Sabtu, 22 September 2018

"KEPDA" Mahu Azraai, Victor Bergandingan Musim 2019






Azraai, Victor gandingan terbaik buat Kedah


KELAB Penyokong Bolasepak Kedah Darul Aman (Kepda) percaya bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah adalah calon sesuai untuk dilantik sebagai pengendali pasukan itu bagi musim 2019.

Pengerusinya, Nor Asmadi Hamzah berkata, Ketua Jurulatih Kedah Bawah 21 Tahun, Victor Andrag pula adalah gandingan terbaik buat Mohd Azraai untuk mengemudi pasukan dan wajar diberi peluang sebagai penolong ketua jurulatih utama musim hadapan.



Menurutnya, dua pengendali itu adalah watak penting Kedah muncul juara berganda pada tahun 2007 dan tahun 2008 yang masih gagal dicabar oleh mana-mana jurulatih dan pasukan lain di Liga Malaysia sehingga hari ini.

"Mohd Azraai adalah salah seorang jurulatih yang mampu mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan. Beliau juga terbukti mampu memilih pemain import berkualiti beraksi dengan beberapa pasukan lain semasa bergelar jurulatih pasukan itu.


"Victor sebelum ini pula membuktikan beliau antara bekas ketua pasukan berpengaruh Kedah dan kini sebagai jurulatih pula berjaya membangunkan pasukan bawah 21 tahun muncul naib johan Piala Presiden 2018 dan naib johan bolasepak Sukan Malaysia 2018," katanya.

Nor Asmadi berkata, persefahaman yang baik di antara kedua-duanya bakal mewujudkan sistem kejurulatihan baik seiring dengan hasrat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang mahu melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad tersebut.

Jelasnya, Victor juga antara jurulatih muda yang perlu diketengahkan bagi memberi nafas baharu kepada bola sepak Kedah pada hari ini.

"Gandingan beliau dengan jurulatih berpengalaman seperti Mohd Azraai juga sebenarnya secara tidak langsung sebagai proses pembelajaran untuk mengendalikan pasukan yang lebih besar dan penuh cabaran pada masa hadapan.



"KFA bukan sahaja perlu merancang untuk melahirkan pemain berkualiti namun proses itu juga perlu dilakukan dalam melahirkan jurulatih yang berwibawa," katanya.

Dalam pada itu, selain Mohd Azraai, Nor Asmadi juga melihat calon-calon lain yang mampu membawa Kedah kembali terbang tinggi adalah pengendali Felda United, B Sathianathan dan pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti.

Katanya, Kedah adalah sebuah nama besar dalam liga di negara ini dan pasukan tersebut memerlukan jurulatih berpengalaman yang mampu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan.

"Kepda melihat tiga calon jurulatih tempatan ini iaitu Azraai, Sathianathan dan Irfan sangat sesuai untuk memimpin Lang Merah pada musim hadapan kerana dibuktikan dengan pengalaman dan rekod kejayaan dimiliki mereka sebelum ini," katanya.

Sebelum ini Sukan Sinar melaporkan Kepda menggesa Lang Merah segera melantik ketua jurulatih baharu bagi membuat persiapan pada musim hadapan selepas gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia 2018.


Sumber : Sinar
Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser