Yusof kembali mengemudi tugas utamanya itu.

Sebagai rekod Marcote tiba di Kedah buat kali kedua selepas 2016, apabila menjadi pilihan utama mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad Hijau Kuning musim ini.

Lebih menarik, pemilihannya untuk kembali ke Alor Setar adalah disebabkan penyokong-penyokong yang sentiasa menagih sentuhan bola sepak moden daripadanya.

Sebelum ini Marcote pernah bersama Kedah sebagai pembantu jurulatih kepada Tan Cheng Hoe.

Baca juga : Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon  ,  Saya hargai sokongan semua penyokong - Ginney Chew




Sumber : mStar
Share:

Isnin, 9 Julai 2018

Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon

Kedah Sudah Bersedia "Lepaskan" Liridon



ALOR SETAR: Pemain tengah, Liridon Krasniqi berkemungkinan terlepas tiga aksi terdekat Liga Super membabitkan pertemuan dengan Melaka United, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC akibat kecederaan.

Baca juga : 6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia


Berdasarkan maklumat dari media rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Liridon mengalami kecederaan paha pada perlawanan menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman pada 26 Jun lalu.

Kecederaan itu dijangka mengambil sedikit masa untuk pulih bagi membolehkan dia kembali beraksi bersama rakan sepasukan.

Pemain sensasi dari Kosovo itu juga berkemungkinan hanya dapat beraksi kembali dalam dua aksi terakhir Liga Super bertemu Perak dan PKNP FC masing masing pada 22 dan 27 Julai ini jika proses pemulihan berjalan lancar.

Menurut Ketua Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, beliau bersama pegawai perubatan pasukan akan memantau kecederaan Liridon dan berharap pemain tengah itu dapat kembali pulih dalam tempoh terdekat.

“Kita berharap beliau menjalani proses pemulihan dengan lebih cepat dengan sokongan semua pegawai perubatan dan mampu beraksi pada perlawanan seterusnya seperti dirancang.

“Saya bagaimanapun terpaksa menghadapi apa juga kemungkinan dengan melakukan pertukaran pemain sedia ada.

“Kedah juga terpaksa melupakan khidmat pemain muda, Akhyar Rashid pada perlawanan menentang Melaka United pada 10 Julai ini kerana sedang beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 19 tahun dalam kejohanan Piala AFF di Indonesia sehingga 14 Julai nanti.

“Jadi kita terpaksa melakukan sedikit perubahan bagi mengimbangi kekurangan dijangkakan dalam misi seterusnya memburu tiga mata di Stadium Hang Jebat.

“Kita tetap optimis pemain yang diganti nanti mampu memberi sumbangan yang berkesan untuk kekuatan pasukan,” katanya.

Baca juga : Liridon Krasniqi | Caps 100 Bersama Pasukan Lang Merah , TOP 5 | Gol Terbaik Liga Super 2018


Info :
👉Melaka United vs Kedah
👉10 Julai 2018 | 08.30mlm
👉Stadium Hang Jebat



Lihat video : 


Liridon Krasniqi | Caps 100

Sumber : BH
Share:

Ahad, 8 Julai 2018

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia 



Slot untuk beraksi dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia masih lagi terbuka meskipun pasukan Pahang berjaya memenangi Piala FA semalam. Ini kerana pasukan Pahang dikenakan penggantungan oleh FAM dimana mereka tidak dibenarkan beraksi di peringkat Asia selama dua tahun.

Jadi, slot ke Asia tersebut akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di tangga kedua. Ketika ini, pasukan Perak menduduki tangga kedua dan mereka berpeluang untuk mengekalkan kedudukan tersebut jika mengutip mata penuh pada baki 5 perlawanan Liga.

Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki oleh Perak masih lagi boleh dikejar oleh pasukan lain. Kedah yang menduduki tangga ketiga hanya berada satu mata dibelakang pasukan Perak.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti, Terengganu FC pula yang menduduki tangga kelima dengan 27 mata berada empat mata di belakang. PKNS FC pula ketika ini menduduki tangga keenam dan berada lapan mata dibelakang.

Tiga pasukan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka Uniter pula berada 11 mata dibelakang. Kedudukan ketiga-tiga pasukan ini sedikit jauh namun jika pasukan di atas mereka keciciran mata, tidak mustahil mereka mampu mengejar dan mendapatkan slot ke Asia tersebut.

Kedudukan Liga Super 2018

Slot ke Asia ini amat penting bagi semua pasukan kerana mereka dapat beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik di rantau Asia. Pasukan tersebut juga mempunyai peluang untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi dan mendapatkan pengalaman terbaik.

Apa yang penting, pasukan yang disebutkan di atas perlu mengutip mata penuh pada baki lima perlawanan Liga selepas ini dan mengharapkan pasukan lain keciciran mata. Bukan senang untuk mendapatkan peluang bermain di Asia. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan segala-galanya.

Apa pendapat anda mengenai perlumbaan untuk beraksi di peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia yang masih lagi terbuka kepada enam pasukan? Mampukah mereka memanfaatkan peluang ini dan beraksi di samping pasukan terbaik di rantau Asia?


Baca juga : Tok Gajah "Jinakkan" Red Giants di Pentas Akhir Piala FA 2018


Sumber : inikan bola
Share:

Tok Gajah "Jinakkan" Red Giants di Pentas Akhir Piala FA 2018



Pada aksi final malam tadi, Jurulatih Selangor,Nazliazmi membuat percaturan berani dengan menurunkan empat pemain muda dalam kesebelasan utama iaitu K Kannan, Muhd Amirul Ashraff Ariffin, Syahmi Safari dan juga D Kugan.

Bagaimanapun, hasrat pasukan itu untuk menempah tiket ke pusingan kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan lebur selepas dijinakkan Pahang 2-0 pada pentas akhir 2018.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala FA ialah pada tahun 2009 apabila menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.

Juara Piala FA 2018 Pahang FA

Keputusan penuh Final Piala FA 2018

Selangor 0-2 Pahang.

Lihat Video:







Share:

Isnin, 2 Julai 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Pentas Akhir Piala FA 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Bergema Dengan Sorakan Penyokong final Piala FA 2018



KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2018 pada 7 Julai ini, demikian menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang bekerja keras dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan final Piala FA berjalan lancar.

Kali terakhir Stadium Nasional menjadi venue final Piala FA adalah pada 2015 yang menyaksikan wakil Singapura, Lions XII menundukkan Kelantan 3-1.

“Penyokong sebelum ini amat berharap perlawanan akhir kembali diadakan di Bukit Jalil dan kita mengotakan janji tersebut,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perjanjian diikat antara PSM dan MFL “Kita buat percubaan tahun ini dan jika berjalan lancar, kita akan lihat bagaimana untuk final Piala Malaysia nanti,” katanya.



Dalam pada itu, Kevin memaklumkan Kejohanan Piala Cabaran akan diadakan pada hari berbeza dengan perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan bagi memastikan kejohanan berkenaan mendapat liputan seimbang daripada pihak media.

Untuk rekod, MFL memperkenalkan buat julung kalinya Piala Cabaran bagi memberi peluang pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia selain bertujuan memastikan kalendar bola sepak tempatan dipenuhi dengan pertandingan.

Berdasarkan format kejohanan Piala Cabaran, lapan pasukan terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Kevin hadir pada majlis perjanjian penajaan berganda di antara MFL, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan syarikat minuman probiotik tempatan, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd sempena Karnival Moh Skor Segalanya Bola anjuran Media Prima Berhad di sini.

Menerusi perjanjian tersebut, Yakult Malaysia dilantik sebagai minuman probiotik rasmi Piala Malaysia bagi musim 2018 dan 2019 serta minuman probiotik rasmi FAM dari 2018 sehingga 2020. - Bernama

Selangor




Pahang

Share:

Isnin, 25 Jun 2018

Siapakah Yang Layak di Posisi Sayap Kiri,Akhyar Rashid Atau Nor Hakim Hassan ?




Siapakah Yang Layak di Posisi Sayap Kiri,Akhyar Rashid Atau Nor Hakim Hassan ?


Sejak pasukan kebangsaan diambil alih oleh Tan Cheng Hoe, kita telah melihat barisan pemain yang berbeza digunakan dalam tiga perlawanan antarabangsa bulan lalu. Di sini, kami ingin mengupas tentang sama ada Akhyar Rashid atau Nor Hakim Hassan yang lebiih sesuai diletakkan di posisi sayap kiri pasukan negara.

Tahun 2018 merupakan tahun paling gemilang buat Akhyar Rashid. Beliau cemerlang membantu pasukan bawah 23 tahun negara mencipta sejarah apabila layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam temasya Piala Asia Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini.

Setelah cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun, Akhyar kemudiannya dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai skuad senior negara untuk menghadapi 3 perlawanan antarabangsa. Secara keseluruhan, Akhyar beraksi dengan baik dan beliau juga berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia seri dengan Mongolia.

Bagi Nor Hakim pula, beliau bagaikan bangkit daripada masa kelam beliau pada musim lalu. Hakim terpalit dengan isu disiplin apabila beliau sempat hilang dari radar ketika bermain untuk T-Team musim lalu. Namun, musim ini bersama pasukan Perak, Hakim dilihat bangkit daripada peristiwa tersebut.

*sentuh gambar untuk lihat aksi Akhyar Rashid

Nor Hakim berjaya tampil cemerlang bersama pasukan Perak setakat ini. Dan hasil kerja keras beliau, Tan Cheng Hoe memanggil Hakim untuk menggantikan pemain yang digugurkan pada perlawanan menentang Bhutan. Beliau dimasukkan pada separuh masa kedua dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal disambar.

Kami berpendapat Akhyar dan Nor Hakim mempunyai kelebihan dan juga teknik yang tersendiri. Akhyar dengan gelecekkan beliau manakala Hakim dengan kepantasan di sebelah kiri. Jika melihat dari segi tubuh badan, Hakim memiliki sedikit kelebihan berbanding Akhyar.

*sentuh gambar untuk lihat aksi Nor Hakim Hasan

Walau apa pun, masih banyak yang boleh diperbaiki oleh kedua-dua pemain terutamanya Akhyar Rashid yang masih lagi berusia 20 tahun. Jika kedua-dua pemain ini mampu untuk mengekalkan rentak semasa, tidak mustahil mereka berdua menjadi pilihan utama untuk posisi sayap kiri pasukan negara.

Apa pendapat anda mengenai pemain mana yang lebih sesuai untuk mengisi posisi sayap kiri pasukan negara ? Adakah Akhyar Rahid ? Atau Nor Hakim Hassan ?


Tag Video : Aksi Akhyar Rashid | Aksi Nor Hakim Hassan
Baca Juga : Video : Aksi Akhyar Rashid Memukau

Sumber : Inikan Bola
Share:

Ahad, 10 Jun 2018

Gadis Cantik Berjubah Ini Hebat Menimbang Bola

Gadis Cantik Berjubah Ini Hebat Menimbang Bola



Seorang gadis menjadi tular selepas video beliau menimang bola di muat naik ke media sosial.

Apa yang istimewa gadis yang mempunyai senyuman manis ini sangat tenang menimbang bola umpana pemain dunia bola seperti Cristiano Ronaldo,

Dengan berkasut Adidas tenang saja menimang dan menyilang kaki menahan bola.

Jom lihat aksi gadis ini menimbang bola,


Share:

Sabtu, 9 Jun 2018

Penampilan Sulong Ramadhan Dipuji Pengurus Lang Merah

Penampilan Sulong Ramadhan Dipuji Pengurus Lang Merah



PENAMPILAN pertama penjaga gol baharu Kedah, Ramadhan Abd Hamid bersama pasukan tersebut mengatasi Kelantan 1-0 di Stadium Darul Aman semalam mendapat pujian pengurusan Lang Merah.

Ketenangan yang dimiliki pemain berusia 24 tahun itu berjaya mengendurkan setiap asakan dan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya skuad muda The Red Warrior (TRW).

Pengurus Kedah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, kehadiran penjaga gol kelahiran Kota Bharu itu berjaya menampung kekosongan di posisi tersebut apabila pemain sedia ada dihimpit masalah kecederaan dan kecergasan.

Menurutnya, Ramadhan mempunyai pakej lengkap dari sudut saiz, ketenangan termasuk menangkis percubaan bola tinggi pasukan lawan.

“Beliau mempunyai kelebihan dan ciri-ciri sebagai penjaga gol yang sesuai. Namun kita juga ada barisan penjaga gol lain yang kita ganti mengikut kesesuaian. Apapun memang Ramadhan beraksi pada tahap yang lebih dari sepatutnya pada perlawanan ini,” katanya selepas perlawanan tamat.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Syed Khairol Anuar berkata, semua pemain berjaya bangkit selepas alami dua kekalahan berturut-turut kepada Melaka United dan Kelantan pada 1 dan 5 Jun lalu.

Menurutnya, hasil perbincangan yang diadakan bersama semua pemain dan pasukan kejurulatihan, Lang Merah berjaya mendapatkan kembali kemenangan dan tiga mata penuh untuk terus mencabar kelompok atasan liga super.

Paulo Rangel muncul wira Kedah apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-45 perlawanan.


Sumber : SinarOnline


tag : KEPDA Mahu Kedah "Bangkit" Dan Lupakan Kekalahan Lalu.



Full Highlight Kelantan 0-1 Kedah
08-06-2018

Share:

Jumaat, 25 Mei 2018

Liridon Krasniqi | Caps 100 Bersama Pasukan Lang Merah



Kedah berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang pada perlawanan semalam. Tahniah diatas semangat juang berpasukan yang tinggi. Buat Liridon Krasniqi, caps yang ke 100 nya bersama pasukan kedah pastinya bermakna pada beliau semalam apabila turut menyumbang satu gol buat pasukan.


KEDAH 2 PAHANG 0





Banyak lagi video yang menarik disini

[VIDEO SUKAN LANG MERAH]  👈👈👈👈



Share:

Rabu, 23 Mei 2018

Paulo Rangel "SAH" Jadi Penyerang Utama Lang Merah




KEDAH berpeluang menggunakan khidmat penyerang baharunya lebih awal apabila pemain itu mendapat lampu hijau daripada kelabnya untuk menyarung jersi hijau kuning secepat mungkin.

Penyerang baharu Kedah dari Brazil, Paolo Rangel akan menggantikan Pablo Pallares dari Sepanyol yang ditamatkan kontrak lebih awal selepas didapati gagal membantu skuad berkenaan.

Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin  berkata, sebelum ini Rangel dijangka dapat mewakili Kedah selepas 27 Mei kerana menunggu surat pelepasan daripada kelabnya di Thailand.

Bagaimanapun jelasnya, skuad hijau kuning mendapat berita gambira apabila Rangel dilepaskan lebih awal bagi urusan pendaftaran untuk menyertai Liga Malaysia.

"Saya lega kerana Rangel akan mendapat pelepasan  kelabnya pada Rabu. Oleh itu dia akan mula sertai latihan secepat mungkin dan pendaftaran juga akan dibuat secepat mungkin bagi membolehkan dia membantu kita dalam perlawanan seterusnya.

Sumber KFA


"Kalau tiada apa-apa halangan, Rangel mungkin boleh diturunkan ketika menentang Selangor di Stadium Selayang minggu ini, ia akan memberi kelebihan kepada kita untuk berdepan skuad terbaik seperti Selangor.

"Berdasarkan pengalaman pernah mewakili beberapa kelab Liga Malaysia sebelum ini, kita yakin Rangel dapat menjalankan peranan sebagai penyudah dengan lebih baik dan membawa skuad ini ke tahap yang lebih baik,"  selepas perlawanan Liga Super antara kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman, Selasa malam.

Sumber KFA


Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mengulas mengenai perlawanan menentang Pahang meluahkan kepuasan selepas anak didiknya berjaya menewaskan lawan 2-0.

"Saya berpuas hati dengan aksi semua pemain khususnya barisan pertahanan, mereka berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik di atas padang dengan memastikan penyerang lawanan tidak bebas untuk mencipta peluang.

"Apa yang saya harap pemain dapat meneruskan momentum kemenangan ini dalam perlawanan seterusnya minggu ini," ujarnya.




Sumber : mStar
Share:

Isnin, 21 Mei 2018

Kelibat Paulo Rangel di Stadium Mini MBAS Peremba


PAULO RANGEL tiba di Alor Setar petang tadi dan sempat meluangkan masa menyaksikan skuad hijaukuning berlatih di Stadium Mini MBAS Peremba.

Kehadiran beliau tidak lain tidak bukan adalah untuk memperhalusi kontrak bersama skuad hijaukuning, sehingga setakat ini masih dalam peringkat akhir perbincangan terma kontrak tertakluk kepada pelepasan secepat mungkin oleh kelab lamanya, Nakhonratchasima FC.

Nama beliau antara menjadi sebutan peminat dan pilihan pengurusan bagi memperkuatkan jentera serangan skuad hijaukuning selepas kehadiran Pablo Pallares gagal mencapai sasaran pihak pengurusan.

Dengan 5 perlawanan bakal diharungi sepanjang bulan Ramadhan ini, usaha ini adalah tugas utama untuk menyuntik dimensi baru formasi serangan skuad hijaukuning.

Sumber : KFA

Sumber : KFA


Sumber : KFA

Share:

Sabtu, 19 Mei 2018

Live Streaming | Chealsea vs Manchester United | FINAL FA CUP




Live Streaming | Chealsea vs Manchester United | FINAL FA CUP 2018




Share:

Khamis, 17 Mei 2018

Rangel Senjata Pemusnah Untuk Pasukan Kedah -Azraai Khor Abdullah




Bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah menyambut baik hasrat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mendapatkan khidmat pemain berpengalaman Paulo Rangel bagi memantapkan jentera serangan skuad Lang Merah pada tempoh jendela perpindahan kedua yang sudah bermula sejak 7 Mei lalu.

Beliau yakin aura dan kemampuan Rangel yang pernah menyinar dalam liga Malaysia dari 2013 hingga 2016, mampu membawa kekuatan baharu untuk pasukan Kedah yang mengharapkan seorang penjaring berbisa pada musim ini bagi menggantikan Pablo Pallares.

"Secara praktikalnya corak permainan Rangel sebagai penyerang mampu jadi senjata pemusnah untuk pasukan Kedah.


VIDEO:   AKSI PAULO RANGEL



"Saya yakin jika Rangel dipilih, beliau mampu memberi impak yang dicari-cari skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff yang selama ini beraksi tanpa penyerang sejati sejak awal musim lag dan seandainya berjaya dipilih, saya percaya corak serangan Kedah akan dapat dipertingkatkan.

"Kedah harus memanfaatkan kebolehan, pengalaman dan ketangkasan yang ada pada Rangel untuk menghasilkan lebih banyak gol seperti yang disasarkan dan ini penting dalam usaha menambah mata dalam carta liga ketika Kedah kini sekadar di tangga keenam dengan 15 mata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azraai yang merupakan individu serta jurulatih awal yang memilih Rangel ke dalam pasukan Perak ketika mengendalikan pasukan itu pada 2013, optimis penyerang yang sedang beraksi bersama kelab Liga 1 Thai Nakhon Ratchashima mampu hadir dengan prestasi terbaiknya pada musim ini berdasarkan pengalaman beliau.

 "Sewaktu membuat keputusan untuk membawa dia beraksi dahulu, saya sudah menjangkakan dia mampu mencipta nama dalam Liga Malaysia dan kita boleh lihat kejayaan itu berterusan yang dibuktikannya kini bersama kelab di Thailand sejak tahun 2017.

"Paling penting bila menyertai Kedah adalah keserasian pemain bersama pemain Kedah dalam melancarkan gerakan jentera serangan terutama dari bahagian tengah dan kombinasi dengan pemain lain seperti Sandro Da Silva, Liridon Krasniqi, Syazwan Zainon, Baddrol Bakhtiar, Andik Vermasyah dan lain-lain pasti mampu menggegar gol lawan,” katanya.

Azraai merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam kemasukan pemain import yang menyinar seperti Gilmar Jose, Wander Luiz, Leandro Dos Santos, Austin Amutu dan beberapa pemain lagi ke Liga Malaysia sebelum ini.

KFA pada minggu lalu memaklumkan Rangel merupakan calon utama selain dua lagi calon lain iaitu bekas pemain Macerra Kuantan FA Zarko Korac dan pemain kelab Wellington Phoenix FC di liga Australia yang bakal menyarung jersi penyerang utama skuad Lang Merah.


Sumber : Metro
Share:

Isnin, 14 Mei 2018

Kata-Kata Semangat Dari Dato Seri Mukhriz


Kata-kata semangat dari Dato Seri Mukhriz
Kepada skuad kesayangan kita 

HELANG MERAH

Share:

Mukhriz Sedia Terajui Helang Merah Jika Suara Penyokong Mahukan



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya itu yang dimahukan penyokong-penyokong ‘Lang Merah’.

Katanya beliau tidak kisah diberi jawatan apa pun kerana fokus utamanya sekarang adalah untuk memastikan bola sepak di Kedah dapat dibangunkan dengan sewajarnya.

"Kalau penyokong rasa saya sesuai untuk terajui KFA sekali lagi sebagai Presiden KFA, saya boleh terima cadangan tersebut tetapi perlu lihat adakah tindakan itu perlu atau cukup sekadar saya membantu dari luar sahaja.

VIDEO KATA-KATA SEMANGAT DATO SERI MUKHRIZ SUATU KETIKA DAHULU


"Saya tahu, sebelum ini dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Kedah telah menyatakan bahawa akan menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA kerana ia merupakan salah satu punca kepada masalah bola sepak Kedah sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan itu kepada pihak pengurusan KFA dan suara peminat bola sepak Kedah.

Manifesto PH negeri antara lain mengandungi janji PH untuk menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.

Terdahulu, Mukhriz tiba di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada 8 pagi untuk memulakan hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Tag : Ahmad Bashah Sah Letak Jawatan KFA

SumberBernama

Share:

Ahad, 13 Mei 2018

Live Streaming | N9 vs KEDAH




Live Streaming : 》 klik Sini 《

Share:

VIDEO : Skills And Goal Zarko Korac Pemain Ujian Helang Merah



Žarko Korać, berumur 30 tahun, bekas penyerang skuad Liga Premier musim 2018, Marcerra Kuantan FA antara pemain dalam senarai pemilihan bagi memperkuatkan jentera skuad hijaukuning di pertengahan liga berlangsung.

Beliau mula menjalani latihan  bersama skuad hijaukuning. Tingkap pendaftaran pemain kedua Liga Malaysia telah bermula sejak 7 Mei lepas.



Skuad hijaukuning dalam misi mengikat seorang penyerang prolifik dalam memastikan pasukan Kedah FA terus relevan antara pencabar kelompok teratas unifi Liga Super dan seterusnya misi memburu piala kejuaraan Piala Malaysia edisi 2018.

KLIK UNTUK MELIHAT BANYAK VIDEO DISINI


Seorang lagi pemain ujian, Paolo Rangel akan tiba di Alor Setar 19 Mei ini bagi menjalani latihan bersama skuad hijaukuning bagi pemantauan prestasi dan penilaian oleh barisan kejurulatihan. Tarikh akhir mendaftar pemain baru adalah 3 Jun ini.


VIDEO SKILL AND GOAL ZARKO KORAC


Share:

Rabu, 9 Mei 2018

Kedah Membuat Keputusan Tepat - B Sathianathan



KUALA LUMPUR: Mengikut mereka sudah biasa beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dilihat sebagai jalan terbaik untuk pasukan yang mahu menukar pemain import pada jendela perpindahan kedua bermula 7 mei ini hingga 3 Jun depan.

Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan susulan laporan Sukan NSTP, kelmarin bahawa kebanyakan pasukan berdepan risiko besar jika berhasrat menukar pemain import pada pertengahan musim.

Beliau yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya menjelaskan prestasi seseorang pemain tidak hanya boleh dinilai berdasarkan kecemerlangan ketika sesi latihan dan aksi persahabatan semata-mata.

“Kalau jumpa pemain yang lebih baik daripada sedia ada, mungkin boleh minta pengurusan tukar. Tapi, bimbang juga kalau pemain baru itu tidak boleh memberikan apa yang kita mahu selepas mengikat kontrak.

“Untuk mengambil pemain import, kita perlukan masa untuk tahu sama ada dia bagus atau tidak. Ada pemain ketika latihan bagus, tapi apabila perlawanan sebenar, tidak menjadi.

“Jadi, saya sendiri bimbang. Jalan terbaik mungkin kita boleh ambil pemain yang kita sendiri sudah kenal atau dia sudah biasa dengan Liga M seperti Marlon Alex James dan Juan Manuel Arostegui, tapi mereka sudah tua,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Melihat kepada kenyataan Sathianathan, Kedah mungkin membuat keputusan tepat pada jendela perpindahan kedua kali ini jika benar khabar angin mengatakan mereka berusaha mendapatkan khidmat bekas pemain Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Paulo Rangel.


[VIDEO | AKSI PENYERANG BARU KEDAH PAULO RANGEL]


Berdasarkan laporan semalam, ejen pemain Effendi Jagan Abdullah menjelaskan semua pasukan yang berhasrat menukar pemain import perlu sedia berdepan risiko, termasuk kos kewangan kerana terpaksa menggugurkan pemain lama selain tiada jaminan prestasi terbaik daripada pemain baru.

Mengulas lanjut, Sathianathan bersetuju dengan kenyataan Effendi, namun menjelaskan jurulatih juga berhak menukar pemain sekiranya keadaan terdesak seperti pemain sedia ada berdepan masalah disiplin.

“Benar apa yang dikatakan ejen pemain itu. Memang susah (nak tukar import di tengah musim), tapi kalau terpaksa kita kena tukar juga terutama mereka yang berdepan masalah disiplin.

“Apa pun kita perlu berhati-hati, takut tersalah pilih mungkin kita mendapat yang lebih teruk daripada pemain lama. Perkara paling penting jurulatih perlu berbincang dengan pengurusan dulu,” katanya.


Sumber : HM
Share:

Selasa, 8 Mei 2018

TOP 5 | Gol Terbaik Liga Super 2018



TOP 5 GOL TERBAIK UNIFI LIGA SUPER 2018
9 PERLAWANAN


Share:

Isnin, 7 Mei 2018

Live Streaming | Barcelona vs Real Madrid





Live streaming

 Link:--->>    Barcelona vs Real Madrid
Share:

Sabtu, 5 Mei 2018

VIDEO | Aksi Penyerang Baru Kedah Paulo Rangel



Jom kita tengok aksi bakal peenyerang kedah yang baru Paulo Rangel


Share:

Paulo Rangel Bakal Ganti Pablo Palares




ALOR SETAR: Bekas pemain import yang pernah beraksi bersama Selangor, Terengganu dan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) kelahiran Brazil, Paulo Rangel kini berada dalam rundingan akhir untuk menyertai Kedah pada jendela perpindahan kedua, bulan ini.

Pencarian seorang penyerang yang berwibawa dilihat menjadi keutamaan Kedah pada tempoh perpindahan kedua dalam usaha meningkatkan ketajaman bahagian serangan bagi menggantikan penyerang sedia ada, Pablo Palares.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), nama Paulo Rangel yang kini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima memang berada dalam radar perancangan skuad Lang Merah bersama dua lagi penyerang lain.

Paulo Rangel 

"Kita sudah pun mengadakan rundingan dengan Paulo Rangel dan setakat ini kita berada pada peringkat akhir dan manakala dua lagi penyerang lain yang turut berada dalam senarai calon pemilihan diberi status 'simpanan'.

"Ini adalah perancangan yang dibuat Kedah bagi memantapkan serta memperkasakan jentera serangan bagi menghadapi Liga Super dan aksi Piala Malaysia musim ini," katanya.

Dua pemain import yang dihebahkan dalam media sosial sebelum ini adalah Sylvano Comvalius yang kini beraksi bersama kelab Suphanburi FC di Thailand dan pemain yang pernah bersama Marcerra Kuantan FA berasal dari Montenegro, Zarko Korac.

Prestasi bahagian serangan Kedah yang agak kurang tajam sebelum ini memaksa pengurusan membuat perancangan lebih jitu dengan mencari seorang penyerang yang mempunyai pengalaman dan memiliki keupayaan terbaik sebagai penjaring.

Kedah kini berada di tangga ke-5 Liga Super selepas mengutip 11 mata hasil lapan perlawanan.


Sumber : BH
Share:

Isnin, 26 Mac 2018

Akhyar Pemain Yang Banyak Memberi Masalah - Micheal Weiss




Meskipun memperaga aksi memukau ketika bertemu Mongolia, Akhyar Rashid mengakui ia belum cukup menjamin tempatnya beraksi pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Selasa ini.

Malah, pemain sayap lincah itu turut menjelaskan dia masih lagi belum mencapai tahap prestasi yang dimahukan sekali gus menuntutnya terus bekerja keras dan memanfaatkan segala peluang yang diperoleh ketika bersama skuad kebangsaan.

“Gol pada penampilan sulung bersama skuad senior sudah tentu menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus berjuang dan mengekalkan momentum yang sedang diraih ketika ini.


VIDEO!! | Skill |Dribbling | Goal | Akhyar Rasyid vs Mongolia


 “Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu selesa dengan satu gol itu kerana saya tetap perlu bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama memandangkan ramai lagi pemain yang turut berkongsi posisi dengan saya.

“Apapun, saya akan meneruskan kerja keras pada sesi latihan dan jika diberi kepercayaan sekali lagi oleh jurulatih sama ada dalam kesebelasan utama atau pemain simpanan, saya akan tetap memberikan komitmen 100 peratus,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Skuad Harimau Malaya berlepas ke Beirut untuk mengharungi aksi penutup Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu pendahulu kumpulan, Lubnan dengan sebarang keputusan tidak mampu mengubah kedudukan Malaysia yang menghuni tangga tercorot apabila sekadar meraih satu mata.

Pada aksi persahabatan bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, pemain yang diberi julukan ‘Neymar Kedah’ itu masuk pada babak kedua menggantikan pemain berpengalaman, Mahali Jasuli untuk penampilan pertamanya bersama skuad senior.

Dia muncul sebagai antara pemain paling menyerlah apabila larian derasnya di bahagian sayap kiri berjaya mengancam kubu pertahanan Mongolia dan dia mencetak satu gol menerusi satu percubaan yang tertampan pertahanan lawan untuk gol kedua Malaysia.

Ancaman yang ditunjukkan pemain sayap Kedah itu turut diakui sendiri pengendali Mongolia, Micheal Weiss yang menyifatkan pemain berusia 19 tahun itu banyak memberi masalah kepada barisan pertahanannya pada aksi berkenaan.

Sumber : BH
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser