Isnin, 31 Julai 2017

"AKHYAR LAYAK BERAKSI DI LIGA J "






Setelah Chanathip Songkrasin dapat beraksi di J.League, FOX SPORTS ASIA merasakan Akhyar Rashid salah seorang dari 5 pemain ASEAN yg layak ditawarkan bermain di J.League


Turut serta bersama pemain Tristan Do ( Thailand ) ,Nguyen Cong  Phuong ( Vietnam ), Chrerng Polroth ( Combodia ) dan Rufino ( Timor-Leste )





Baca di sini :  FOX SPORTS



Share:

Ahad, 30 Julai 2017

[VIDEO] : HIGHTLIGT TM PIALA MALAYSIA | MELAKA UNITED vs KEDAH



[VIDEO] : HIGHTLIGT TM PIALA MALAYSIA | MELAKA UNITED vs KEDAH

KEDAH berpesta gol semalam, dengan membelasah pasukan Melaka United 2-6 di laman sendiri pada aksi TM Piala Malaysia 2017 kumpulan C.

8 gol terhasil di Stadium Hang Jebat dari pasukan lang merah 6 gol dan pasukan melaka united 2 gol.Gol pertama kedah hadir pada minit ke 6' menerusi Fakri Saarani hasil rembatan deras dan menercah jaring.Pasukan Melaka United tidak menunggu lama untuk menyamaakan kedudukan hasil jaringan pemain Azniee Taib pada minit 22'

pada minit ke -35' Sandro Da Silva meletakkan kedah di depan dengan menjaringkan  gol dari hasil sepakkan percuma di luar kotak penalti.Sandro menambah luka Melaka United sekali lagi dan berjaya menjaringkan gol kedua pribadi  beliau pada malam semalam dengan rembatan deras pada minit ke 40'.

Gol tercantik Akhram Mahinan hadir pada lewat babak pertama minit 45'+ hasil volly di tengah-tengah luar kotak penalti.

Pada babak kedua Merlaka United tidak berputus asa untuk mencari gol dan berjaya memecah pertahan kedah untuk menjaringkan gol kedua mereka pada minit 54' hasil jaringan Fauzi Roslan.Melaka United terpaksa akur dengan kehebatan pasukan kedah,penyerang Kedah Ken Ilso berjaya menambah gol pada minit 78' hasil kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan Melaka.

Gol ke 6 Kedah hasil pada lewat babak kedua minit 90'+ , Muhd Akhyar Rashid pemain muda kedah yang di serapkan ke pasukan senior kedah telah berjaya menyumbat gol pertama beliau pada malam semalan.keputusan penuh Melaka United 2-6 Kedah

[VIDEO] : HIGHTLIGT TM PIALA MALAYSIA | MELAKA UNITED vs KEDAH

Sumber Video : Kedah FA




KEDUDUKAN CARTA KUMPULAN C



Share:

Sabtu, 29 Julai 2017

LIVE STREAMING MELAKA vs KEDAH


LIVE STREAMING MELAKA vs KEDAH




Share:

"KEPUTUSAN PENGADIL MUKTAMAD" - Subkhiddin Mohd Salleh





"KEPUTUSAN PENGADIL MUKTAMAD" -  Subkhiddin Mohd Salleh 



KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menjelaskan keputusan jaringan kedua Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika berdepan Perak, Rabu lalu, adalah muktamad.
Namun, katanya Perak masih boleh mengemukakan aduan kepada badan induk itu jika tetap tidak berpuas hati dengan jaringan Mohamed Ghaddar yang dianggap ofsaid.

"Ya betul (keputusan sudah muktamad), tapi kita sentiasa terbuka untuk sebarang aduan dan ia hendaklah disampaikan dengan cara yang betul.

"Aduan bukan boleh ubah keputusan melainkan berkaitan perkara teknikal seperti pengadil tersilap bagi kad kuning kepada pemain.

"Aduan adalah untuk perbaiki mutu pengadilan. Bila mereka hantar aduan, kita boleh buat statistik apa kelemahan pengadil kita," katanya.

Sebelum ini, sudah ada beberapa pengadil dihukum, termasuk digantung kerana melakukan kesilapan ketika mengendalikan perlawanan.
Selain itu, Subkhiddin turut mengakui tidak terkesan dengan tanggapan negatif segelintir pihak, termasuk pengadil Liga Malaysia (Liga M) ketika ini dianggap lebih memihak kepada JDT kerana pemiliknya adalah Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Apapun, kita perlu lihat secara positif, contohnya gol Ghaddar itu, ia situasi sangat sukar dan keputusan bertaraf dunia yang perlu dibuat pengadil.
"Jika lihat kepada gambar yang sedang viral sekarang ini, pemain itu berada pada kedudukan ofsaid ketika bola itu belum disepak.

"Tapi, apabila dilihat semula, semasa bola itu disepak, nak kata pemain itu ofsaid pun tidak, nak kata tidak ofsaid pun susah kerana kedudukan kamera itu sendiri di tengah-tengah dan tidak membantu," katanya


Sumber : BeritaHarian
Share:

Jumaat, 28 Julai 2017

[VIDEO] : TIKI TAKA JDT vs KEDAH | HAMPA RASA MANA LAGI HEBAT ??


TIKI TAKA JDT vs KEDAH | HAMPA RASA MANA LAGI HEBAT ??




Jom tengok video kedua-dua pasukan yang sama hebat di liga malayisa ketika ini.Anda rasa team manakah tiki taka yang hebat ketika ini??











Share:

Khamis, 27 Julai 2017

HIGHTLIGHT GOL KEDAH vs KELANTAN | 26 JULAI 2017




Kedah mencatatkan kemenangan besar di laman sendiri apabila membenam pasukan Kelantan dengan 5-0.

Rangkuman 5 gol skuad hijaukuning menewaskan Kelantan FA dengan 5-0. Gol Kedah FA hasil jaringan 8' Mohd Ariff Farhan, 48' 60' Ken Ilso Larsen dan 70' 85' Sandro Mendonca.
3 mata lagi dalam aksi Liga Super mengekalkan kedudukan skuad hijaukuning di tangga kedua Liga Super.




HIGHLIGTH GOL KEDAH vs KELANTAN | 26 JULAI 2017
LIGA SUPER 2017



video : Kedah FA -persatuan bolasepak kedah-



BARISAN PEMAIN UTAMA :


KEDAH FA
(photo by : Kedah FA)




KELANTAN
(photo by: Kedah FA)
Share:

Jaringan kontroversi Mohammed Ghaddar !!




Adakah gol gaddar dikira "sah" atau sebaliknya.???


mari kita sama-sama lihat..






Dari Mata Pengadil (Episod 4): Deliberate Play Dalam Offside
Mengikut peraturan baru FIFA, penyerang offside takkan dihukum offside kalau pertahanan melakukan 'deliberate play'. Apa maksud 'deliberate play'?










hampa dah faham ka tentang offside ?


pendapat amin 

TIDAK OFFSIDE....

Memang la sebelum Player A shoot player B KEDUDUKAN Offside... tetapi player A x bg hantaran ke player B... player A terus shoot kat gol tetapi di tepis penjaga gol lawan dan mutah bola tu ke player B... dalam keadaan tu player B x di kira Offside... kerana bola tu dari penjaga gol lawan yg menepis nya... dah dgn segera Player B SHOOT utk menjarikan gol kedua... 

pendapat dan pengetahuan admin saja...apa-apa pon kita serah pada yang pakar dalam bab ni..




Share:

Rabu, 26 Julai 2017

[VIDEO] : DIMANA SUARA BURUNG KENARI | KENARI ATAU HELANG MERAH TERBANG SAMA TINGGI SAMA "GAH"





Kenari ataupun Helang Merah? Ia pernah menjadi satu topik panas untuk penyokong pasukan Kedah.

Ramai mereka masih terlalu sentimen dengan panggilan Kenari yang telah melekat dengan pasukan mereka?



‘Di mana suara burung kenari
Selalu merayu menghibur hati
Mengapa kau tidak menyanyi
Merajukkah dikau kenari?’




“Di Mana Suara Burung Kenari”



Itulah sebahagian daripada bait lirik lagu “Di Mana Suara Burung Kenari”.

Lagu tersebut nyanyian biduanita negara Allahyarhamah Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail atau sinonim dengan panggilan Primadona Saloma.

Bagi pencinta burung, Kenari adalah spesis burung yang unik. Spesis ini punyai pesona keindahan dengan nilai yang tinggi.

Di Egland, Norwich menggunakan nama Kenari ini kerana sifat burung ini yang sangat cekal serta memiliki ‘nyanyian’ yang mempersonakan.



Penyokong Norwich memegang replika burung kenari




Tidak hairanlah satu masa dulu, burung kenari pernah diangkat sebagai maskot pasukan bola sepak negeri Kedah Darul Aman yang sinonim dengan warna hijau dan kuning.

Ciri pesona yang sama terdapat pada spesis Burung Kenari.


Sentimental dan Sejarah Silam Sang Kenari


Walaupun burung kenari tidak terdapat dalam logo asal pasukan, ia tetap mempunyai “sentimental value” bagi penyokong – penyokong Kedah era semi pro.




Bersama logo dan maskot Kenari, pasukan Kedah pernah memenangi treble berganda pada musim 2007 dan 2008.

Ianya satu pencapaian hebat yang belum pernah dilakukan mana-mana pasukan sehingga kini.

Bunga alamanda dan Sang Kenari turut mewarnai zaman gemilang pasukan Kedah ketika era semi-pro.





Logo, Sang Kenari dan kata keramat “Biar Jasa Jadi Kenangan” juga adalah legasi Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah, iaitu Allahyarham Dato’ Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil.




Era Baru Skuad Helang Merah





Pada musim 2014, Kedah FA mengubah logo pasukan beridentitikan helang merah dalam rangka transformasi bola sepak negeri.

Ia sekaligus menamatkan khidmat Sang Kenari sebagai maskot pasukan.

Sedikit sebanyak ia turut mencetuskan bantahan di kalangan penyokong bola sepak Kedah.

Pada pendapat sesetengah pihak, logo lama dan maskot kenari terkandung sejarah jatuh bangun bola sepak negeri jelapang padi itu dan ia tidak wajar diganti begitu sahaja.



Protes









Sayangnya penyokong Kedah kepada Sang Kenari kerana mereka sudah disemai dengan semangat ‘Biar Jasa Jadi Kenangan.

Ada juga suara yang menyatakan langkah ini seolah cubaan memadamkan jasa dan legasi Allhyarham Dato Ahmad Basri Akil yang banyak berjasa kepada bola sepak Kedah.

Di sebalik bantahan penyokong, pengurusan bola sepak Kedah FA tetap meneruskan langkah transformasi bola sepak Kedah termasuk mengubah logo dan maskot pasukan.

“Orang lain dah ada imej singa, pahlawan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tonjolkan simbol yang menunjukkan kegagahan kita dalam menghadapi lawan di gelanggang.

“Jadi sebab itu Helang Merah dipilih,” ujar penaung Persatuan Bola Sepak Kedah pada ketika itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk menenangkan kumpulan penyokong yang membantah perubahan tersebut.



Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir



Mujurlah ia melibatkan anak negarawan tersohor yang juga antara tokoh yang sangat dihormati oleh para penyokong Kedah.

Itulah sebab penyokong Kedah terpaksa menerima walaupun di dalam hati mereka, Sang Kenari ada ruang yang sangat istimewa dalam jiwa mereka.

Secara teknikalnya, bendera Kedah memang dominan dengan warna merah. Manakala burung helang sinonim dengan imej negeri Kedah dari segi perlancongan.

Tidak ada rekod menyatakan wujudnya spesis helang merah di dalam ensiklopedia. Bagaimanapun, Helang Merah sering diguna pakai sebagai satu simbolik kekuatan sesebuah unit.

Pasukan tempur udara Amerika misalnya, “America’s Secret MIG’s Squadron” turut berlogokan helang merah. Sebuah pasukan bola sepak di Surinam turut menggunakan lambang yang sama.

Walaupun sudah tidak lagi menggunakan gelaran Kenari, Kedah masih mengekalkan warna Hijau-Kuning sebagai warna utama pasukan mereka.


Aksi mengatasi kontroversi


Namun begitu pencapaian pasukan era Helang Merah telah mengatasi isu kontroversi tersebut.

Jadi, penyokong Kedah lebih tertumpu kepada topik keputusan dan aksi pemain di dalam padang berbanding dengan polemik logo.

Mereka kembali semula ke Liga Utama pada musim 2016. Di bawah logo dan maskot yang baru, Kedah FA muncul naib juara Piala Malaysia pada 2015 dan menjuarainya pada musim 2016.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Kedah FA adalah pesaing terkuat pasukan JDT di peringkat domestik sejak langkah transformasi ini diambil.


Kenari atau Helang Merah ? sokongan tetap sama!





Sang Kenari, gemilang lampau Hijau Kuning atau Helang Merah pula dalam langkah besar di persada bola sepak Malaysia.

Walaupun kenari sudah ‘tamat kontrak’ namun ia tetap mekar subur di bibir peminat bola sepak Kedah dan di negara kita.

Ada penyokong masih selesa dan dalam proses untuk move on untuk menerima Helang Merah buat masa ini.



Ada pula yang mengambil pendekatan untuk tidak membincangkannya dan lebih terbuka di dalam hal ini.

Apapun, tidak bermakna mereka tidak suka dengan Helang Merah ataupun Kenari, sebaliknya ia melibatkan nilai sentimental.

Yang pasti mereka adalah penyokong Kedah sejati. Kenari atau Helang Merah, kedua-duanya masih lagi burung yang gemar terbang ke Bukit Jalil ataupun Shah Alam!

Kami mahu mendengar dari penyokong Kedah, adakah jiwa anda masih lagi kuat ke arah Kenari ataupun sebaliknya?



sumber : SemuanyaBola
Share:

Gadis Cantik Tolak Tawaran Menjadi Model di Sebabkan Meminati BolaSepak.





PETALING JAYA: Apabila berbicara tentang bola sepak, sering kali golongan lelaki akan dikaitkan dengan sukan nombor satu ini.
Namun seiring dengan peredaran zaman, bola sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita.

Tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.
Nur Syahindah atau lebih mesra disapa Nur Indah menjadi bualan hangat netizen kerana bukan sahaja pandai bermain bola tetapi memiliki paras rupa yang cantik.
Gadis berdarah campuran Melayu dan Cina ini yang mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC turut menjadi buruan setiap jejaka di luar sana kerana dikatakan memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka.

Bukan sahaja cantik tapi Nur Indah tidak pernah melupakan batasnya sebagai seorang muslimah dan sentiasa mengenakan pakaian yang patuh syariah ketika bermain bola.
Justeru tidak hairanlah, gadis yang menjadikan bekas penyerang Barcelona, Ronaldinho sebagai idolanya turut dirisik beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta produk mereka.



Bagi setiap gadis, tawaran sebagai model sudah pastinya tidak akan ditolak mentah-mentah.
Namun berbeza dengan anak bongsu daripada empat beradik ini yang terpaksa menolak tawaran lumayan itu demi minatnya terhadap bola sepak.
Pada masa sama, tawaran itu turut diketepikan kerana mahu memberi tumpuan kepada pengajiannya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Poly-Tech Mara Kota Bharu, Kelantan.

"Sebelum gambar saya jadi viral lagi saya memang ada dapat tawaran untuk jadi model tudung. Selepas itu, ada yang offer saya jadi duta produk barangan sukan. Tapi saya tolak kerana saya tidak berminat apatah kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi selain memenatkan.

"Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu. Memandangkan saya kini di tahun terakhir pengajian saya dan perlu berlatih bersama pasukan, jadi keutamaan diberikan kepada kedua-dua perkara ini terlebih dahulu. Kedua-duanya lebih penting ketika ini," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Nur Indah yang digelar ‘Ronaldinho Kelate’ sebaik gambar menjadi viral di media sosial tidak menolak akan mempertimbangkan tawaran sebagai model pada masa akan datang.



"Insya-Allah saya akan pertimbangkan di kemudian hari. Perjalanan saya masih lagi panjang. Lagipun saya kalau mahu buat sesuatu, saya akan buat bersungguh-sungguh sehingga sasaran saya tercapai.

"Begitu juga dalam bola sepak dan pelajaran, masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya mahu cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tapi juga sukan. Saya juga ingin dikenali bukan kerana paras rupa tetapi kualiti permainan saya di atas padang," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam sukan lasak ini, Nur Indah berkata dia sudah lama meminati bola sepak dan mula aktif bermain futsal selepas tamat tingkatan lima.
Kira-kira setahun bermain futsal sebagai aktiviti riadah bersama rakan-rakan, gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini membuat keputusan untuk menyertai sesi pemilihan bakat bagi pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.



“Dia tidak sangka terpilih bernaung di bawah pasukan itu selepas menjalani sesi pemillihan sebanyak tiga kali. Saya beraksi di posisi pertahanan kiri untuk mewakili Kelantan sejak tahun lalu dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR)," katanya.

Untuk memantapkan kemahiran permainannya, Nur Indah yang turut meminati pemain Barcelona, Ivan Rakitic akan menonton perlawanan pasukan tersebut di televisyen untuk belajar teknik menggelecek dan menghantar bola.



"Saya tak mahir sangat menggelecek bola, tapi saya suka tengok skills pemain di luar negara menerusi YouTube. Dari situ saya dapat belajar untuk tingkatkan corak permainan saya," katanya.

Mengakui ramai yang memberi sokongan terhadap minatnya, Nur Indah turut kecewa apabila ada yang memperlekehkan kebolehannya di atas padang.

"Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.

"Saya agak terguris hati sedikit apabila ada cakap-cakap di luar sana yang kata 'kalau orang lain skill hebat tapi muka pecah... tak ada pula nak viral.' Tapi saya tak nak fikir sangat kerana kecaman takkan pernah habis," katanya.

Nur Indah , Ronaldinho Kelate


sumber : mStar




Share:

Isnin, 24 Julai 2017

Aksi Pemain Muda Kedah Akhyar Rashid Seakan-Akan Neymar



Aksi dan kelincahan pemain muda kedah Akhyar Rashid yang dikatakan menjadi bualan Penyokong Thailand dan menggelarkan beliau sebagai Neymar Malaysia


VIDEO :


Share:

Ahad, 23 Julai 2017

PERTEMBUNGAN DERBI UTARA | KEDAH TUNDUKKAN PENANG DI LAMAN SENDIRI




Perlawanan Liga Super ke-18 malam tadi menyaksikan Kedah menumpaskan Pulau Pinang 2-0 dalam aksi derbi utara di Stadium Batu Kawan.Dengan kemenangan itu,Kedah kekal dikedudukan ke-2 manakala Pulau Pinang kekal dikedudukan tercorot Liga.Ikuti laporan perlawanan dari kami.

PERMULAAN PERLAWANAN

Kedah memulakan perlawanan dengan formasi 4-14-1 dengan merehatkan beberapa tonggak seperti Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari.Fakri Saarani,Syawal Nordin,Zac Anderson kembali memulakan aksi `starting` selepas diketepikan perlawanan lalu.3 trio utama,Liridon-Sandro-Ken diturunkan dalam kesebelasan utama.

Zainal Abidin Hassan menurunkan kesebelasan utama sewaktu Penang menang keatas Melaka United tempoh hari.Turun dengan formasi 4-1-4-1 juga,ZAH meletakkan Mark Hartmann sebagai targetman manakala Faiz Subri dan Nigel sebagai inside forward.

PENANG KOMPAK DALAM BERTAHAN,KEDAH KUASAI PERMAINAN


Sumber : kedah FA


Kedah seperti perlawanan yang lalu jelas menguasai perlawanan dengan baik.Kali ini permainan Kedah lebih tersusun terutama bahagian backline yang lebih cepat release bola berbanding perlawanan terdahulu.Liridon kerap berlegar di halfspace untuk menjadi titik permulaan serangan.Disini kredit harus diberikan kepada Liridon kerana usaha itu sekaligus meringankan beban Hanif yang beraksi lone pivot.Hanif sangat baik dalam kawalan bola dan beliau juga bijak layoffs ketika Liridon dan Sandro mencari sudut sesuai menerima hantaran.Berbalik kepada serangan Kedah,Liridon dan Sandro kerap kali cuba ekploitasi zon 14 namun tergendala kerana lawan juga sangat kompak.Penang akan tweaks 5-4-1 ketika menerima ancaman.Banyak hantaran through ball Kedah mudah dipatahkan.Beberapa cubaan jauh juga tidak membuahkan hasil.Fakri agak loose dalam permainan.

Penang sesekali mengancam Kedah menerusi counter attack melalui wide area.Faiz dan Nigel menjadi titik serangan mereka namun kekurangan support mencukupi membataskan serangan tuan rumah.

KEDAH OFFENSIVE MODE,PENANG LOOSE POSITIONING

Sumber : Kedah FA


Kedah terus melancarkan serangan dan selepas sejam perlawanan,Ken Ilso menyudahkan peluang terhidang susulan bola rebound.Ia hasil situasi freekick oleh Sandro sebelum itu dan Ilso mudah menewaskan penjaga gol lawan untuk 1-0.

Baddrol yang masuk mengantikan Fakri terus menjaringkan gol ke-2 untuk Kedah.Situasi bermula selepas Kedah berjaya menarik pertahanan lawan keluar positioning selepas mendahului 1 gol.Ken yang bertindak sebagai decoy lebih menyerlah pada babak kedua.Menyedari Penang cuba meningkat intensiti mencari gol penyamaan,serangan balas Kedah berjaya menghasilkan gol kedua hasil lorongan Ken Ilso kepada Baddrol.

FARHAN ABU BAKAR ONFORM

Kedah juga patut berterima kasih kepada penjaga gol Farhan Abu Bakar selepas aksi cemerlang pemain itu.Beberapa kali menang situasi 1v1 sekaligus berjaya menghalang gawang beliau dibocori.Beliau juga tampak semakin yakin selepas melalui 3 perlawanan berterusan.

Kejayaan malam tadi menyaksikan Kedah berjaya menamatkan kemarau tanpa kemenangan keatas Penang di laman lawan sejak 2010.



HIGHTLIGHT | LIGA SUPER 2017 | 22 JULAI 2017 | PENANG VS KEDAH

                Sumber video : Kedah FA-persatuan bolasepak kedah-



Sumber : BHK
Share:

Sabtu, 22 Julai 2017

[VIDEO] : Tritube Ah Hoe (TERIMA KASIH TAN CHENG HOE!)




TAN CHENG HOE JURULATIH TEMPATAN TERBAIK KETIKA INI

Bermula di tahun 2014 berjaya membawa pasukan Kedah ke separuh Akhir sebelum kecundang di kuantan, Namun pujian tetap ada walaupun status pasukan pada ketika itu Hijau Kuning hadir sebagai wakil dari Liga Perdana. Bermula dari situ titik-titik kebangkitan mula bersinar apabila di tahun 2015 pencapaian yang berhasil dari kepakaran yang ada pada beliau, Nama Kedah F.A melonjak naik dan hadir ke kelompok Elit Liga Super dan seterusnya telah memberi kembali tentangan yang sengit kepada pasukan pilihan.

Ciri-ciri yang di lakukan Tan Cheng Hoe sedikit mempunyai persamaan sepertimana yang di lakukan Azraai Khor suatu ketika dahulu, Pemain muda lazimnya akan mempunyai masa depan yang cerah seandainya berada di bawah kendalian mereka, Peluang dan keberanian menurunkan pemain muda adalah satu token di mana lahirnya muka-muka baru di asah dan di gilap bakat mereka dari bawah sehingga lah berada di puncak tak perlu di nafikan walaupun kadangkala pertembungan bersama pasukan utama jika di lihat dari faktor pengalaman seperti agak gusar dengan apa yang mereka lakukan, Tetapi itu lah yang di katakan keberanian yang penuh yakin telah membuktikan beliau terus layak membawa Kedah untuk terus berada di landasan yang sebenar pada ketika ini.

Pencapaian demi pencapaian terus tercipta samada pasukan Kedah mahupun buat dirinya sendiri, Tan Cheng Hoe telah memikul amanah yang di pertanggungjawabkan dengan tersusun dan teliti, Kini di saingan pembukaan di hadiahkan lagi kepada seluruh peminat Bola Sepak Kedah di mana Piala Sumbangsih 2017 balik semula ke Kedah setelah kali terakhir di menangi pada tahun 1991 & 1994 kini di tahun 2017 satu piala lagi terus memasuki di dalam kabinet KFA di atas usaha dari semua pemain dan jurulatih untuk terus memastikan kejayaan tersebut akan pastinya menjadi titik kebangkitan baru di tahun 2017!

Penantian selama 23 tahun Piala Sumbangsih terlerai di Bumi Johor Darul Ta'zim tanggal 20 Januari 2017 dengan penuh jayanya.

TAHNIAH! DARI KAMI 

Teruskan momentom kejayaan! Hijau Kuning tak kan padam! Pulun Kedah Pulun!

Ayuh! Kita doakan perjalanan baru di tahun 2017, Demi Hijau Kuning! BANGGA MENJULANG NAMAMU KEDAH DARUL AMAN!

TERIMA KASIH TAN CHENG HOE!

Share:

Rabu, 19 Julai 2017

[ VIDEO ] MALAYSIA BENAM INDONESIA | B23 AFC




Malaysia belasah Indonesia 3-0 di Babak Pertama. Tiga gol dalam tempoh 30 minit dicetak oleh Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew dan N.Thanabalan sudah cukup untuk Malaysia menewaskan Indonesia sekaligus mengutip 3 mata berharga.



Video : Hightlight Indonesia vs Malaysia | Kelayakan AFC B23






Kesebelasan Utama Malaysia :

19-Ifwat Akmal Chek Kassim (PG); 5-Adib Zainudin (K), 17-Irfan Zakaria, 9-Adam Nor Azlin; 23-Ariff Farhan Md Isa, 16-Danial Amier Norhisham, 7-Amirul Hisyam Awang Kechik, 21-Syazwan Andik Ishak; 12-N Thanabalan, 11-Jafri Firdaus Chew, 20-Syafiq Ahmad.

Simpanan:

1-Ahmad Solehin Mamat (PG), 2-Raphi Azizan Mariappen, 3-Syazwan Zaipol Bahari, 4-L Kalaiharasan, 8-Danial Ashraf Abdullah, 10-Akhyar Rashid, 13-Syahmi Safari, 14-Nur Shamie Iszuan Amin, 15-Sean Eugene Selvaraj, 18-Fauzan Fauzi, 22-Amierul Hakimi Awang (PG).



Share:

[ VIDEO HIGHTLIGHT ] Lang Merah Tersungkur di Kota Baharu








KELANTAN keluar dari badi kekalahan apabila mengejutkan pasukan pilihan, Kedah 3-1 pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kelantan yang kembali mendapat sentuhan Zahasmi Ismail jelas mempamerkan corak permainan lebih tersusun dengan menguasai sebahagian permainan, pada pertemuan cukup sengit itu.

Kedah yang melakukan sepak mula tidak menunggu lama untuk mencemaskan Kelantan hasil kesilapan dilakukan Norhafiz Zamani Misbah namun percubaan Ken Ilso Larsen diselamatkan penjaga gol, Mohd Ramadhan Abd Hamid, pada minit kedua.

Tiga minit berselang, giliran tuan mencemaskan pelawat menerusi gerakan menarik Abou Bakr Al-Mel yang memperdayakan lima pemain lawan tetapi nasib tidak memihaknya setelah rembatannya tersasar di sebelah kiri gawang.

Kedah yang banyak mengatur serangan menerusi bahagian sayap memperoleh dua peluang selepas itu tetapi Ilso Larsen gagal merembat tepat pada minit kelapan disusuli percubaan lemah Baddrol Bakhtiar mudah diselamatkan Mohd Ramadhan.

Minit ke-21, tuan rumah seharusnya memecahkan kebuntuan apabila Abou Bakr berjaya menewaskan pertahanan Kedah, Mohd Fitri Omar di dalam kotak penalti pelawat namun rembatan kaki kirinya sekadar menggegar jaring sisi sebelah luar.

Skuad kendalian Mohd Nidzam Adzha Yusoff kembali mencipta peluang terbaik untuk berada di depan namun Ilso Larsen gagal memanfaatkannya setelah percubaannya sedikit melepasi palang, tiga minit kemudian.

Percaturan taktikal Zahasmi mengarahkan Morgaro Gomis merantai kemas Liridon Krasniqi sepanjang permainan membolehkan mereka kembali mengatur serangan namun gol yang dinantikan masih belum kunjung tiba setelah percubaan kapten, Indra Putra Mahayuddin tersasar, pada minit ke-26.

Abou Bakr hampir memberikan gol pendahuluan tiga minit selepas itu namun rembatan jarak jauhnya hanya beberapa meter melepasi palang tatkala Mohd Farhan Abu Bakar sudah tertewas di posisinya.

Aksi kembali mendebarkan apabila Mohd Syazwan Zainon berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan tetapi Krasniqi kempunan untuk mencetak jaringan apabila rembatannya gagal menepati sasaran, pada minit ke-42.

Malah tuan rumah juga turut kecewa apabila tampanan Abou Bakr meliar dua minit kemudian disusuli percubaannya selepas memperdayakan dua pertahanan lawan berakhir dengan bola hanya melintasi pintu gol, seminit sebelum wisel dibunyikan.

Kebuntuan jaringan kem tuan rumah akhirnya terlerai apabila Gomis pantas mencuri bola di kaki Muhammad Syazwan Tajudin sebelum melepaskan tendangan lencong sekali gus memberikan gol buat pasukannya, pada minit ke-54.

Pelawat yang tersentak dengan jaringan itu bangkit melancarkan serangan tetapi sepakan percuma Sandro da Silva Mendonca jelas terlalu tinggi di atas palang, empat minit kemudian.

Kem Kedah terus ditimpa malang apabila kehilangan khidmat Muhammad Farhan Roslan yang sebelum itu masuk menggantikan Baddrol akibat kecederaan lutut, pada minit ke-60.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Abou Bakr apabila meledakkan gol kedua menerusi rembatan menarik yang gagal diselamatkan Mohd Farhan, untuk menjadikan kedudukan 2-0, pada minit ke-65.

Indra Putra hampir mengukuhkan kedudukan ketika permainan menuju ke minit ke-71 namun sepakan bebas dilakukannya hanya sedikit serong di sebelah kanan biarpun Mohd Farhan sudah tertewas di posisinya.

Anak buah Zahasmi terus memberi tekanan di sebalik serangan bertali arus pelawat tetapi Abou Bakr terlepas peluang mencetak gol kedua peribadi setelah gagal menyempurnakan hantaran Indra Putra, pada minit ke-81.

Kesungguhan Kedah memburu gol akhirnya membuahkan hasil apabila dihadiahkan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Mohd Qayyum dan Krasniqi tenang menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 2-1, empat minit kemudian.

Bagaimanapun, Abou Bakr membunuh sisa perjuangan Kedah apabila meledak gol ketiga setelah memperdayakan kapten, Khairul Helmi Johari di dalam kotak penalti sekali gus mengesahkan kemenangan 3-1, pada pertemuan malam tadi.



Video :
Highlight TM Piala Malaysia 2017 | Kelantan vs Kedah | 18 Julai 2017


 


KELANTAN 3
Morgaro Gomis (m-54)
Abou Bakr Al-Mel (m-65 dan 90+4)

KEDAH 1
Liridon Krasniqi (pen m-85)

Kesebelasan utama pasukan :

KELANTAN – Mohd Ramadhan Abd Hamid, Mohd Farisham Ismail, Norhafiz Zamani Misbah, Mamadou Danso, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, Morgaro Gomis, Muhamad Fadhilah Mohd Pauzi (Mohd Norfarhan Muhammad), Indra Putra Mahayuddin (KP), Abou Bakr Al-Mel (Nik Azli Nik Alias), Mohd Khairul Izuan Rosli (Mohamad Rozaimi Azwar Mat Nor) dan Alessandro Celin.
FORMASI : 4-4-2

KEDAH  –  Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Khairul Helmi Johari (KP), Zachary Anderson, Mohd Fitri Omar, Muhammad Syazwan Tajudin, Sandro da Silva Mendonca, Baddrol Bakhtiar (Muhammad Farhan Roslan) (Muhammad Hanif Mat Dzahir), Mohd Syazwan Zainon (Ahmad Fakri Saarani), Liridon Krasniqi dan Ken Ilso Larsen.
FORMASI : 4-4-2



Sumber : SinarHarian
Share:

Amri Yahya Mencalar Ego JDT




SELAYANG: Amri Yahyah mencalar ego bekas pasukannya apabila menyumbat dua gol ketika membantu Selangor menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-2 dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Selayang, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Selangor mendahului saingan Kumpulan D dengan tujuh mata, manakala skuad Harimau Selatan kekal di tempat kedua dengan empat mata selepas Sarawak dan Terengganu terikat tanpa jaringan di Kuching.

Bagaimanapun, kekalahan JDT itu akibat salah percaturan pengendalinya, Ulisses Morais yang menurunkan barisan kedua dan meletakkan dua penyerang importnya, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra di bangku simpanan.

Namun, kemasukan dua pemain itu mencemaskan kubu pertahanan tuan rumah selepas Harimau Selatan kembali bangkit menyamakan kedudukan sebelum sepakan penalti Amri meleburkan hasrat JDT untuk membawa pulang satu mata.

Selangor membuka jaringan yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-33 apabila Fairuz menanduk masuk hantaran Raimi Md Nor dan meskipun penjaga gol JDT, Mohd Haziq Nadzli dilihat sudah menangkap kemas percubaan itu namun pengadil, Mohd Zohri Tajuddin memberikan gol pertama buat tuan rumah susulan bola sudahpun melepasi garisan gol.

Belum sempat pemain JDT bangkit, Selangor meraikan gol kedua seminit selepas itu apabila gerakan pantas daripada sayap kanan membolehkan Francis Forkey Doe melorongkan hantaran cantik ke Amri yang tenang menyudahkan peluang terhidang.

Memasuki babak kedua dengan ketinggalan dua gol, JDT meningkatkan rentak permainan dan serangan demi serangan yang dilancarkan JDT memaksa Selangor untuk bertahan dan wira final Piala Malaysia 2015, Ahmad Hazwan Bakri mengurangkan defisit buat pelawat pada minit ke-55.

Perubahan taktikal yang dilakukan Morais dengan memasukkan seorang lagi penyerang, Darren Lok nyata membuahkan hasil apabila penyerang berusia 26 tahun itu melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol penyamaan hasil keadaan kelam kabut di hadapan gawang gol Selangor pada minit ke-68.

Kebangkitan JDT seakan tidak bermakna selepas pengadil memberikan sepakan penalti apabila Forkey Doe dijatuhkan dalam kotak penalti dan Amri tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki seminit.

Sumber : BH
Share:

Selasa, 18 Julai 2017

'Super Crossing' Kini Kembali





PEMAIN berpengalaman Kedah yang juga sebahagian daripada 'tembok' skuad itu bakal kembali di atas padang ketika mereka turun menentang Kelantan di Kota Bharu.
Fitri Omar tidak diturunkan dalam perlawanan sebelum ini, namun kini dia bersedia telah bersedia untuk meneruskan rentak kemenangan pasukan berkenaan.
Pemain kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu bakal kembali memperkuatkan kesebelasan utama selepas ketiadaan Ariff Farhan Mohd Isa yang dipanggil berkhidmat untuk skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee.

Fitri Omar-Pertahanan Kedah


"Saya bersyukur kerana dapat kembali berjuang bersama rakan-rakan selepas menjadi penonton sebelum ini.

"Sebagai pemain, memang memeritkan apabila tidak dapat bermain, sebab inilah minat dalam diri terhadap bola sepak.

"Saya hanya berdoa agar diberi peluang oleh Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof dalam perlawanan kali ini dan seterusnya dalam misi memburu kejayaan buat Kedah," katanya kepada mStar Online.

Bekas pemain Johor FC, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang itu turut yakin Kedah mampu pulang dengan tiga mata penuh selepas beberapa pemain yang cedera telah pulih.
"Ini adalah kelebihan buat kita, apa yang penting ialah kami perlu berusaha sepanjang permainan dan tidak lalai.

"Kelantan juga sebuah pasukan yang baik walaupun mereka tewas sebelum ini. Kita perlu berwaspada dengan kebangkitan mereka di laman sendiri," jelasnya.
Tambahnya, kehadiran penyokong Kedah di Kota Bharu bakal meningkatkan lagi semangat dan moral pemain.



Sumber : mStar
Share:

Hijau Kuning 'Kilang' Pengeluaran Pemain Muda





Pasukan KEDAH bukanlah asing dalam melahirkan pemain-pemain muda berpotensi dari tahun ke tahun.Sejak 1987 mengikut laporan arkib telah bermula ketika era Arwah Dato Ahmad Basri Akil.Sebab itulah beliau digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kedah.

Dato Paduka Hj Ahmad Basri Akil
Bapa Pembagunan BolaSepakKedah


Beliau kemudian melakukan tranformasi pada 2004 dengan Kedah kembali kepada visi asal iaitu mengeluarkan pemain-pemain muda.Bersama kemajuan kini seperti adanya Piala Belia,Piala Presiden dan Liga Super,Kedah terus pesat membangun lebih jauh berbanding negeri lain dalam proses development youth player. Tapi bagaimana?

Pasukan Kedah banyak mendapat manfaat dari dari beberapa kejohanan seperti Piala Menteri Besar Kedah,Sukda (Sukan Negeri Kedah),Liga Bola Sepak Rakyat (Zon Utara),Liga Peringkat Sekolah-Sekolah dan dari akademi-akademi contoh ARFA (Akmal Rizal Football Academy) dalam menghasilkan pemain-pemain baru sebagai pelapis.Dah banyak kita mendengar 4 anak muda berpeluang berlatih di Cardiff, 3 anak muda Kedah berlatih di Perth Glory dan banyak lagi.

Ini semua sedikit sebanyak membantu pasukan utama Kedah dalam memperkenalkan pemain-pemain produk baru melalui penyertaan bermula skuad Belia Bawah 19 tahun diikuti skuad Presiden Bawah 21 tahun.



Tahun 2017,pasukan Belia Kedah iaitu bawah 19 tahun telah merekrut hampir 85% muka baru untuk diserapkan.Rata-rata dari pemilihan terbuka dan majlis sukan negeri Kedah.Mereka akan bersaing dalam kejohanan Belia 2017.Ia platform terbaik Kedah untuk terus maju dalam bola sepak dari peringkat akar umbi.

Piala Presiden pula adalah kejohanan untuk bawah 21 tahun.Sama seperti pasukan Piala Belia,pasukan ini dibentuk berasaskan kualiti dari skuad Belia sendiri (pemain diserap naik ke fasa berikutnya),dari sesi pemilihan terbuka,majlis Liga Rakyat atau Liga Sukda dan ada dari SSBJ atau Sekolah Sukan Malaysia.

Disini sebenarnya bukan mengenai kejohanan didalam pertandingan (kerana semua pasukan ada projek sama seperti Kedah) maksud tersirat penulis adalah KEBERANIAN Kedah yang cepat memberi peluang.Dari Belia ke Presiden dan dari Presiden ke Utama.Visi serta keutamaan Kedah dalam mencapai kemajuan seiring pembangunan ini adalah resepi terbaik.

Disini penulis menerangkan serba sedikit bagaimana konsep "Youth Development" kita dihasilkan.Ia bukanlah mengambil masa yang singkat untuk kita nikmati hasilnya.Seperti menanam padi dan menunggu hasil tuainya,begitu juga Kedah.Kesabaran melatih bakat-bakat baru ini semakin berjaya malah dicemburui pihak lawan.Penulis yakin Kedah akan terus melahirkan pemain-pemain muda dimasa akan datang.


Sumber : BuletinHijauKuning
Share:

Nidzam Adzha Dedah Keadaan Skuad Lang Merah





KETUA jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof mendedahkan perkembangan mengenai skuad hijau kuning yang bakal turun menentang Kelantan di Kota Bharu pada Selasa malam.
Jika sebelum ini beliau agak runsing dengan masalah kekurangan pemain, namun kini ianya beransur kukuh apabila pemain yang mengalami kecederaan semakin pulih dan bersedia untuk diturunkan.

Menurutnya, Akram Mahinan, Fitri Omar, Zachary Anderson, Abd Hadi Hamid dan Farhan Roslan mampu untuk dibariskan bagi meneruskan momentum kemenangan Kedah dalam saingan Piala Malaysia.

“Saya lega untuk bertandang ke Kelantan dalam meneruskan perjuangan kerana lima pemain yang hadir ini mampu memantapkan kembali prestasi pasukan dan terus mencerahkan harapan mengutip mata penuh.

"Dalam perlawanan sebelum ini kita hilang ramai pemain utama, tetapi saya bersyukur kerana pemain muda yang ada dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu kita baiki semasa menentang Kelantan. Lawan merupakan sebuah pasukan yang hebat dan kita perlu fokus dan terus berusaha," katanya kepada mStar Online.
Mohd Nidzam menambah, Fitri, Zachary dan Hadi kini sudah pulih daripada kecederaan mereka  akan turut serta dengan pasukan yang akan bertolak ke Kelantan hari ini (Isnin).

Jelasnya, kematangan yang ditunjukan pemain muda daripada skuad Piala Presiden ketika membantu Kedah sebelum ini merupakan perkembangan positif untuk masa depan skuad berkenaan.
"Mereka bermain dengan baik apabila diberi peluang, ini membuktikan kita mempunyai pelapis yang baik untuk diserapkan ke skuad utama selepas ini.
"Apa yang penting mereka perlu diberi peluang untuk lebih matang sekaligus meneruskan legasi dan kecemerlangan pasukan pada masa akan datang," ujarnya.


Sumber : mStar
Share:

Ahad, 16 Julai 2017

[VIDEO] Faiz Subri Hampir Membuat PUSKAS Sekali Lagi


Faiz Subri pemenang PUSKAS kembali viral apabila Free Kick beliau dari jarak jauh terkena palang... dan telah membantu pasukan PenangFA meraih kemenangan ke2 liga super 2017

Melaka United vs Penang 2-3 | Liga Super 2017

Kredit : Penang FA

Share:

Sabtu, 15 Julai 2017

"Saya Memang Geram" - Sandro






PEMAIN import Kedah, Sandro Da Silva mengakui berada dalam keadaan geram ketika skuadnya akan turun melayan kunjungan Selangor di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.
Pemain tengah dari Brazil itu tidak dapat menyembunyikan perasaan apabila terlepas perlawanan sebelum ini kerana digantung akibat menerima tiga kad kuning.
Berikutan itu, dia mahu kembali bersama rakan sepasukan dah meraih kemenangan seterusnya di gelanggang keramat skuad hijau kuning.
"Saya bersyukur kerana kita berjaya mendapat kemenangan sebelum ini untuk memberi saingan terhadap pendahulu Liga Super, namun ia perlu diteruskan.

“Saya memang geram menyaksikan rakan sepasukan lain bertungkus lumus bagi mencapai kemenangan tetapi apakan daya. Saya kini tidak ada masalah untuk beraksi pada perlawanan malam ini dan memberi sumbangan yang bermakna bersama rakan sepasukan lain.

“Kini Kedah sudah berjaya menguasai kembali tempat kedua Liga Super dan sudah pasti kami tidak mahu kehilangan kedudukan ini," katanya kepada mStar Online.

Sandro menambah, jaringan gol pada setiap perlawanan setakat ini termasuk aksi persahabatan memberikan semangat dan keyakinan untuk terus mencipta kejayaan bersama Kedah.

“Bagi saya tidak ada makna menjaringkan gol tetapi pada akhir perlawanan kita kecewa, apa yang penting ialah kejayaan kami mengutip mata penuh di Stadium Darul Aman malam ini dan saya yakin ketiadaan enam pemain muda tidak akan melemahkan kami.

“Memang kami memerlukan kesemua pemain yang didaftarkan untuk beraksi pada Liga Malaysia musim ini tetapi sebagai pemain profesional mereka juga perlu beraksi bersama pasukan kebangsaan dan ini hanya akan menambah ilmu dan juga pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.

“Saya juga yakin kemampuan barisan jurulatih untuk membariskan kesebelasan terbaik demi mencapai kejayaan yang dicari. Kehadiran Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Syazwan Zainon, Khyril Helmi Johari, Abd Hadi Abdul Hamid dan pemain muda Asri Marzuki pasti mencerahkan harapan kita untuk mencapai matlamat," tegasnya.

Sementara itu, pada tarikh hari ini iaitu 15 Julai 2008, Kedah kehilangan bapa kebangkitan bola sepak skuad hijau kuning iaitu Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.
Allahyarham merupakan individu yang merencana semula skuad Kedah dengan mengilhamkan lagu dan logo pasukan selain kejayaan membanggakan bermula 1982. Al-Fatihah.




Sumber : mStar
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser