Rabu, 20 September 2017

"Thiago Augusto Kembali ke Darul Aman"...



Pada Julai 2016,Persatuan Bola Sepak Kedah - KFA mendapatkan khidmat 2 tonggak import untuk saingan pusingan ke-2 Liga Malaysia.Mereka adalah Shane Edward Smeltz dan Thiago Augusto bagi mengantikan khidmat Sandro (tidak didaftar) dan Carlos Kahe (terminated).

Thiago Augusto adalah penyerang Felda United ketika itu namun beliau diketepikan dari skuad utama The Fighters menjelang musim baru 2016 selepas ditimpa kecederaan panjang ACL sebelum sepak mula liga.Bermulanya musim juga,nama beliau tidak didaftarkan sebagai pemain utama pasukan namun masih memiliki kontrak bersama kelab berpengkalan di Jengka itu.

Thiago Augusto akhirnya dilepaskan secara pinjaman oleh Felda kepada Kedah pada Julai selepas kedua-dua persatuan mencapai kata sepakat.Dalam perjanjian itu juga,Kedah turut melakukan sistem swap dengan Fakri Saarani telah menyertai Felda United sehingga penghujung musim 2016.


Bermula perlawanan bertemu Sarawak FA di Stadium Darulaman,Thiago pantas mencuri tumpuan 35,000 penyokong setia Hijau Kuning dengan meledak gol kemenangan Kedah keatas Sarawak dalam perlawanan pembukaan TM Piala Malaysia.Pada perlawanan tersebut,Kedah menang 4-3 dalam aksi thriller di Darulaman.

BANTU KEDAH MENANG PIALA MALAYSIA

Thiago merupakan tonggak utama Tan Cheng Hoe dalam skuad yang muncul juara Piala Malaysia 2016 malah beliau merupakan penjaring gol kemenangan pada aksi Separuh Akhir pertama keatas PDRM FA.Dimedan perlawanan akhir,Thiago digandingan bersama Shane Smeltz dalam formasi 4-4-2 namun Thiago kurang menyerlah pada perlawanan itu dan dikeluarkan pada babak kedua.

Dari Julai sehingga Oktober,Thiago membantu Kedah dengan menjaringkan 9 gol secara keseluruhan half season bersama Kedah.

Pada malam ini sekali lagi Thiago agusto kembali ke Darul Aman dimana pasukannya sekarang felda united akan bertandang ke darul aman untuk saingan Liga Super 2017,dan beliau akan menjadi lawan kepada pasukan pernah beliau menyarung jersi ketika dulu.

Terima Kasih TAF9..Biar Jasa Jadi Kenangan


Sumber : BHK
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser