Jumaat, 29 Disember 2017

Alvaro Silva bakal mengisi posisi bek tengah Kedah



ALOR SETAR: Pemain kebangsaan Filipina Alvaro Silva bakal mengisi posisi bek tengah Kedah selepas berjaya menarik perhatian Ramon Marcote untuk mengisi slot import Asia Tenggara (ASEAN) bagi kempen Liga Malaysia pada tahun 2018.

Ketibaan Alvaro Silva di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar disambut oleh beberapa pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan dihebahkan melalui laman sosial Facebook persatuan itu pada jam 9.12 malam tadi.

Laman berkenaan juga memaklumkan pemain kelahiran Sepanyol itu pernah berlatih bersama skuad Helang Merah pada awal musim 2016 dan hampir didaftarkan namun isu teknikal membuatkan Kedah terpaksa melupakan khidmatnya.

Alvaro Silva juga pernah mendapat perhatian bekas ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sewaktu membimbing pasukan Kedah pada musim 2016 selepas turut dinilai dalam beberapa latihan dan perlawanan.

Juga dimaklumkan pengesahan Alvaro Silva sebagai pemain import ketiga skuad Helang Merah tertakluk kepada pemeriksaan rekod perubatan dan penilaian akhir Marcote yang juga ketua jurulatih Kedah.

Alvaro Silva sebelum ini pernah mencatat rekod memberangsangkan apabila pernah beraksi dalam La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga pada 2016.

Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan Daejeon Citizen di Korea Selatan pada tahun 2015 dan kelab Hanoi FC di Vietnam pada tahun ini.

Sumber : BH
Share:

Khamis, 21 Disember 2017

Ifwat tercalon senarai 2 ketegori ABK2017



KUALA LUMPUR: Penjaga gol muda Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih sebagai tiga calon akhir bagi dua kategori pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017) yang akan dilangsungkan Jumaat ini.

Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) itu yang kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan disaingi dua lagi pencabarnya bagi anugerah Penjaga Gol Terbaik iaitu penjaga gawang kebangsaan, Hafizul Hakim (Perak) dan FELDA United, Farizal Harun.

Edisi tahun lalu menyaksikan anugerah terbabit dimenangi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut tercalon bagi kategori Pemain Muda Harapan yang turut menampilkan dua rakan sepasukannya dalam skuad B-23, Adam Nor Azlin (Selangor) serta Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dengan anugerah itu dimenangi penyerang T-Team, Safawi Rasid, tahun lalu.

Anugerah Jurulatih Terbaik menampilkan dua pengendali pasukan Liga Perdana sebagai tiga calon akhir bagi merebut gelaran yang dimenangi bekas pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, tahun lalu.

Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) akan disaingi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim dengan jurulatih FELDA United, B Sathianathan melengkapkan senarai tiga calon akhir bagi anugerah terbabit.

Setakat ini, hanya tiga kategori yang diumumkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dengan beberapa kategori seperti Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik serta Pemain Import Terbaik masih menjadi teka-teki.

ABK2017 akan berlangsung di Hotel One World, Jumaat ini, bermula jam 9 malam.


Ifwat kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan


Share:

"Lebih manis jika lebih banyak trofi" - Puan Seri Ginney Chew




KEJAYAAN mendapatkan pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote diharapkan mampu menyuntik semangat Hijau Kuning untuk lebih berdaya saing menghadapi Liga Malaysia 2018.

Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew berkata, matlamatnya seiring dengan sasaran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mahu mengekalkan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA di bumi Darul Aman pada musim hadapan.

Bagaimanapun, penaja utama pasukan itu berkata, lebih manis jika lebih banyak trofi dapat dibawa pulang ke bumi jelapang padi pada musim baharu ini.

“Kalau boleh saya mahu lihat trofi Liga Super Malaysia dibawa pulang pada 2018, namun sudah tentu ia bukanlah satu tugas mudah kerana perlu berdepan pasukan besar seperti JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Namun Kedah perlu berwaspada ancaman daripada pasukan-pasukan lain juga kerana saingan musim 2018 dijangka lebih sengit dan meriah,” katanya.

Jelasnya, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menggariskan perancangan pembangunan bola sepak Kedah dengan mewujudkan barisan pelapis serta melaksanakan Akademi Dato Ahmad Basri (ADAB) bagi mencungkil dan mengilap bakat dalam kalangan anak muda di seluruh negeri ini.

Ginney antara watak penting yang membawa kembali Marcote ke Kedah selepas mencadangkan pengendali itu bulan lalu kepada pengurusan tertinggi KFA.

Perkara itu dilakukannya selepas mendapat maklum balas positif daripada lebih 30,000 penyokong Hijau Kuning yang mahu bekas penolong jurulatih itu kembali melatih pasukan tersebut.



Sumber : SinarHarian
Share:

"Saya hargai sokongan semua penyokong" - Ginney Chew





PETALING JAYA: Penaja utama pasukan Kedah, ECK Sdn Bhd berkongsi kegembiraan apabila niatnya untuk membawa jurulatih Ramon Marcote akhirnya menjadi kenyataan.

Jelas pengarahnya, Puan Sri Ginney Chew, kegembiraan ini adalah untuk penyokong-penyokong setia Helang Merah.

"Saya hargai sokongan semua penyokong. Selepas jurulatih Marco mai, saya harap bola sepak Kedah makin bertambah baik.

"Semua peminat bola sepak Kedah akan terus setia menyokong pasukan.
"Demi bola sepak Kedah, saya juga harap semua penyokong memberi sokongan kepada presiden Datuk Seri (Ahmad Bashah Md Hanipah) kerana beliau sudah mencuba yang terbaik memenuhi permintaan anda semua," ujarnya

Dalam pada itu usahawan berusia 39 tahun ini mengakui beliau tidak sabar untuk melihat Kedah beraksi musim depan.

"Saya mahu lihat trofi Liga Super berada di Kedah serta lain-lain trofi.
"Bola sepak ini sudah menjadi 'passion' hidup saya. Saya yakin Kedah sebuah pasukan yang bagus dan dapat bersaing dengan kelab JDT (Johor Darul Ta'zim).

"JDT sahaja kelab pesaing utama Kedah. Pun begitu kita perlu berwaspada dengan pasukan lain juga," jelas wanita kelahiran Kulim, Kedah itu.

Mengenai nilai tajaan kepada KFA, Ginney enggan mendedahkannya buat masa sekarang.
Baca Sini : RM 30 Juta Untuk Musim 2018

"Awal Januari ini akan ada majlis menandatangani pemain, dan mungkin ia akan diumumkan.

"Ketika ini kita masih melengkapkan kontrak hitam putih dengan KFA," ujarnya ringkas.

Untuk rekod, bulan lalu, Ginney mengambil langkah mendapatkan maklum balas dan mendengar kehendak penyokong mengenai pemilihan jurulatih baharu.
Ginney memuat naik status untuk membawa Marcote sebagai jurulatih Kedah yang baharu untuk saingan musim depan.

Status tersebut mendapat maklum balas yang positif sebelum beliau berbincang lebih lanjut dengan KFA mengenai hasratnya itu.



Sumber : mStar
Share:

KFA Dapat Peruntukan RM 30J Musim 2018




ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.


"Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

"Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA.


Sumber : Bernama

Share:

Rabu, 13 Disember 2017

Senarai Pemain Kedah Musim 2018






Berikut adalah Senarai Pemain Kedah Musim 2018 :

JURULATIH (HEADCOACH)

-Ramon Marcote
-Nidzam Adzha

PENJAGA GOL (GOALKEEPER)

- Ifwat Akmal
- Abdul Hadi
- Muhammad Asri Muhamad (Baru)

PERTAHANAN (DEFENDER)

- Rizal Ghazali
- Syawal Nordin
- Khairul Helmi
- Ariff Farhan Isa
- Osman Yusoff
- Syazwan Tajuddin
- Asri Mardzuki
- Mohd Norfiqrie Abdul Talib (Baru)

TENGAH (MIDFIELDER)

- Liridon Krasniqi
- Sandro
- Akram Mahinan
- Syazwan Zainon
- Baddrol Baktiar
- Farhan Roslan
- Amirul Hisham Awang Kechik
- Abdul Halim Saari
- Hanif Dzahir
- Akhyar Rashid
- Mohd Zulfahamzie Mohd Tarmizi (Baru)

PENYERANG (FORWARD)

- Zafuan Azeman (Baru)
- Syafiq Ahmad



*Dijangka 2-3 pemain import akan dipilih sendiri oleh Coach Ramon Marcote !!! Sama-sama Kita nantikan keputusan Rasmi

Share:

Selasa, 12 Disember 2017

SAH !!! Marcote Ketua Jurulatih Kedah 2018 Yang Baharu




Ramon Marcote Pequeno sah menjadi Ketua Jurulatih Skuad Liga Super Kedah selepas menandatangani kontrak selama setahun bersama Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -.

Majlis pagi tadi turut dihadiri YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah, Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah Darul Aman hadir bersama pengurusan tertinggi KFA terdiri dari Ahli Majlis Eksekutif dan turut mendapat sokongan padu dari penaja utama ECK Development Sdn. Bhd., turut hadir Tan Sri Dato' Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Ginney Chew, Ketua Pegawai kewangan.





Marcote bersama Tan Sri Dato' Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Ginney Chew, Ketua Pegawai kewangan.



Kehadiran Ramon Marcote kali ini seperti sirih pulang ke gagang selepas pernah mengemudi skuad hijaukuning sebagai pemangku jurulatih pada penghujung musim 2015 serta mendapat restu dari pengurusan tertinggi KFA diterajui YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah. Usaha dan komitmen ini tidak akan menjadi nyata jika tidak mendapat kerjasama dari semua pihak dari penyokong, pasukan dan pengurusan sendiri.



Photo by Kedah FA

Dengan perlantikan ini, Dato' Seri Presiden KFA menaruh harapan tinggi agar semua pihak bersatu padu dalam mengharungi musim 2018. Manakala Ramon pula hanya mempunyai satu sasaran awal iaitu untuk memastikan perlawanan pembukaan liga akan berakhir dengan kemenangan.

Selain menyasarkan untuk mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA, KFA turut memburu 2 lagi kejuaraan iaitu Liga Super dan TM Piala Malaysia.



Sumber :  Kedah FA
Share:

Sabtu, 9 Disember 2017

Marcote Mempunyai Kelebihan Berdasarkan Pengalaman - Mohd Azraai Khor




RAMON Marcote yang bakal diumumkan sebagai pengendali baru Kedah, perlu membuktikan keupayaannya membawa skuad Lang Merah terbang tinggi di musim depan.

Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, tanggungjawab berat disandang pengendali kelahiran Sepanyol itu, apatah lagi harapan menggunung peminat yang mahu melihat kejuaraan demi kejuaraan dicapai negeri jelapang padi tersebut.

"Bagi saya, keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk bawa masuk kembali Marcote adalah satu tindakan positif selepas mendengar dan melihat sendiri apa yang dimahukan peminat setia Kedah.


"Apa yang pasti, dia perlu berada pada tahap terbaik dan tidak boleh buat silap apabila mengendalikan sebuah pasukan besar seperti Kedah, "katanya.

Kelmarin, kelibat Marcote kelihatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, menghangatkan spekulasi kemungkinan beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.

Video ketibaan Ramon Marcote di 
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim,Alor Setar

KFA juga melalui laman Facebook sudah membuat makluman berkaitan ketibaan Marcote dan dijangka  melakukan pengumuman rasmi pelantikan sebagai ketua jurulatih Kedah dalam masa terdekat.

Ketika ditanya, adakah Marcote individu tepat untuk mengemudi Lang Merah, kata Mohd Azraai ia masih terlalu awal untuk diramal.

"Susah nak kata sama ada dia adalah calon tepat sebab bawa Kedah ke final Piala Malaysia ketika memangku jawatan Tan Cheng Hoe tahun lalu dan ia bukan gambaran yang boleh diambil kira.

"Untuk penanda aras sebenar, dia perlu buktikan mampu menang seberapa banyak kejuaraan bersama Kedah," katanya.

Namun, Azraai mengakui Marcote mempunyai kelebihan berdasarkan pengalamannya mengenali pemain yang pernah dibimbingnya dahulu.




Sumber ; SinarOnline
Share:

Jumaat, 8 Disember 2017

Tan Cheng Hoe Jurulatih Harimau Malaya Yang Baharu




PENOLONG jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe terkejut dengan pelantikannya selaku ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Namun, bekas pengendali Kedah itu tetap melahirkan kesyukuran khususnya terhadap Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan kepercayaan terhadap kemampuannya.

“Sudah pasti tugas mengendalikan pasukan kebangsaan satu tanggungjawab besar, jadi saya memerlukan masa menentukan semula perancangan pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang.

“Saya akan membuat penilaian semua ke atas semua pemain apabila mereka dipanggil untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Mac depan,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai penolongnya, Cheng Hoe berkata beliau perlu berbincang dan menunggu arahan daripada Tunku Ismail.

Terdahulu, jodoh Vingada yang terkenal dengan julukan ‘The Professor’ bersama Harimau Malaya hanya bertahan enam bulan, enam hari apabila jurulatih dari Portugal itu mengambil keputusan melepaskan jawatan disandangnya berkuat kuasa serta-merta, semalam.


Bekas pengendali skuad kebangsaan Jordan itu berkata, keputusan terbabit dibuat atas dasar tanggungjawab selepas gagal membantu Harimau Malaya meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan kendaliannya.



Sumber : HMetro
Share:

Selasa, 5 Disember 2017

PENJELASAN MENGENAI KEKELIRUAN ISU PELESENAN KEDAH DAN FELDA UNITED



PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH berjaya menyerahkan akaun mereka yang telah diaudit sebelum Lembaga Rayuan (AB) Pelesenan Kelab bersidang.

Walaupun mereka tidak dapat dipertimbangkan untuk Lesen AFC (peraturan AFC menyatakan bahawa tiada dokumen baru boleh dipertimbangkan selepas First Instance Body), Lembaga Rayuan cuma ada kelonggaran untuk mempertimbangkan dokumen lewat untuk lesen FAM sahaja dan inilah sebabnya Kedah diberi lesen FAM tetapi tidak boleh diberi lesen AFC.

Dalam kes Felda United, mereka tidak mengemukakan dokumen sebelum waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu tidak dapat dipertimbangkan untuk lesen AFC mahupun FAM.



First Instance Body dan Lembaga Rayuan adalah dua badan bebas. Ahli-ahli badan ini terdiri daripada juruaudit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundangan. FMLLP tidak mempunyai pengaruh atau kuasa terhadap badan ini. Jadi, sebelum anda "mempertikaikan kredibiliti FMLLP" berkaitan dengan pengeluaran lesen, sila ingat fakta itu. Tidak ada campur tangan.

Kes Kedah telah dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir bagi lesen tempatan namun tidak ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir untuk Lesen AFC.

Walaupun keperluan bagi Lesen FAM adalah lebih ketat, dalam erti kata bahawa jika anda mengemukakan segala-galanya tepat pada waktunya, semua perkara menjadi sama, pemegang lesen FAM kebiasaannya akan layak juga untuk mendapatkan Lesen AFC tetapi ada juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, seperti bila penyerahan sebenar dibuat dan apakah garis panduan yang perlu diambil oleh Lembaga Rayuan dalam menimbangkan rayuan (termasuk yang ditetapkan oleh AFC berkenaan dengan Lesen AFC).


Sumber Page : FootballMalaysia
Share:

Isnin, 4 Disember 2017

Marcote Tiba Dalam Minggu Ini - Datuk Jeffery Low




PENGURUS Kedah, Datuk Jeffery Low Han Chow mendedahkan ketibaan Ramon Marcote di Alor Setar untuk memeterai perjanjian sebagai ketua jurulatih skuad hijau kuning yang baharu.

Jeffery yang merupakan individu penting dalam kebangkitan Kedah sejak 2015 memberitahu, jurulatih kelahiran Sepanyol berkenaan dijangka tiba pada minggu ini jika tiada halangan.

Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Marcote kembali membimbing Kedah hampir tercapai dengan bantuan penaja skuad berkenaan, Puan Seri Ginney Chew.

Menurut Jeffery, tawaran awal dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada Marcote telah dilakukan dan mendapat persetujuan daripada kakitangan Atletico Madrid itu.

"Beberapa tawaran dan persetujuan awal telah dicapai dan kini kita hanya tunggu untuk menandatangani kontrak.

"Jika tiada apa-apa halangan, Marcote akan tiba pada minggu pertama Disember untuk melengkapkan kontrak sebelum diumum sebagai jurulatih Kedah yang baharu.


"Pemilihan pemain import Kedah yang baru bagi menggantikan Ken Ilso Larsen dan Zachary Anderson akan dilakukan oleh Marcote sendiri selepas ini.

"Jadi kita akan tunggu sehingga beliau tiba dan menandatangani kontrak untuk memperkemaskan skuad 2018," katanya kepada mStar Online.

Naib Presiden KFA itu memberitahu, pihaknya yakin Marcote mampu menjadikan Kedah sebagai pesaing utama pada musim depan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada padanya.


Jelasnya, Marcote juga kelihatan ceria dalam perbualan telefon sebelum ini untuk kembali membimbing Kedah.

"Oleh itu, kita harap dia akan menjadi Kedah sebagai sebuah pasukan digeruni pada musim depan dengan sokongan penyokong.
Marcote memiliki lesen kejurulatihan UEFA PRO A dan memulakan tugasnya bersama Kedah sebagai jurulatih kecergasan dan penolong jurulatih.

Selepas meninggalkan Kedah, beliau masih menyambung pengajiannya di peringkat PhD sains sukan.



Sumber : mStar
Share:

David De Gea Terima Pujian Dari Mourinho Dan Wenger




Persembahan David De Gea adalah "terbaik dari penjaga gol di dunia" menurut pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas kemenangannya 3-1 ke atas Arsenal.

Bintang Sepanyol itu membuat 14 'saves', menyamai rekod sejak ahli statistik Opta mula mengumpul data.
"Anda memerlukan penjaga untuk berada di sana untuk anda apabila pasukan memerlukan," tambah Mourinho.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata De Gea adalah "benar-benar cemerlang".
Pasukan bimbingan Wenger membuat sebanyak 33 percubaan ke gawang, dengan 15 percubaan tepat ke sasaran. Pertahanan United mendorong pengurus berbangsa Perancis itu menyatakan De Gea adalah "Man Of The Match by a Clear Mile".



Hanya Tim Krul - untuk Newcastle ketika melawan Tottenham pada 2013 - dan Vito Mannone - untuk Sunderland ketika menentang Chelsea pada 2014 - telah mencatatkan 14 'saves' dalam satu perlawanan sejak Opta mula mengumpulkan data ini bermula pada 2003-04.

Satu keadaan yang luar biasa dari semua adalah De Gea menyelamatkan gawangnya sebanyak dua kali untuk menafikan Alexandre Lacazette dan Alexis Sanchez ketika skor semasa adalah 2-1 pada awal babak kedua.

De Gea memainkan peranannya, dan mengatakan ia hanya "permainan yang baik untuk saya" sebelum memberi tumpuan kepada "keyakinan" untuk United sebelum menghadapi 'Manchester Derby' minggu depan di Old Trafford.

Video Highlight



Mourinho menambah: "Saya memberitahu De Gea selepas perlawanan, apa yang saya lihat hari ini adalah yang terbaik dari penjaga gol di dunia.
"Saya suka bagaimana pasukan saya bermain dan berjuang. Arsenal bermain dalam bola sepak menyerang yang menakjubkan - mewujudkan kesukaran untuk kami.


"Tetapi saya perlu mengatakan bahawa pemain saya berhak mendapat semua kata-kata pujian yang hebat, saya tidak tahu begitu banyak perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi menakjubkan, fenomenal, hebat, mereka layak mendapat tiga mata."
Share:

Ahad, 3 Disember 2017

(VIDEO) : Penyokong Kedah vs Penyokong JDT





Pada Perlawanan Final TM Piala Malaysia 2017 lalu, pasukan kedah dan jdt masing-masing merebut kejuaraan piala malaysia.


Tidak lupa juga penyokong kedua-dua pasukan yang hadir juga memberi semangat kepada pasukan masing-masing untuk membantu sedikit sebanyak semangat kepada pasukan yang di sokong.



Jom kita tengok penyokong manakah yang lebih bertenaga ??


Penyokong KEDAH vs Penyokong JDT


Share:

Kedah Sebagai Pasukan Sesuai Buat Zafuan Azeman - Bojan Hodak




Pengendali skuad B-19 Negara, Bojan Hodak, menyifatkan Kedah sebagai pasukan yang sesuai buat Zafuan Azeman meneruskan kerjaya profesionalnya.
Penyerang muda Perlis itu sebelum ini memberi gambaran di laman sosial Istagram peribadinya bahawa dia akan ke Kedah untuk saingan musim depan.



Bagi Hodak, Kedah dilihat sebagai pasukan yang sesuai kerana berbeza dengan pasukan lain, skuad Lang Merah itu kerap memberikan peluang buat pemain-pemain muda untuk beraksi dalam skuad utamanya.

“Saya rasa Kedah adalah sebuah pasukan yang sering mengetengahkan pemain-pemain muda dan membangunkan bakat-bakat hebat daripada skuad pembangunan, jadi ia satu langkah yang baik untuk Zafuan,” katanya.

Hodak turut menyifatkaan Zafuan sebagai penyerang yang mempunyai fizikal yang baik dan mampu bersaing dalam skuad utama.
Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada secepat mana Zafuan dapat menyesuaikan diri dengan pemain-pemain lain dalam skuad utama Kedah.

Zafuan Azeman


Jika tidak mendapat waktu bermain yang banyak dengan skuad utama Kedah, Zafuan perlu juga beraksi dengan skuad Piala Presiden bagi membolehkannya bersedia untuk KejohananAFC B-19 di Indonesia, Oktober tahun depan.

“Kini segala-galanya terserah kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan cepat atau tidak kerana kali ini ia melibatkan peringkat yang lebih tinggi.


“Sudah tentu dia perlu bekerja lebih keras untuk beraksi dalam Liga Super dan mendapatkan peluang untuk bermain, bermula daripada skuad Piala Presiden,” tambahnya.


Baca Lagi :  "Ubi" Muda Lang Merah Bakal gegar Liga Super 2018
Share:

Sabtu, 2 Disember 2017

Boleh Pecat Saya,Kalau Tak Suka - Carlos Queiroz





HONG KONG: Carlos Queiroz mencabar pihak berkuasa bola sepak Iran untuk membuangnya daripada jawatan jurulatih ketua pasukan kebangsaan Piala Dunia jika mereka tidak menghargai kritikannya terhadap persediaan skuad negara itu untuk pertandingan di Rusia tahun depan.


Iran diundi untuk menentang Portugal, Sepanyol dan Maghribi dalam Kumpulan B, tetapi bekas jurulatih Real Madrid itu telah meminta pihak berkuasa Iran agar melakukan lebih banyak usaha dalam menyokong pasukan yang dikendalikannya untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2018.

"Saya di sini untuk mengatakan bahawa Iran memerlukan persediaan tempatan (local) khas," kata lelaki berusia 64 tahun itu melalui sebuah video yang disiarkan di laman Facebooknya selepas undian kumpulan Piala Dunia berlangsung di Moscow, Rusia.


"Saya tidak peduli dengan ancaman dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghentikan saya bercakap. Peminat Iran layak mendapat persediaan khas ke Piala Dunia.
"Sudah tiba masanya untuk menyatakan pendapat saya kerana peminat Iran dan para pemain layak mendapatkan sokongan penuh untuk bersiap sedia ke pertandingan ini."

Queiroz telah menimbulkan kekacauan kepada pihak berkuasa Iran bagi mendapatkan lebih banyak sokongan kewangan dan logistik untuk pasukanny memandangkan negara tersebut menjadi negara Asia pertama yang menempah tiket mereka untuk ke Rusia pada tahun depan. - Reuters


Sumber : mStar
Share:

Jumaat, 1 Disember 2017

SAH !!! Marcote Jurulatih Kedah 2018





ALOR SETAR: Penantian penyokong Kedah untuk menyaksikan kemunculan semula bekas pengendali, Ramon Marcote dari Sepanyol bakal berakhir apabila beliau dijangka kembali dalam masa terdekat.

Pengurus Kedah, Datuk Jefferey Low Han Chow berkata, proses rundingan membawa Marcote ke Alor Setar berjalan lancar dan beliau dijangka tiba selewat-lewatnya dua minggu lagi.

"Rundingan antara kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar dan kita jangka segala-galanya dapat diselesaikan untuk membolehkan Marcote hadir ke Kedah awal bulan ini.

"Cuma kita akan menunggu kehadiran beliau untuk proses rasmi yang akan diadakan di Alor Setar," katanya.


Ditanya mengenai pemilihan pemain import baharu untuk Kedah, Jefferey berkata, selepas Marcote diumumkan secara rasmi nanti, pengendali itu akan memilih pemain yang akan mewakili Kedah nanti.

"Sebagai ketua jurulatih yang akan mencorakkan taktikal permainan, beliau akan membuat pilihan pemain dan saya yakin Marcote mempunyai perancangan yang lebih baik berkaitan pemain import," katanya.

Berita mengenai kehadiran semula Marcote ke Kedah mendapat liputan meluas dikalangan penyokong tempatan yang rata-ratanya mahukan beliau kembali membimbing pasukan.

Sokongan turut dinyatakan Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah.

Marcote pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan dan pemangku jurulatih bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir serta final Piala Malaysia.


Sumber : BH

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser