Sabtu, 28 Oktober 2017

Saya Tidak Kisah Rekod Saya di Pecahkan - Marlon Alex James






Sebelum ini mengenai kemungkinan rekod jaringan bekas penyerang import Kedah, Marlon Alex James yang bakal dipecahkan pada Sabtu ini.

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berpeluang untuk mengatasi rekod jaringan Marlon, sekiranya dia berjaya meledakkan sekurang-kurangnya satu gol dalam aksi Liga Super menentang Kedah, Sabtu ini.
Pada musim 2008, bersama Kedah, Marlon ketika itu telah merekodkan 23 gol untuk muncul selaku pemenang Kasut Emas, sementara Kedah pula merekodkan kejuaraan ‘double treble’ pada musim tersebut.

Marlon yang ketika ini berada di kampung halamannya, Saint Vincent & the Grenadines, telah dihubungi oleh Semuanya BOLA untuk bertanyakan reaksinya berhubung situasi ini.


“Secara jujurnya saya tidak sangka saya adalah pemegang rekod tersebut kerana saya hanya fokus pada persembahan pasukan secara keseluruhan,” jelas Marlon yang kini sudah berusia 40 tahun.




“Saya tiada masalah sekiranya rekod jaringan saya itu berjaya diatasi. Sebabnya, jika kita lihat dia (Ghaddar) beraksi bersama pasukan yang jauh lebih hebat (berbanding Kedah) pada ketika ini, JDT.


“Sepatutnya penyerang-penyerang JDT perlu meletakkan sasaran untuk menjaringkan lebih daripada 30 gol dalam saingan Liga Super,” ujar bekas penyerang berbisa Kedah itu lagi.Tiga tahun bersama Kedah, secara keseluruhannya, Marlon telah meledakkan lebih 40 gol dan sepanjang beraksi di Malaysia bersama tiga kelab (MK Land FC, Kedah dan ATM), Marlon telah merekodkan hampir 130 gol.


Semuanya BOLA turut berkesempatan bertanyakan perkembangan terkininya selepas dia pulang ke negaranya apabila tamat kontrak bersama ATM pada tahun 2014.“Ketika ini saya tidak bekerja. Tetapi saya ada membuat sesi-sesi kejurulatihan apabila berpeluang,” ujarnya yang baharu sahaja selesai mendapatkan lesen D kejurulatihan.Ketika ditanya adakah dia sudi untuk kembali ke Malaysia untuk menyertai barisan kejurulatihan untuk mana-mana pasukan di Malaysia, dia ternyata sangat berminat.


“Saya sangat rindukan Malaysia dan pastinya saya ingin kembali dan bertugas di sana,” tutur penyerang yang sinonim dengan jersi nombor 9 itu.

Sumber : Semuanya BOLA
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser