Jumaat, 29 Disember 2017

Alvaro Silva bakal mengisi posisi bek tengah Kedah



ALOR SETAR: Pemain kebangsaan Filipina Alvaro Silva bakal mengisi posisi bek tengah Kedah selepas berjaya menarik perhatian Ramon Marcote untuk mengisi slot import Asia Tenggara (ASEAN) bagi kempen Liga Malaysia pada tahun 2018.

Ketibaan Alvaro Silva di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar disambut oleh beberapa pegawai Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan dihebahkan melalui laman sosial Facebook persatuan itu pada jam 9.12 malam tadi.

Laman berkenaan juga memaklumkan pemain kelahiran Sepanyol itu pernah berlatih bersama skuad Helang Merah pada awal musim 2016 dan hampir didaftarkan namun isu teknikal membuatkan Kedah terpaksa melupakan khidmatnya.

Alvaro Silva juga pernah mendapat perhatian bekas ketua jurulatih Tan Cheng Hoe sewaktu membimbing pasukan Kedah pada musim 2016 selepas turut dinilai dalam beberapa latihan dan perlawanan.

Juga dimaklumkan pengesahan Alvaro Silva sebagai pemain import ketiga skuad Helang Merah tertakluk kepada pemeriksaan rekod perubatan dan penilaian akhir Marcote yang juga ketua jurulatih Kedah.

Alvaro Silva sebelum ini pernah mencatat rekod memberangsangkan apabila pernah beraksi dalam La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga pada 2016.

Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan Daejeon Citizen di Korea Selatan pada tahun 2015 dan kelab Hanoi FC di Vietnam pada tahun ini.

Sumber : BH
Share:

Khamis, 21 Disember 2017

Ifwat tercalon senarai 2 ketegori ABK2017



KUALA LUMPUR: Penjaga gol muda Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih sebagai tiga calon akhir bagi dua kategori pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017) yang akan dilangsungkan Jumaat ini.

Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) itu yang kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan disaingi dua lagi pencabarnya bagi anugerah Penjaga Gol Terbaik iaitu penjaga gawang kebangsaan, Hafizul Hakim (Perak) dan FELDA United, Farizal Harun.

Edisi tahun lalu menyaksikan anugerah terbabit dimenangi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut tercalon bagi kategori Pemain Muda Harapan yang turut menampilkan dua rakan sepasukannya dalam skuad B-23, Adam Nor Azlin (Selangor) serta Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dengan anugerah itu dimenangi penyerang T-Team, Safawi Rasid, tahun lalu.

Anugerah Jurulatih Terbaik menampilkan dua pengendali pasukan Liga Perdana sebagai tiga calon akhir bagi merebut gelaran yang dimenangi bekas pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, tahun lalu.

Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) akan disaingi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim dengan jurulatih FELDA United, B Sathianathan melengkapkan senarai tiga calon akhir bagi anugerah terbabit.

Setakat ini, hanya tiga kategori yang diumumkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dengan beberapa kategori seperti Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik serta Pemain Import Terbaik masih menjadi teka-teki.

ABK2017 akan berlangsung di Hotel One World, Jumaat ini, bermula jam 9 malam.


Ifwat kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan


Share:

"Lebih manis jika lebih banyak trofi" - Puan Seri Ginney Chew




KEJAYAAN mendapatkan pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote diharapkan mampu menyuntik semangat Hijau Kuning untuk lebih berdaya saing menghadapi Liga Malaysia 2018.

Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew berkata, matlamatnya seiring dengan sasaran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mahu mengekalkan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA di bumi Darul Aman pada musim hadapan.

Bagaimanapun, penaja utama pasukan itu berkata, lebih manis jika lebih banyak trofi dapat dibawa pulang ke bumi jelapang padi pada musim baharu ini.

“Kalau boleh saya mahu lihat trofi Liga Super Malaysia dibawa pulang pada 2018, namun sudah tentu ia bukanlah satu tugas mudah kerana perlu berdepan pasukan besar seperti JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Namun Kedah perlu berwaspada ancaman daripada pasukan-pasukan lain juga kerana saingan musim 2018 dijangka lebih sengit dan meriah,” katanya.

Jelasnya, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menggariskan perancangan pembangunan bola sepak Kedah dengan mewujudkan barisan pelapis serta melaksanakan Akademi Dato Ahmad Basri (ADAB) bagi mencungkil dan mengilap bakat dalam kalangan anak muda di seluruh negeri ini.

Ginney antara watak penting yang membawa kembali Marcote ke Kedah selepas mencadangkan pengendali itu bulan lalu kepada pengurusan tertinggi KFA.

Perkara itu dilakukannya selepas mendapat maklum balas positif daripada lebih 30,000 penyokong Hijau Kuning yang mahu bekas penolong jurulatih itu kembali melatih pasukan tersebut.



Sumber : SinarHarian
Share:

"Saya hargai sokongan semua penyokong" - Ginney Chew





PETALING JAYA: Penaja utama pasukan Kedah, ECK Sdn Bhd berkongsi kegembiraan apabila niatnya untuk membawa jurulatih Ramon Marcote akhirnya menjadi kenyataan.

Jelas pengarahnya, Puan Sri Ginney Chew, kegembiraan ini adalah untuk penyokong-penyokong setia Helang Merah.

"Saya hargai sokongan semua penyokong. Selepas jurulatih Marco mai, saya harap bola sepak Kedah makin bertambah baik.

"Semua peminat bola sepak Kedah akan terus setia menyokong pasukan.
"Demi bola sepak Kedah, saya juga harap semua penyokong memberi sokongan kepada presiden Datuk Seri (Ahmad Bashah Md Hanipah) kerana beliau sudah mencuba yang terbaik memenuhi permintaan anda semua," ujarnya

Dalam pada itu usahawan berusia 39 tahun ini mengakui beliau tidak sabar untuk melihat Kedah beraksi musim depan.

"Saya mahu lihat trofi Liga Super berada di Kedah serta lain-lain trofi.
"Bola sepak ini sudah menjadi 'passion' hidup saya. Saya yakin Kedah sebuah pasukan yang bagus dan dapat bersaing dengan kelab JDT (Johor Darul Ta'zim).

"JDT sahaja kelab pesaing utama Kedah. Pun begitu kita perlu berwaspada dengan pasukan lain juga," jelas wanita kelahiran Kulim, Kedah itu.

Mengenai nilai tajaan kepada KFA, Ginney enggan mendedahkannya buat masa sekarang.
Baca Sini : RM 30 Juta Untuk Musim 2018

"Awal Januari ini akan ada majlis menandatangani pemain, dan mungkin ia akan diumumkan.

"Ketika ini kita masih melengkapkan kontrak hitam putih dengan KFA," ujarnya ringkas.

Untuk rekod, bulan lalu, Ginney mengambil langkah mendapatkan maklum balas dan mendengar kehendak penyokong mengenai pemilihan jurulatih baharu.
Ginney memuat naik status untuk membawa Marcote sebagai jurulatih Kedah yang baharu untuk saingan musim depan.

Status tersebut mendapat maklum balas yang positif sebelum beliau berbincang lebih lanjut dengan KFA mengenai hasratnya itu.



Sumber : mStar
Share:

KFA Dapat Peruntukan RM 30J Musim 2018




ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.


"Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

"Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA.


Sumber : Bernama

Share:

Rabu, 13 Disember 2017

Senarai Pemain Kedah Musim 2018






Berikut adalah Senarai Pemain Kedah Musim 2018 :

JURULATIH (HEADCOACH)

-Ramon Marcote
-Nidzam Adzha

PENJAGA GOL (GOALKEEPER)

- Ifwat Akmal
- Abdul Hadi
- Muhammad Asri Muhamad (Baru)

PERTAHANAN (DEFENDER)

- Rizal Ghazali
- Syawal Nordin
- Khairul Helmi
- Ariff Farhan Isa
- Osman Yusoff
- Syazwan Tajuddin
- Asri Mardzuki
- Mohd Norfiqrie Abdul Talib (Baru)

TENGAH (MIDFIELDER)

- Liridon Krasniqi
- Sandro
- Akram Mahinan
- Syazwan Zainon
- Baddrol Baktiar
- Farhan Roslan
- Amirul Hisham Awang Kechik
- Abdul Halim Saari
- Hanif Dzahir
- Akhyar Rashid
- Mohd Zulfahamzie Mohd Tarmizi (Baru)

PENYERANG (FORWARD)

- Zafuan Azeman (Baru)
- Syafiq Ahmad



*Dijangka 2-3 pemain import akan dipilih sendiri oleh Coach Ramon Marcote !!! Sama-sama Kita nantikan keputusan Rasmi

Share:

Selasa, 12 Disember 2017

SAH !!! Marcote Ketua Jurulatih Kedah 2018 Yang Baharu




Ramon Marcote Pequeno sah menjadi Ketua Jurulatih Skuad Liga Super Kedah selepas menandatangani kontrak selama setahun bersama Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah -.

Majlis pagi tadi turut dihadiri YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah, Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah Darul Aman hadir bersama pengurusan tertinggi KFA terdiri dari Ahli Majlis Eksekutif dan turut mendapat sokongan padu dari penaja utama ECK Development Sdn. Bhd., turut hadir Tan Sri Dato' Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Ginney Chew, Ketua Pegawai kewangan.





Marcote bersama Tan Sri Dato' Dr. Khor Eng Chuen, Pengarah Urusan dan Puan Sri Ginney Chew, Ketua Pegawai kewangan.



Kehadiran Ramon Marcote kali ini seperti sirih pulang ke gagang selepas pernah mengemudi skuad hijaukuning sebagai pemangku jurulatih pada penghujung musim 2015 serta mendapat restu dari pengurusan tertinggi KFA diterajui YAB Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah. Usaha dan komitmen ini tidak akan menjadi nyata jika tidak mendapat kerjasama dari semua pihak dari penyokong, pasukan dan pengurusan sendiri.



Photo by Kedah FA

Dengan perlantikan ini, Dato' Seri Presiden KFA menaruh harapan tinggi agar semua pihak bersatu padu dalam mengharungi musim 2018. Manakala Ramon pula hanya mempunyai satu sasaran awal iaitu untuk memastikan perlawanan pembukaan liga akan berakhir dengan kemenangan.

Selain menyasarkan untuk mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA, KFA turut memburu 2 lagi kejuaraan iaitu Liga Super dan TM Piala Malaysia.



Sumber :  Kedah FA
Share:

Sabtu, 9 Disember 2017

Marcote Mempunyai Kelebihan Berdasarkan Pengalaman - Mohd Azraai Khor




RAMON Marcote yang bakal diumumkan sebagai pengendali baru Kedah, perlu membuktikan keupayaannya membawa skuad Lang Merah terbang tinggi di musim depan.

Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, tanggungjawab berat disandang pengendali kelahiran Sepanyol itu, apatah lagi harapan menggunung peminat yang mahu melihat kejuaraan demi kejuaraan dicapai negeri jelapang padi tersebut.

"Bagi saya, keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk bawa masuk kembali Marcote adalah satu tindakan positif selepas mendengar dan melihat sendiri apa yang dimahukan peminat setia Kedah.


"Apa yang pasti, dia perlu berada pada tahap terbaik dan tidak boleh buat silap apabila mengendalikan sebuah pasukan besar seperti Kedah, "katanya.

Kelmarin, kelibat Marcote kelihatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, menghangatkan spekulasi kemungkinan beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.

Video ketibaan Ramon Marcote di 
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim,Alor Setar

KFA juga melalui laman Facebook sudah membuat makluman berkaitan ketibaan Marcote dan dijangka  melakukan pengumuman rasmi pelantikan sebagai ketua jurulatih Kedah dalam masa terdekat.

Ketika ditanya, adakah Marcote individu tepat untuk mengemudi Lang Merah, kata Mohd Azraai ia masih terlalu awal untuk diramal.

"Susah nak kata sama ada dia adalah calon tepat sebab bawa Kedah ke final Piala Malaysia ketika memangku jawatan Tan Cheng Hoe tahun lalu dan ia bukan gambaran yang boleh diambil kira.

"Untuk penanda aras sebenar, dia perlu buktikan mampu menang seberapa banyak kejuaraan bersama Kedah," katanya.

Namun, Azraai mengakui Marcote mempunyai kelebihan berdasarkan pengalamannya mengenali pemain yang pernah dibimbingnya dahulu.




Sumber ; SinarOnline
Share:

Jumaat, 8 Disember 2017

Tan Cheng Hoe Jurulatih Harimau Malaya Yang Baharu




PENOLONG jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe terkejut dengan pelantikannya selaku ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.

Namun, bekas pengendali Kedah itu tetap melahirkan kesyukuran khususnya terhadap Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meletakkan kepercayaan terhadap kemampuannya.

“Sudah pasti tugas mengendalikan pasukan kebangsaan satu tanggungjawab besar, jadi saya memerlukan masa menentukan semula perancangan pasukan ini untuk perlawanan yang akan datang.

“Saya akan membuat penilaian semua ke atas semua pemain apabila mereka dipanggil untuk aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan, Mac depan,” katanya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai penolongnya, Cheng Hoe berkata beliau perlu berbincang dan menunggu arahan daripada Tunku Ismail.

Terdahulu, jodoh Vingada yang terkenal dengan julukan ‘The Professor’ bersama Harimau Malaya hanya bertahan enam bulan, enam hari apabila jurulatih dari Portugal itu mengambil keputusan melepaskan jawatan disandangnya berkuat kuasa serta-merta, semalam.


Bekas pengendali skuad kebangsaan Jordan itu berkata, keputusan terbabit dibuat atas dasar tanggungjawab selepas gagal membantu Harimau Malaya meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan kendaliannya.



Sumber : HMetro
Share:

Selasa, 5 Disember 2017

PENJELASAN MENGENAI KEKELIRUAN ISU PELESENAN KEDAH DAN FELDA UNITED



PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH berjaya menyerahkan akaun mereka yang telah diaudit sebelum Lembaga Rayuan (AB) Pelesenan Kelab bersidang.

Walaupun mereka tidak dapat dipertimbangkan untuk Lesen AFC (peraturan AFC menyatakan bahawa tiada dokumen baru boleh dipertimbangkan selepas First Instance Body), Lembaga Rayuan cuma ada kelonggaran untuk mempertimbangkan dokumen lewat untuk lesen FAM sahaja dan inilah sebabnya Kedah diberi lesen FAM tetapi tidak boleh diberi lesen AFC.

Dalam kes Felda United, mereka tidak mengemukakan dokumen sebelum waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu tidak dapat dipertimbangkan untuk lesen AFC mahupun FAM.



First Instance Body dan Lembaga Rayuan adalah dua badan bebas. Ahli-ahli badan ini terdiri daripada juruaudit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundangan. FMLLP tidak mempunyai pengaruh atau kuasa terhadap badan ini. Jadi, sebelum anda "mempertikaikan kredibiliti FMLLP" berkaitan dengan pengeluaran lesen, sila ingat fakta itu. Tidak ada campur tangan.

Kes Kedah telah dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir bagi lesen tempatan namun tidak ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir untuk Lesen AFC.

Walaupun keperluan bagi Lesen FAM adalah lebih ketat, dalam erti kata bahawa jika anda mengemukakan segala-galanya tepat pada waktunya, semua perkara menjadi sama, pemegang lesen FAM kebiasaannya akan layak juga untuk mendapatkan Lesen AFC tetapi ada juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, seperti bila penyerahan sebenar dibuat dan apakah garis panduan yang perlu diambil oleh Lembaga Rayuan dalam menimbangkan rayuan (termasuk yang ditetapkan oleh AFC berkenaan dengan Lesen AFC).


Sumber Page : FootballMalaysia
Share:

Isnin, 4 Disember 2017

Marcote Tiba Dalam Minggu Ini - Datuk Jeffery Low




PENGURUS Kedah, Datuk Jeffery Low Han Chow mendedahkan ketibaan Ramon Marcote di Alor Setar untuk memeterai perjanjian sebagai ketua jurulatih skuad hijau kuning yang baharu.

Jeffery yang merupakan individu penting dalam kebangkitan Kedah sejak 2015 memberitahu, jurulatih kelahiran Sepanyol berkenaan dijangka tiba pada minggu ini jika tiada halangan.

Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Marcote kembali membimbing Kedah hampir tercapai dengan bantuan penaja skuad berkenaan, Puan Seri Ginney Chew.

Menurut Jeffery, tawaran awal dari Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada Marcote telah dilakukan dan mendapat persetujuan daripada kakitangan Atletico Madrid itu.

"Beberapa tawaran dan persetujuan awal telah dicapai dan kini kita hanya tunggu untuk menandatangani kontrak.

"Jika tiada apa-apa halangan, Marcote akan tiba pada minggu pertama Disember untuk melengkapkan kontrak sebelum diumum sebagai jurulatih Kedah yang baharu.


"Pemilihan pemain import Kedah yang baru bagi menggantikan Ken Ilso Larsen dan Zachary Anderson akan dilakukan oleh Marcote sendiri selepas ini.

"Jadi kita akan tunggu sehingga beliau tiba dan menandatangani kontrak untuk memperkemaskan skuad 2018," katanya kepada mStar Online.

Naib Presiden KFA itu memberitahu, pihaknya yakin Marcote mampu menjadikan Kedah sebagai pesaing utama pada musim depan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada padanya.


Jelasnya, Marcote juga kelihatan ceria dalam perbualan telefon sebelum ini untuk kembali membimbing Kedah.

"Oleh itu, kita harap dia akan menjadi Kedah sebagai sebuah pasukan digeruni pada musim depan dengan sokongan penyokong.
Marcote memiliki lesen kejurulatihan UEFA PRO A dan memulakan tugasnya bersama Kedah sebagai jurulatih kecergasan dan penolong jurulatih.

Selepas meninggalkan Kedah, beliau masih menyambung pengajiannya di peringkat PhD sains sukan.



Sumber : mStar
Share:

David De Gea Terima Pujian Dari Mourinho Dan Wenger




Persembahan David De Gea adalah "terbaik dari penjaga gol di dunia" menurut pengurus Manchester United, Jose Mourinho selepas kemenangannya 3-1 ke atas Arsenal.

Bintang Sepanyol itu membuat 14 'saves', menyamai rekod sejak ahli statistik Opta mula mengumpul data.
"Anda memerlukan penjaga untuk berada di sana untuk anda apabila pasukan memerlukan," tambah Mourinho.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkata De Gea adalah "benar-benar cemerlang".
Pasukan bimbingan Wenger membuat sebanyak 33 percubaan ke gawang, dengan 15 percubaan tepat ke sasaran. Pertahanan United mendorong pengurus berbangsa Perancis itu menyatakan De Gea adalah "Man Of The Match by a Clear Mile".



Hanya Tim Krul - untuk Newcastle ketika melawan Tottenham pada 2013 - dan Vito Mannone - untuk Sunderland ketika menentang Chelsea pada 2014 - telah mencatatkan 14 'saves' dalam satu perlawanan sejak Opta mula mengumpulkan data ini bermula pada 2003-04.

Satu keadaan yang luar biasa dari semua adalah De Gea menyelamatkan gawangnya sebanyak dua kali untuk menafikan Alexandre Lacazette dan Alexis Sanchez ketika skor semasa adalah 2-1 pada awal babak kedua.

De Gea memainkan peranannya, dan mengatakan ia hanya "permainan yang baik untuk saya" sebelum memberi tumpuan kepada "keyakinan" untuk United sebelum menghadapi 'Manchester Derby' minggu depan di Old Trafford.

Video Highlight



Mourinho menambah: "Saya memberitahu De Gea selepas perlawanan, apa yang saya lihat hari ini adalah yang terbaik dari penjaga gol di dunia.
"Saya suka bagaimana pasukan saya bermain dan berjuang. Arsenal bermain dalam bola sepak menyerang yang menakjubkan - mewujudkan kesukaran untuk kami.


"Tetapi saya perlu mengatakan bahawa pemain saya berhak mendapat semua kata-kata pujian yang hebat, saya tidak tahu begitu banyak perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi menakjubkan, fenomenal, hebat, mereka layak mendapat tiga mata."
Share:

Ahad, 3 Disember 2017

(VIDEO) : Penyokong Kedah vs Penyokong JDT





Pada Perlawanan Final TM Piala Malaysia 2017 lalu, pasukan kedah dan jdt masing-masing merebut kejuaraan piala malaysia.


Tidak lupa juga penyokong kedua-dua pasukan yang hadir juga memberi semangat kepada pasukan masing-masing untuk membantu sedikit sebanyak semangat kepada pasukan yang di sokong.



Jom kita tengok penyokong manakah yang lebih bertenaga ??


Penyokong KEDAH vs Penyokong JDT


Share:

Kedah Sebagai Pasukan Sesuai Buat Zafuan Azeman - Bojan Hodak




Pengendali skuad B-19 Negara, Bojan Hodak, menyifatkan Kedah sebagai pasukan yang sesuai buat Zafuan Azeman meneruskan kerjaya profesionalnya.
Penyerang muda Perlis itu sebelum ini memberi gambaran di laman sosial Istagram peribadinya bahawa dia akan ke Kedah untuk saingan musim depan.



Bagi Hodak, Kedah dilihat sebagai pasukan yang sesuai kerana berbeza dengan pasukan lain, skuad Lang Merah itu kerap memberikan peluang buat pemain-pemain muda untuk beraksi dalam skuad utamanya.

“Saya rasa Kedah adalah sebuah pasukan yang sering mengetengahkan pemain-pemain muda dan membangunkan bakat-bakat hebat daripada skuad pembangunan, jadi ia satu langkah yang baik untuk Zafuan,” katanya.

Hodak turut menyifatkaan Zafuan sebagai penyerang yang mempunyai fizikal yang baik dan mampu bersaing dalam skuad utama.
Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada secepat mana Zafuan dapat menyesuaikan diri dengan pemain-pemain lain dalam skuad utama Kedah.

Zafuan Azeman


Jika tidak mendapat waktu bermain yang banyak dengan skuad utama Kedah, Zafuan perlu juga beraksi dengan skuad Piala Presiden bagi membolehkannya bersedia untuk KejohananAFC B-19 di Indonesia, Oktober tahun depan.

“Kini segala-galanya terserah kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan cepat atau tidak kerana kali ini ia melibatkan peringkat yang lebih tinggi.


“Sudah tentu dia perlu bekerja lebih keras untuk beraksi dalam Liga Super dan mendapatkan peluang untuk bermain, bermula daripada skuad Piala Presiden,” tambahnya.


Baca Lagi :  "Ubi" Muda Lang Merah Bakal gegar Liga Super 2018
Share:

Sabtu, 2 Disember 2017

Boleh Pecat Saya,Kalau Tak Suka - Carlos Queiroz





HONG KONG: Carlos Queiroz mencabar pihak berkuasa bola sepak Iran untuk membuangnya daripada jawatan jurulatih ketua pasukan kebangsaan Piala Dunia jika mereka tidak menghargai kritikannya terhadap persediaan skuad negara itu untuk pertandingan di Rusia tahun depan.


Iran diundi untuk menentang Portugal, Sepanyol dan Maghribi dalam Kumpulan B, tetapi bekas jurulatih Real Madrid itu telah meminta pihak berkuasa Iran agar melakukan lebih banyak usaha dalam menyokong pasukan yang dikendalikannya untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2018.

"Saya di sini untuk mengatakan bahawa Iran memerlukan persediaan tempatan (local) khas," kata lelaki berusia 64 tahun itu melalui sebuah video yang disiarkan di laman Facebooknya selepas undian kumpulan Piala Dunia berlangsung di Moscow, Rusia.


"Saya tidak peduli dengan ancaman dan apa yang mereka cuba lakukan untuk menghentikan saya bercakap. Peminat Iran layak mendapat persediaan khas ke Piala Dunia.
"Sudah tiba masanya untuk menyatakan pendapat saya kerana peminat Iran dan para pemain layak mendapatkan sokongan penuh untuk bersiap sedia ke pertandingan ini."

Queiroz telah menimbulkan kekacauan kepada pihak berkuasa Iran bagi mendapatkan lebih banyak sokongan kewangan dan logistik untuk pasukanny memandangkan negara tersebut menjadi negara Asia pertama yang menempah tiket mereka untuk ke Rusia pada tahun depan. - Reuters


Sumber : mStar
Share:

Jumaat, 1 Disember 2017

SAH !!! Marcote Jurulatih Kedah 2018





ALOR SETAR: Penantian penyokong Kedah untuk menyaksikan kemunculan semula bekas pengendali, Ramon Marcote dari Sepanyol bakal berakhir apabila beliau dijangka kembali dalam masa terdekat.

Pengurus Kedah, Datuk Jefferey Low Han Chow berkata, proses rundingan membawa Marcote ke Alor Setar berjalan lancar dan beliau dijangka tiba selewat-lewatnya dua minggu lagi.

"Rundingan antara kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar dan kita jangka segala-galanya dapat diselesaikan untuk membolehkan Marcote hadir ke Kedah awal bulan ini.

"Cuma kita akan menunggu kehadiran beliau untuk proses rasmi yang akan diadakan di Alor Setar," katanya.


Ditanya mengenai pemilihan pemain import baharu untuk Kedah, Jefferey berkata, selepas Marcote diumumkan secara rasmi nanti, pengendali itu akan memilih pemain yang akan mewakili Kedah nanti.

"Sebagai ketua jurulatih yang akan mencorakkan taktikal permainan, beliau akan membuat pilihan pemain dan saya yakin Marcote mempunyai perancangan yang lebih baik berkaitan pemain import," katanya.

Berita mengenai kehadiran semula Marcote ke Kedah mendapat liputan meluas dikalangan penyokong tempatan yang rata-ratanya mahukan beliau kembali membimbing pasukan.

Sokongan turut dinyatakan Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah.

Marcote pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan dan pemangku jurulatih bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir serta final Piala Malaysia.


Sumber : BH

Share:

Khamis, 30 November 2017

"Sekarang Ini Hanya Tunggu Keputusan Rasmi" - Ginney Chew





PETALING JAYA: Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Ramon Marcote kembali ke pangkuan skuad hijau kuning kini semakin menjadi kenyataan.
Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah memberitahu, rundingan kedua-dua pihak kini berada di fasa terakhir.

"Saya harap semua penyokong bersabar sedikit lagi. KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) tengah buat apa yang patut dan bagilah masa untuk Marco melihat lebih jelas dahulu, selepas itu kita tengok apa jawapannya.


"Sekarang Presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) berada di Kuala Lumpur. Mungkin selepas itu beliau akan umumkan secara rasmi," ujarnya kepada mStar Online.

Ginney berkata, tugasnya untuk menyampaikan hasrat penyokong Kedah sudah dilaksanakan.
"Sekarang ini hanya tunggu keputusan rasmi. Kuasa keputusan di tangan KFA. Tetapi saya yakin Marco akan kembali ke Kedah.


"Saya juga percaya presiden sekarang akan mahu memenuhi permintaan penyokong-penyokong Kedah yang ingin melihat pasukan kembali menjadi no.1," jelasnya.

Bekas jurulatih Atletico Madrid kembali menjadi pilihan sebaik sahaja tamat Liga Malaysia musim ini selepas dia meningggalkan Kedah selaku penolong jurulatih pada Disember 2016.
Sebelum ini, mStar Online juga melaporkan bahawa Marcote sedia untuk kembali ke Kedah sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada KFA.

Malah Ginney juga turut berjumpa dengan presiden (16 November) bagi menyampaikan hasrat penyokong-penyokong Kedah ini.

Baca sini : Penaja Utama ECK Bakal Bertemu Presiden KFA


Sumber : mStar

Share:

(VIDEO) Roman Marcote Mengatakan Sesuatu Kepada Penyokong Lang Merah





#Thowback


'Penyokong Kedah dan Atletico Madrid, penyokong terbaik saya pernah saksikan dalam hidup saya'. 

Itu kata-kata bekas penolong Jurulatih Kedah Ramon Marcote kepada seluruh Penyokong  Kedah dimana ketika itu kedah tewas kepada pasukan selangor pada Perlawanan Akhir 2016.
Ketika itu Marcote menjadi pemangku jurulatih kerana jurulatih Tan Cheng Heo ketika itu telah pergi mendapatkan Lesen kejurulatihan di China.

















Share:

"Ubi" Muda Lang Merah Bakal gegar Liga Super 2018








SKUAD HELANG MERAH | Kedah bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain skuad Piala Presiden Kedah dan seorang lagi pemain muda untuk saingan musim 2018.

Menerusi maklumat yang dikeluarkan dalam laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dua pemain yang dimaksudkan ialah Zulfahamzie Mohd Tarmizi dan Muhd Nurfiqrie Abdul Talib.

Zulfahamzie, 22, adalah pemain yang beraksi dibahagian tengah dan sayap serta pernah mewakili skuad muda Selangor sebelum pihak pengurusan mengesan bakatnya untuk memperkuatkan skuad Kedah.

photo by kedah FA


Sementara Muhd Nurfiqrie, 22, pula akan beraksi di bahagian pertahanan kanan dan dia antara pemain muda yang memulakan karier bersama skuad Piala Presiden sejak 2014.

photo by kedah FA


Menurut jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, ini peluang terbaik untuk kedua-dua pemain berkenaan meningkatkan lagi bakat dengan skuad senior musim hadapan.

“Saya berharap mereka dapat mengembangkan bakat ke tahap terbaik dan segera menyesuaikan diri dengan pasukan yang berprofil lebih tinggi.”

Dalam perkembangan sama sebelum ini, Media KFA juga mengumumkan seorang lagi bakat muda iaitu Mohd Zafuan Azeman yang pernah mewakili skuad Perlis musim lalu dan akan bersama Kedah musim hadapan.

photo by kedah FA


Zafuan yang berusia 18 tahun antara penyerang muda yang berbakat besar dan tidak asing Kedah kerana pernah bersama skuad senior Helang Merah dalam beberapa perlawanan pra musim tahun lalu.


Selain pengalaman di peringkat kebangsaan, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu memiliki jiwa besar selaku penyerang dan bakal memberi saingan hebat di bahagian depan pasukan.

Sumber : HarianMetro
Share:

Rabu, 29 November 2017

Berita Positif Dari Alor Setar : Harap Semuanya Akan "Selesai" - Ramon Marcote





ALOR SETAR - Berita positif yang diterima dari Madrid, Sepanyol ,mungkin menceriakan sebilangan penyokong Hijau Kuning yang mengharapkan Ramon Marcote kembali ke Kedah bagi mengemudi cabaran Lang Merah musim depan.


Bekas Penolong Ketua Jurulatih Kedah itu ketika dihubungi memberikan bayangan ringkas, namun cukup membayangkan suatu yang positif berhubung tawaran kontrak dari Persatuan Bola Sepak Kedah kepada beliau.


"Belum rasmi lagi, tapi saya harap semuanya akan selesai dalam tempoh minggu ini," katanya 


Menurut Marco yang masih lagi berada di negara kelahirannya itu, beliau menjangkakan KFA akan mengemukakan tawaran kontrak kepadanya dalam minggu ini.


"Saya fikir begitu," katanya mengulas mengenai perbincangan terkini antara pihaknya dengan KFA.


Kedahnews.com sebelum ini mengemukakan pandangan ramai supaya KFA mencari jalan membawa pulang Marco sebagai Ketua Jurulatih Kedah ekoran keputusan Mohd Nidzam Adzha yang sedia melepaskan jawatan dan terlibat sebagai penolong ketua jurulatih.


Pandangan tersebut menerima maklum balas positif dari majoriti penyokong Lang Merah dan berharap agar KFA segera menghubungi Marco bagi tujuan tersebut.


Kedahnews.com kemudian mengambil inisiatif menghubungi Marco di Madrid bertanyakan sama ada beliau sedang terikat kontrak dengan mana-mana pihak, namun bekas penolong ketua jurulatih Atlethico Madrid itu menjelaskan beliau tidak terikat dengan sebarang kontrak.


Ahli Lembaga Pengarah ECK Group Sdn Bhd, Ginney Chew, kemudian turut berusaha untuk merealisasikan harapan ribuang penyokong Hijau Kuning dengan membawa cadangan tersebut lebih serius kepada Presiden KFA, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Ginney turut meminta semua pihak terutamanya penyokong supaya tidak mudah mempercayai desas-desus gosip bola sepak mengenai pasukan Lang Merah melainkan kenyataan rasmi yang sah dari KFA.


Beliau sebelum itu mengecam segelintir penyokong bola sepak Kedah yang dianggap biadap terhadap Ahmad Bashah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam.


Sumber : Kedahnews

Share:

Ahad, 26 November 2017

(VIDEO) : Bolasepak atau "Wayang"












Bolasepak adalah sukan yang diminati oleh semua lapisan masyarakat tidak kira lelaki,wanita ataupon kanak-kanak.

Tetapi Bolasepak juga adalah "Drama" atau "wayang" untuk seseorang individu itu cuba meraih perhatian pengadil bagi mendapatkan foul ataupon untuk membolehkan seseorang team lawan mendapat amaran atau pon kad. 

*hat ni admin bagi 100 bintang,pandai betoi dia wayang *

Jom kita lihat video ini...

Lihat video disini : KLIK DISINI

Share:

Rabu, 22 November 2017

Cario Zanardi




Pencapaian yang ditunjukkan oleh Zanardi, 44 tidak kurang hebatnya apabila di antara tahun 2013 hingga 2015 membawa pasukan Bawah 17 Tahun Brazil beraksi di pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 Tahun.

Sepanjang melatih pasukan tersebut, beliau turut bekerjasama dengan ramai ketua jurulatih terkemuka dunia antaranya Carlo Ancelotti, Louis van Gaal, Luiz Felipe Scolari, dan Fabio Capello.





Share:

"Lihat dan Tunggu Keputusan Dari KFA" - Ramon Marcote




RATA-rata penyokong percaya bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote akan kembali mengemudi pasukan tersebut musim hadapan selepas seorang lagi calon pilihan, Mario Gomez mengakui beliau bukan lagi pilihan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Sebelum ini Gomez yang merupakan bekas Ketua Jurulatih JDT mendedahkann beliau sudahpun dihubungi KFA dan menyatakan bahawa persatuan tersebut mempunyai calon pilihan lain dan keputusan itu muktamad.

Akhbar sebelum ini melaporkan Gomez sudahpun mencapai keputusan mengenai gajinya bersama Hijau Kuning dan menyerahkan keputusan penuh kepada KFA untuk membuat keputusan rasmi.

Bagaimanapun, Marcote ketika dihubungi masih lagi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut walaupun melihat salah seorang calon jurulatih sudahpun terkeluar dari senarai pilihan.

"Lihat dan tunggu sahaja tentang keputusan penuh (pemilihan ketua jurulatih baharu Kedah 2018) dari KFA," katanya ringkas kepada Sinar Harian melalui Facebook Messenger semalam.

Bagaimanapun menurut sumber lain, difahamkan KFA masih lagi mempunyai seorang calon pilihan lain selain Marcote iaitu jurulatih pembangunan bolasepak dari Brazil, Caio Zanardi. - BACA SELANJUTNYA



Sumber : SinarHarian
Share:

Ahad, 19 November 2017

[VIDEO] Ken Ilso Memories In Kedah FA 2017



Kehebatan penyerang utama kedah 2017 Ken Ilso Larsen yang merjaya mencipta nama di bumi darul aman amatlah dihargai.kehadiran Ken di kem kedah diperlukan untuk memperkuatkan serangan lang merah..

Musim 2018 penyokong lang merah tidak akan lagi melihat kelibat penyerang di atas padang.


#BIAR JASA JADI KENANGAN

( VIDEO )


Share:

[VIDEO] Liridon Krsniqi Skill Goals Assist Kedah FA





Semua sedia maklum pemain kesayangan bagi lang merah Liridon Krasniqi amatlah penting di dalam padang bagi mengerakkan rakan-rakan pasukan..ia umpama nadi didalam padang..






Share:

Khamis, 16 November 2017

Mario Gomez Jurulatih Baharu Kedah ???





NAIB juara Piala Malaysia, Kedah sedang menimbang untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bagi membimbing pasukan itu musim depan.

Pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sudah menghubungi pengendali kelahiran Argentina berusia 60 tahun itu dua hari lalu untuk menyatakan tawaran membimbing skuad lang merah..

Mengesahkan perkembangan itu Gomez berkata, beliau berminat untuk kembali semula ke kancah bola sepak Malaysia dan sudah menyatakan persetujuan kepada KFA.


*BACA SELANJUTNYA :


“Saya sekarang menunggu keputusan daripada Kedah, kami sudah berbincang dua hari lalu dan saya tidak ada masalah dengan tawaran kontrak itu.

“Cuma kami tidak berbincang secara terperinci tapi saya sudah bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,” katanya yang dihubungi di Argentina, hari ini.



KFA sedang mencari calon untuk mengambil alih tugas Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan secara terbuka meminta majikannya mencari jurulatih lebih berpengalaman bagi melatih Kedah selepas mereka tewas kepada JDT 0-2 pada final Piala Malaysia awal bulan ini.

Dan Gomez antara calon terbaik untuk melatih skuad Helang Merah berdasarkan pencapaiannya bersama JDT selama dua tahun dengan merangkul Piala AFC 2015, Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.






“Saya memang berminat membimbing Kedah kerana mereka pasukan yang memiliki sejarah tersendiri, sentiasa bersaing merebut kejuaraan dan ada perancangan,” kata Gomez yang mendedahkan tidak menerima tawaran pasukan lain selain Kedah setakat ini.

Bagaimanapun selain Gomez, bekas pengendali Kedah musim 2015, Ramon Marcote turut berada dalam senarai KFA bagi melatih pasukan juara Piala FA itu.



Sumber : HarianMetro

Share:

Kedah FA Akan Umum Jurulatih Baru Hujung Bulan November Ini




Persatuan Bolasepak Kedah akan Umum ketua jurulatih baru musim 2018 pada hujung bulan November ini..Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan menjadi ketua jurulatih untuk pasukan lang merah 2018..







Share:

KFA Mahu Jumpa Presiden FAM



KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terpaksa menggunakan 'talian hayat' terakhir bagi memastikan impian mereka untuk beraksi di saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan tidak berkubur dengan memohon bantuan secara terus daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber yang boleh dipercayai, KFA akan cuba membuat rayuan menerusi pertemuan secara tertutup bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

"Pihak KFA bercadang untuk bertemu Tunku Ismail sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan berkemungkinan hanya ini saja jalan yang ada bagi memastikan Kedah dapat beraksi dalam saingan Piala AFC tahun hadapan.

"Berkemungkinan besar lokasi perjumpaan ialah di Kuala Lumpur namun tarikh dan masa terpaksa dirahsiakan," kata sumber terbabit ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, KFA yang berdepan dua isu besar sepanjang minggu lalu menerima satu lagi tamparan hebat semalam apabila tempat Helang Merah pada Piala AFC musim depan akan diserahkan kepada Pahang.

Menurut sumber dalaman FAM itu, kegagalan KFA melepasi syarat Pelesenan Kelab FAM/AFC dalam tempoh ditetapkan menyaksikan slot automatik selaku juara Piala FA musim ini akan diisi Pahang selaku naib juara Liga Super.

Bagaimanapun, KFA masih belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai status skuad Helang Merah untuk menyertai kejohanan terbabit apabila Naib Presidennya, Datuk Badrol Hisham Hashim menyatakan badan induk itu sedia membuat rayuan semula berhubung kriteria ditetapkan untuk mendapatkan lesen Piala AFC sekali gus memastikan slot automatik selaku juara Piala FA kekal milik Kedah.

Pada masa sama, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menjelaskan bahawa keputusan mengenai dua pasukan yang bakal mewakili Malaysia dalam saingan terbabit bagi musim depan akan diketahui dalam masa terdekat selepas wujud kekeliruan mengenai status Kedah yang difahamkan gagal melepasi syarat pelesenan AFC.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, walaupun skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu berjaya mendapatkan lesen FAM untuk bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, ia tidak bermakna mereka turut layak beraksi dalam kancah Piala AFC.

BACA SELANJUTNYA :
-->> Dapat Lesen FAM,Tak Bermakna Lulus Lesen AFC



Sumber : BeritaHarian
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser