Khamis, 30 November 2017

"Sekarang Ini Hanya Tunggu Keputusan Rasmi" - Ginney Chew





PETALING JAYA: Hasrat penyokong Kedah untuk melihat Ramon Marcote kembali ke pangkuan skuad hijau kuning kini semakin menjadi kenyataan.
Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah memberitahu, rundingan kedua-dua pihak kini berada di fasa terakhir.

"Saya harap semua penyokong bersabar sedikit lagi. KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) tengah buat apa yang patut dan bagilah masa untuk Marco melihat lebih jelas dahulu, selepas itu kita tengok apa jawapannya.


"Sekarang Presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) berada di Kuala Lumpur. Mungkin selepas itu beliau akan umumkan secara rasmi," ujarnya kepada mStar Online.

Ginney berkata, tugasnya untuk menyampaikan hasrat penyokong Kedah sudah dilaksanakan.
"Sekarang ini hanya tunggu keputusan rasmi. Kuasa keputusan di tangan KFA. Tetapi saya yakin Marco akan kembali ke Kedah.


"Saya juga percaya presiden sekarang akan mahu memenuhi permintaan penyokong-penyokong Kedah yang ingin melihat pasukan kembali menjadi no.1," jelasnya.

Bekas jurulatih Atletico Madrid kembali menjadi pilihan sebaik sahaja tamat Liga Malaysia musim ini selepas dia meningggalkan Kedah selaku penolong jurulatih pada Disember 2016.
Sebelum ini, mStar Online juga melaporkan bahawa Marcote sedia untuk kembali ke Kedah sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada KFA.

Malah Ginney juga turut berjumpa dengan presiden (16 November) bagi menyampaikan hasrat penyokong-penyokong Kedah ini.

Baca sini : Penaja Utama ECK Bakal Bertemu Presiden KFA


Sumber : mStar

Share:

(VIDEO) Roman Marcote Mengatakan Sesuatu Kepada Penyokong Lang Merah





#Thowback


'Penyokong Kedah dan Atletico Madrid, penyokong terbaik saya pernah saksikan dalam hidup saya'. 

Itu kata-kata bekas penolong Jurulatih Kedah Ramon Marcote kepada seluruh Penyokong  Kedah dimana ketika itu kedah tewas kepada pasukan selangor pada Perlawanan Akhir 2016.
Ketika itu Marcote menjadi pemangku jurulatih kerana jurulatih Tan Cheng Heo ketika itu telah pergi mendapatkan Lesen kejurulatihan di China.

















Share:

"Ubi" Muda Lang Merah Bakal gegar Liga Super 2018








SKUAD HELANG MERAH | Kedah bakal diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain skuad Piala Presiden Kedah dan seorang lagi pemain muda untuk saingan musim 2018.

Menerusi maklumat yang dikeluarkan dalam laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dua pemain yang dimaksudkan ialah Zulfahamzie Mohd Tarmizi dan Muhd Nurfiqrie Abdul Talib.

Zulfahamzie, 22, adalah pemain yang beraksi dibahagian tengah dan sayap serta pernah mewakili skuad muda Selangor sebelum pihak pengurusan mengesan bakatnya untuk memperkuatkan skuad Kedah.

photo by kedah FA


Sementara Muhd Nurfiqrie, 22, pula akan beraksi di bahagian pertahanan kanan dan dia antara pemain muda yang memulakan karier bersama skuad Piala Presiden sejak 2014.

photo by kedah FA


Menurut jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, ini peluang terbaik untuk kedua-dua pemain berkenaan meningkatkan lagi bakat dengan skuad senior musim hadapan.

“Saya berharap mereka dapat mengembangkan bakat ke tahap terbaik dan segera menyesuaikan diri dengan pasukan yang berprofil lebih tinggi.”

Dalam perkembangan sama sebelum ini, Media KFA juga mengumumkan seorang lagi bakat muda iaitu Mohd Zafuan Azeman yang pernah mewakili skuad Perlis musim lalu dan akan bersama Kedah musim hadapan.

photo by kedah FA


Zafuan yang berusia 18 tahun antara penyerang muda yang berbakat besar dan tidak asing Kedah kerana pernah bersama skuad senior Helang Merah dalam beberapa perlawanan pra musim tahun lalu.


Selain pengalaman di peringkat kebangsaan, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu memiliki jiwa besar selaku penyerang dan bakal memberi saingan hebat di bahagian depan pasukan.

Sumber : HarianMetro
Share:

Rabu, 29 November 2017

Berita Positif Dari Alor Setar : Harap Semuanya Akan "Selesai" - Ramon Marcote





ALOR SETAR - Berita positif yang diterima dari Madrid, Sepanyol ,mungkin menceriakan sebilangan penyokong Hijau Kuning yang mengharapkan Ramon Marcote kembali ke Kedah bagi mengemudi cabaran Lang Merah musim depan.


Bekas Penolong Ketua Jurulatih Kedah itu ketika dihubungi memberikan bayangan ringkas, namun cukup membayangkan suatu yang positif berhubung tawaran kontrak dari Persatuan Bola Sepak Kedah kepada beliau.


"Belum rasmi lagi, tapi saya harap semuanya akan selesai dalam tempoh minggu ini," katanya 


Menurut Marco yang masih lagi berada di negara kelahirannya itu, beliau menjangkakan KFA akan mengemukakan tawaran kontrak kepadanya dalam minggu ini.


"Saya fikir begitu," katanya mengulas mengenai perbincangan terkini antara pihaknya dengan KFA.


Kedahnews.com sebelum ini mengemukakan pandangan ramai supaya KFA mencari jalan membawa pulang Marco sebagai Ketua Jurulatih Kedah ekoran keputusan Mohd Nidzam Adzha yang sedia melepaskan jawatan dan terlibat sebagai penolong ketua jurulatih.


Pandangan tersebut menerima maklum balas positif dari majoriti penyokong Lang Merah dan berharap agar KFA segera menghubungi Marco bagi tujuan tersebut.


Kedahnews.com kemudian mengambil inisiatif menghubungi Marco di Madrid bertanyakan sama ada beliau sedang terikat kontrak dengan mana-mana pihak, namun bekas penolong ketua jurulatih Atlethico Madrid itu menjelaskan beliau tidak terikat dengan sebarang kontrak.


Ahli Lembaga Pengarah ECK Group Sdn Bhd, Ginney Chew, kemudian turut berusaha untuk merealisasikan harapan ribuang penyokong Hijau Kuning dengan membawa cadangan tersebut lebih serius kepada Presiden KFA, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


Ginney turut meminta semua pihak terutamanya penyokong supaya tidak mudah mempercayai desas-desus gosip bola sepak mengenai pasukan Lang Merah melainkan kenyataan rasmi yang sah dari KFA.


Beliau sebelum itu mengecam segelintir penyokong bola sepak Kedah yang dianggap biadap terhadap Ahmad Bashah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam.


Sumber : Kedahnews

Share:

Ahad, 26 November 2017

(VIDEO) : Bolasepak atau "Wayang"












Bolasepak adalah sukan yang diminati oleh semua lapisan masyarakat tidak kira lelaki,wanita ataupon kanak-kanak.

Tetapi Bolasepak juga adalah "Drama" atau "wayang" untuk seseorang individu itu cuba meraih perhatian pengadil bagi mendapatkan foul ataupon untuk membolehkan seseorang team lawan mendapat amaran atau pon kad. 

*hat ni admin bagi 100 bintang,pandai betoi dia wayang *

Jom kita lihat video ini...

Lihat video disini : KLIK DISINI

Share:

Rabu, 22 November 2017

Cario Zanardi




Pencapaian yang ditunjukkan oleh Zanardi, 44 tidak kurang hebatnya apabila di antara tahun 2013 hingga 2015 membawa pasukan Bawah 17 Tahun Brazil beraksi di pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 Tahun.

Sepanjang melatih pasukan tersebut, beliau turut bekerjasama dengan ramai ketua jurulatih terkemuka dunia antaranya Carlo Ancelotti, Louis van Gaal, Luiz Felipe Scolari, dan Fabio Capello.





Share:

"Lihat dan Tunggu Keputusan Dari KFA" - Ramon Marcote




RATA-rata penyokong percaya bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote akan kembali mengemudi pasukan tersebut musim hadapan selepas seorang lagi calon pilihan, Mario Gomez mengakui beliau bukan lagi pilihan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Sebelum ini Gomez yang merupakan bekas Ketua Jurulatih JDT mendedahkann beliau sudahpun dihubungi KFA dan menyatakan bahawa persatuan tersebut mempunyai calon pilihan lain dan keputusan itu muktamad.

Akhbar sebelum ini melaporkan Gomez sudahpun mencapai keputusan mengenai gajinya bersama Hijau Kuning dan menyerahkan keputusan penuh kepada KFA untuk membuat keputusan rasmi.

Bagaimanapun, Marcote ketika dihubungi masih lagi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut walaupun melihat salah seorang calon jurulatih sudahpun terkeluar dari senarai pilihan.

"Lihat dan tunggu sahaja tentang keputusan penuh (pemilihan ketua jurulatih baharu Kedah 2018) dari KFA," katanya ringkas kepada Sinar Harian melalui Facebook Messenger semalam.

Bagaimanapun menurut sumber lain, difahamkan KFA masih lagi mempunyai seorang calon pilihan lain selain Marcote iaitu jurulatih pembangunan bolasepak dari Brazil, Caio Zanardi. - BACA SELANJUTNYA



Sumber : SinarHarian
Share:

Ahad, 19 November 2017

[VIDEO] Ken Ilso Memories In Kedah FA 2017



Kehebatan penyerang utama kedah 2017 Ken Ilso Larsen yang merjaya mencipta nama di bumi darul aman amatlah dihargai.kehadiran Ken di kem kedah diperlukan untuk memperkuatkan serangan lang merah..

Musim 2018 penyokong lang merah tidak akan lagi melihat kelibat penyerang di atas padang.


#BIAR JASA JADI KENANGAN

( VIDEO )


Share:

[VIDEO] Liridon Krsniqi Skill Goals Assist Kedah FA





Semua sedia maklum pemain kesayangan bagi lang merah Liridon Krasniqi amatlah penting di dalam padang bagi mengerakkan rakan-rakan pasukan..ia umpama nadi didalam padang..






Share:

Khamis, 16 November 2017

Mario Gomez Jurulatih Baharu Kedah ???





NAIB juara Piala Malaysia, Kedah sedang menimbang untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez bagi membimbing pasukan itu musim depan.

Pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sudah menghubungi pengendali kelahiran Argentina berusia 60 tahun itu dua hari lalu untuk menyatakan tawaran membimbing skuad lang merah..

Mengesahkan perkembangan itu Gomez berkata, beliau berminat untuk kembali semula ke kancah bola sepak Malaysia dan sudah menyatakan persetujuan kepada KFA.


*BACA SELANJUTNYA :


“Saya sekarang menunggu keputusan daripada Kedah, kami sudah berbincang dua hari lalu dan saya tidak ada masalah dengan tawaran kontrak itu.

“Cuma kami tidak berbincang secara terperinci tapi saya sudah bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,” katanya yang dihubungi di Argentina, hari ini.



KFA sedang mencari calon untuk mengambil alih tugas Mohd Nidzam Adzha Yusoff yang menyatakan secara terbuka meminta majikannya mencari jurulatih lebih berpengalaman bagi melatih Kedah selepas mereka tewas kepada JDT 0-2 pada final Piala Malaysia awal bulan ini.

Dan Gomez antara calon terbaik untuk melatih skuad Helang Merah berdasarkan pencapaiannya bersama JDT selama dua tahun dengan merangkul Piala AFC 2015, Liga Super 2015, 2016 dan Piala FA 2016.






“Saya memang berminat membimbing Kedah kerana mereka pasukan yang memiliki sejarah tersendiri, sentiasa bersaing merebut kejuaraan dan ada perancangan,” kata Gomez yang mendedahkan tidak menerima tawaran pasukan lain selain Kedah setakat ini.

Bagaimanapun selain Gomez, bekas pengendali Kedah musim 2015, Ramon Marcote turut berada dalam senarai KFA bagi melatih pasukan juara Piala FA itu.



Sumber : HarianMetro

Share:

Kedah FA Akan Umum Jurulatih Baru Hujung Bulan November Ini




Persatuan Bolasepak Kedah akan Umum ketua jurulatih baru musim 2018 pada hujung bulan November ini..Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan menjadi ketua jurulatih untuk pasukan lang merah 2018..







Share:

KFA Mahu Jumpa Presiden FAM



KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terpaksa menggunakan 'talian hayat' terakhir bagi memastikan impian mereka untuk beraksi di saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan tidak berkubur dengan memohon bantuan secara terus daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber yang boleh dipercayai, KFA akan cuba membuat rayuan menerusi pertemuan secara tertutup bersama Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

"Pihak KFA bercadang untuk bertemu Tunku Ismail sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah ini dan berkemungkinan hanya ini saja jalan yang ada bagi memastikan Kedah dapat beraksi dalam saingan Piala AFC tahun hadapan.

"Berkemungkinan besar lokasi perjumpaan ialah di Kuala Lumpur namun tarikh dan masa terpaksa dirahsiakan," kata sumber terbabit ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, KFA yang berdepan dua isu besar sepanjang minggu lalu menerima satu lagi tamparan hebat semalam apabila tempat Helang Merah pada Piala AFC musim depan akan diserahkan kepada Pahang.

Menurut sumber dalaman FAM itu, kegagalan KFA melepasi syarat Pelesenan Kelab FAM/AFC dalam tempoh ditetapkan menyaksikan slot automatik selaku juara Piala FA musim ini akan diisi Pahang selaku naib juara Liga Super.

Bagaimanapun, KFA masih belum menerima sebarang makluman rasmi mengenai status skuad Helang Merah untuk menyertai kejohanan terbabit apabila Naib Presidennya, Datuk Badrol Hisham Hashim menyatakan badan induk itu sedia membuat rayuan semula berhubung kriteria ditetapkan untuk mendapatkan lesen Piala AFC sekali gus memastikan slot automatik selaku juara Piala FA kekal milik Kedah.

Pada masa sama, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menjelaskan bahawa keputusan mengenai dua pasukan yang bakal mewakili Malaysia dalam saingan terbabit bagi musim depan akan diketahui dalam masa terdekat selepas wujud kekeliruan mengenai status Kedah yang difahamkan gagal melepasi syarat pelesenan AFC.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, walaupun skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu berjaya mendapatkan lesen FAM untuk bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, ia tidak bermakna mereka turut layak beraksi dalam kancah Piala AFC.

BACA SELANJUTNYA :
-->> Dapat Lesen FAM,Tak Bermakna Lulus Lesen AFC



Sumber : BeritaHarian
Share:

Dapat Lesen FAM Tak Bermaksud Lulus Lesen AFC

Kevin Ramalingam
Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP)


KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai dua pasukan yang bakal mewakili Malaysia dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan akan diketahui dalam masa terdekat selepas wujud kekeliruan mengenai status pasukan Kedah yang difahamkan gagal melepasi syarat pelesenan AFC.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, walaupun skuad Helang Merah berjaya mendapatkan lesen Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk bertanding dalam saingan Liga Malaysia musim depan, ia tidak bermakna mereka turut layak beraksi dalam kancah Piala AFC.

"Sebelum ini jawatankuasa rayuan sudah meluluskan lesen FAM untuk Kedah beraksi dalam Liga Super musim depan. Tapi lesen AFC tidak dinyatakan.

"Jika benar Kedah tiada lesen AFC, maknanya memang betullah mereka tidak boleh beraksi di Piala AFC.

"Tapi semua itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Saya tidak boleh memberi komen lanjut kerana kami hanya menguruskan pasukan untuk mendapatkan lesen, tapi pihak yang akan meluluskannya adalah jawatankuasa kelab dan pelesenan FAM," katanya, hari ini.

Menerusi pendedahan semalam, difahamkan kemungkinan tempat Kedah dalam saingan Piala AFC akan diserahkan kepada naib juara Liga Super musim ini - Pahang - susulan kegagalan juara Piala FA itu memenuhi syarat lesen AFC.

Berikutan tarikh akhir pengesahan kepada AFC bakal berakhir minggu ini, hampir pasti juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang mengisi slot berkenaan.

"Apa jua keputusan jawatankuasa FAM itu, kita kena hormat. Itu saja yang boleh saya katakan.

"Mungkin ada penyokong yang tidak akan berpuas hati dan sebagainya, tapi saya harap semua dapat terima.

"Diharapkan apa yang terjadi nanti boleh dijadikan iktibar untuk semua pasukan agar mengambil serius mengenai kepentingan pelesenan kelab kerana ia asas untuk kemajuan bola sepak kita," katanya.

Sumber : BeritaHarian

Share:

Rabu, 15 November 2017

Senarai Perpindahan Pemain Kedah Liga Super 2018





Berikut dikongsikan Senarai Perpindahan Pemain Kedah  Liga Super 2018

Perpindahan Jendela Pertama


Baca Selanjutnya :
-->> Senarai Perpindahan Rasmi Pemain Semua Team Liga Super 2018   ðŸ‘ˆ



KEDAH FA:
In:
Safuwan Baharuddin (PDRM) (sasaran)
Wan Zack Haikal (Felda United) (sasaran)
Brendan Gan (sasaran)

Out:
Fitri Omar (Kuala Lumpur) - RASMI
Ken Ilso (Released) - NA
Zac Anderson (Released) - NA
Syafiq Ahmad - NA

*Apa-apapun kita tunggu Keputusan Rasmi pada awal Juanari 2018.


Share:

Senarai Perpindahan Pemain Liga Super 2018



MUSIM perpindahan pemain untuk fasa pertama kini telah dibuka mulai 31 Oktober 2017 sehingga bulan Januari 2018 bagi kancah Liga Super Malaysia 2018. Musim perpindahan pemain ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap pasukan untuk memilih pemain yang terbaik untuk memperkuatkan pasukan masing-masing bagi mengharungi perlawanan Liga Super Malaysia 2018.

Mampukah pasukan JDT mengekalkan takhta liga pada musim 2018? Adakah pasukan Kedah, Felda United, Selangor dan Pahang mampu memberi cabaran?

Senarai Perpindahan Pemain Liga Super 2018

Berikut dikongsikan Senarai Perpindahan Pemain Liga Super 2018 yang akan dikemaskini dari masa ke masa:

Perpindahan Jendela Pertama

JDT FC: (ULISSES MORAIS)
In:
Harris Harun (Home United) (Loan Return)
Syamer Kutty Abba (Penang) (sasaran)
Syafiq Ahmad (Kedah) (sasaran)
S. Kumaahran (Penang) (sasaran)
Adam Nor Azlin ( Selangor) (sasaran)
Adib Zainuddin (Felca FC) (sasaran)
Matthew Davies (Pahang) (sasaran)
Martin Caceres > Bakal ke JDT (sasaran)
Charyl Chappuis > Bakal ke JDT (sasaran)
Jorge Pereyra Diaz > Bakal ke JDT (sasaran)

Out:
R. Gopinathan - NA
Azamuddin - NA
S. Chanturu - NA
Ghaddar - NA
Guerra (Promoted) - JDT II

KEDAH FA:
In:
Safuwan Baharuddin (PDRM) (sasaran)
Wan Zack Haikal (Felda United) (sasaran)
Brendan Gan (sasaran)

Out:
Fitri Omar (Kuala Lumpur) - RASMI
Ken Ilso (Released) - NA
Zac Anderson (Released) - NA
Syafiq Ahmad - NA

PAHANG FA: (DOLLAH SALLEH)
In:
Gopinathan (JDT) (sasaran)
N.Thanabalan (Felcra FC) (sasaran)
Akanni Sunday (UiTM FC) (sasaran)
Hafiz Kamal (Perak) (sasaran)

Out:
Wan Azraie (Terengganu) - RASMI
Saiful Nizam  (Released) - NA
Hae Jae-Won (Released) - NA
Nordin Alias (Released) - NA
Syahmim Yahya (Released) - NA
Joseph Kalang Tie (Released) - NA
Ashari Samsudin (Released) - NA
Nurridzuan Abu Hassan (Released) - NA

KELANTAN:
In:
Shakir Shaari (JDT) (sasaran)
Mohammed Ghaddar (JDT) (sasaran)
Fakri Shaarani (Kedah) (sasaran)
Sunil Chettri (Bengaluru FC) (sasaran)
Wan Zaharulnizam (Pahang) (sasaran)
Faiz Subri (Penang) (sasaran)
Yusef Elias Dolah  (Songkhla United) (sasaran)
Faiz Md Nasir (Terengganu) (sasaran)
Shahrul Idlan Talaha (Felda United) (sasaran)

Out:
Qayyum Marjoni (PKNS FC) - RASMI
Shahrizan Ismail (GK)  (Released) - NA
Daudsu Jamaluddin  (Released) - NA
Hasmizan Kamarodin (Released) - NA
Syihan Hazmi  (Released) - NA
Norhafiz Zamani Misbah  (Released) - NA
S Subramanian (Released) - NA
Aziz Ismail  (Released) - NA
Zairul Fitree Ishak  (Released) - NA
Khairul Izuan Rosli  (Released) - NA
S Thinagaran  (Released) - NA
Hattaphon Bun An (Released) - NA
Bako  (Released) - NA
Danso  (Released) - NA
Celin (Released) - NA
Gomis (Released) - NA

SELANGOR:
In:
Amirulhadi Zainal (JDT) (sasaran)
Mahali Jasuli (JDT) (sasaran)
Hazwan Bakri (JDT) (sasaran)
Amri Yahyah (M. U) (sasaran)
Evan Dimas (Import) (sasaran)

Out:
Bunyamin Omar - NA
Andik Vermansyah - NA
Fitri Syazwan - NA

MELAKA UNITED: (EDUARDO ALMEIDA)
In:
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan) (sasaran)
Evan Dimas Darmono (Bhayangkara FC) (sasaran)
Bunyamin Umar (Selangor) (sasaran)
Norhakim Isa (Perak) (sasaran)
S. Sivanesan (PKNS FC) (sasaran)
Mohammed Ghaddar (JDT) - RASMI

Out:
Marko Simic - NA
Felipe Almeida - NA
Jasmin Mecinovic - NA

PERAK: (MEHMET DURAKOVIC)
In:
Nurridzuan Hassan (Pahang) (sasaran)

Out:
Norhakim Isa (Melaka United)
Thiago Aguino (Retired)
Yashir Pinto - NA
Faton Toski (Free Agent) - RASMI
Zaquan Adha - NA
Shahrol Kalam - NA

KUALA LUMPUR: (FABIO MAGRAO)
In:
Fitri Omar (Kedah)(Free Transfer) - RASMI
Everton Heleno - RASMI
Safee Sali (PKNS) (sasaran)
Andik Vermansyah (Selangor) (sasaran)

Out:
Remezey Che Ros  (Released) - NA
Syazmin Firdaus (Released) - NA
Naufal Naim (Released) - NA
Arif Anwar (Released) - NA
Nicolas Dul (Released) - NA

PKNS FC:
In:
Jafri Chew (Penang) - RASMI
Qayyum Marjoni (Kelantan) - RASMI

Out:
G. Jeevanathan  - NA
Park Kwang il - NA
Azmi Muslim - NA
Patrick Wleh - NA
P. Rajesh - NA
Munir Amran - NA
Khairu Azrin - NA
Abdou Jammeh - NA
Bobby Gonzalez - NA
Fauzan Dzulkifli - NA
Azreen Zulkafali - NA
Abdul Ghani Rahman - NA
Khairul Ramadhan - NA
Affize Faisal - NA
Zamir Selamat - NA
Fabio Ferreira - NA
Nizam Abu Bakar - NA
Nor Haziq Haris - NA
Amirizdwan Taj - NA

TERENGGANU: (IRFAN BAKTI)
In:
Wan Azraei (Pahang)(Free Transfer) - RASMI

Out:
Amierul Hakimi (T-Team) - RASMI

T-TEAM: (RAHMAD DARMAWAN)
In:
Amierul Hakimi (Terengganu) - RASMI

Out:
Yannick N'Djeng (Released) - NA
Mamadou Samassa (Released) - NA
Hafidz Romly (Released) - NA
Ooi Shee Keong (Released) - NA
Ramzul Zahini (Released) - NA
Azrul Hazran (Released) - NA

*Dinyatakan perkataan RASMI sekiranya pemain sah membuat perpindahan.

Sumber : Myinfosukan

Share:

Penaja Utama Kedah Bersedia Cadangkan Ramon Marcote Kepada KFA




PENAJA utama pasukan Kedah, ECK bersedia  mencadangkan nama bekas penolong pasukan tersebut, Ramon Marcote kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) untuk mengendalikan pasukan itu bagi musim 2018.

Ketua Pegawai kewangan ECK, Puan Sri  Ginney Chew berkata, beliau akan membawa perkara tersebut ke peringkat pengurusan tertinggi KFA sekiranya cadangan di Facebook rasminya, Ginnew Chew disukai 25,000 orang.

Semalam beliau memuatkan status 'What do u think ??? I need 25,000 like .


I will try my best . Prove to KFA u all want Ramon Marcote Pequeno 'Marco'. Ada cabaran barulah ada kejayaan'.

Setakat jam 12 tengah hari ini tulisannya itu disukai lebih 16,000 orang.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian melalui Facebook Messenger mengakui perkara tersebut untuk melihat sokongan terhadap Marcote terutamanya dari penyokong Lang Merah sendiri.

Marcote yang pernah bersama Kedah pada 2015 antara jurulatih yang dilaporkan berminat untuk kembali ke pasukan itu selain bekas Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez.

KFA kini sedang memburu ketua jurulatih baharu selepas pengendali sedia ada, Mohd Nidzam Adzha Yusof mahu kembali ke jawatan penolong jurulatih musim hadapan.

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa calon dan pengendali baharu Kedah dijangka diketahui pada penghujung bulan ini.

Sumber : Sinar
Share:

Penaja Utama ECK Bakal Bertemu Presiden KFA




PETALING JAYA: Pengarah ECK Sdn Bhd Puan Sri Ginney Chew bakal bertemu Presiden Bola Sepak Kedah (KFA) untuk berbincang mengenai jurulatih Ramon Marcote.

Pada Isnin malam Ginney memuat naik status di laman Facebooknya untuk mendapatkan 25,000 tanda suka (like) untuk membawa masuk Ramon Marcote.

BACA : Penaja Utama Kedah Bersedia Cadangkan Marcote Kepada KFA

Sehingga pukul 8 malam Selasa, tanda like sudah mencecah 26,000
Ginney berkata, inisiatif yang diambil ini adalah untuk merealisasikan harapan penyokong setia sekaligus melihat bekas penolong jurulatih skuad Helang Merah itu kembali bersama Kedah.




"Terima kasih kepada seluruh rakyat dan penyokong Kedah yang sentiasa menyokong dan setia bersama pasukan Kedah .. Anda semua sudah membuktikan bahawa bola sepak dapat menyatu padukan semua orang.

"Saya dan Tan Sri ECK (suami) akan berjumpa dengan presiden (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah).
"Saya sudah melihat latar belakang jurulatih Marco (Marcote) dan mendengar permintaan ramai penyokong Kedah untuk melihat dia jadi jurulatih di sini.

"Bagi saya tidak ada salahnya untuk kami membantu KFA mendapatkan jurulatih terbaik dan memenuhi kehendak penyokong," ujarnya kepada mStar Online.
Jelas Ginney, beliau juga sudah bercakap dengan Marcote.




"Saya ada bercakap dengan Marco dan dia bersedia untuk datang kembali ke Kedah. Cuma dia ada beritahu saya, KFA tidak ada berhubung untuk berbincang perkara ini.

"Setahu saya, gaji yang diminta itu bersesuaian kerana baginya sokongan peminat adalah lebih penting.

"Marco juga ada memberitahu bahawa, dia tidak pernah menerima sokongan berterusan seperti mana yang diberi oleh penyokong Kedah terhadapnya walaupun telah meninggalkan pasukan ini," jelas Ginney.

Dalam masa Ginney,39, memberitahu sebagai anak Kedah beliau teruja untuk membantu pasukan bola negeri ini.

"Suami saya memang minat bola. Manakala saya sebelum ini hanya menonton di televisyen.

"Tetapi sejak beberapa kali hadir ke stadium melihat mereka bermain, semangat atau aura memang sangat berbeza.

"Sukar saya nak bagitau macam mana. Yang pasti sekarang perasaan sangat lain.
"Sebagai penaja, sudah pasti saya mahukan terbaik untuk penyokong Kedah. 

Mungkin akan baik pulih kemudahan di stadium terutamanya tandas.
"Saya akan minta tolong presiden untuk perkara ini. Apa pun yang kami buat akan berbincang dengan beliau terlebih dahulu," jelasnya.

Sumber : mStar
Share:

Khamis, 9 November 2017

KFA Tunggu Surat Permohonan Dari Gomez dan Marcote ..



Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dikatakan berminat mahu membimbing pasukan Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. Turut menyatakan hasrat untuk membimbing Kedah ialah bekas jurulatihnya, Ramon Marcote.

Namun bagi pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low menyifatkan Mario Gomez lebih sesuai untuk membimbing skuad Helang Merah jika dibandingkan dengan Ramon Marcote.

Jeffrey memberitahu pengalaman Gomez ketika membimbing bekas pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi faktor utama berbanding Marcote yang tidak pernah memiliki pengalaman mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmo, jurulatih Kedah ketika ini, Mohd Nidzam Adzha memberi bayangan akan melepaskan jawatanya selepas gagal membantu Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas.

Mohd. Nidzam meminta pengurusan KFA segera mencari ketua jurulatih baharu supaya perancangan pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Situasi itu telah menarik minat Gomez dan Marcote yang berhasrat dapat mengisi jawatan itu jika Mohd Nidzam benar-benar serius akan meninggalkan pasukan Kedah untuk memberi peluang kepada muka baharu.



Bagaimanapun Jeffrey berkata, pihaknya sedia berunding dengan mana-mana calon berminat dengan juara lima kali Piala Malaysia tersebut tetapi pada masa sama memaklumkan belum ada sebarang permohonan rasmi daripada kedua-dua jurulatih asing terbabit.

Jika mereka (Gomez dan Marcote) berminat, perlu hantar surat (permohonan). Kita mungkin boleh berbincang apa yang beliau mahu selaras dengan kedudukan kewangan KFA.

“Sesetengah jurulatih menghantar permohonan dan kami akan teliti setiap permohonan itu. Jika Gomez berminat, tiada masalah tapi kena hantar permohonan.

“Jika ditanya pendapat saya, Gomez lebih sesuai kerana beliau memiliki pengalaman sebagai ketua jurulatih berbanding Marcote yang sebelum ini menjadi pembantu sahaja dan tidak pernah menjadi ketua jurulatih. Namun, buat masa ini Nidzam kekal sebagai jurulatih Kedah.

“Seperti saya katakan tadi, hantar surat permohonan. Kemudian, kita berbincang mengikut apa yang kelab ini mahukan sesuai dengan perancangan pada musim depan,” katanya kepada Kosmo!.


Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau yang sebelum ini turut menjadi buruan Selangor PKNS tanpa berselindung mengakui berhajat menjadi pengendali skuad Helang Merah jika diberikan peluang kerana jurulatih kelahiran Argentina itu terdesak membuat penampilan semula pada Liga Malaysia (Liga M).

“Sudah pasti saya berminat. Saya pernah menyaksikan mereka bermain pada Januari lalu dan saya juga tahu JDT baru menang Piala Malaysia.



“Kedah merupakan pasukan yang kuat dan memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya masih ingat pemain mereka yang bernombor 8 (Liridon Kasniqi) adalah seorang pemain yang cukup hebat,” katanya

Hasrat tersebut juga turut diluahkan oleh Marcote yang mahu membuat penampilan semula di negara ini selepas jurulatih kelahiran Sepanyol itu pernah membimbing pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015.


Sumber : Kosmo
Share:

"Tidak Ada Sebab Saya Berpindah Kerana Kedah Juga Pasukan Hebat" - Ifwat Akhmal




PETALING JAYA: Penjaga gol muda yang menjadi perhatian, Ifwat Akmal Che Kassim mendedahkan masa depannya bersama skuad hijau kuning untuk musim depan.

Bintang muda Kedah berusia 21 tahun ini sememangnya bertuah kerana berpeluang beraksi di pelbagai pentas besar bersama skuad negerinya.

Malah dia juga merupakan penjaga gol kebangsaan Bawah 22 Tahun.

Jelas Ifwat dia bersyukur dengan penampilannya musim ini, lebih-lebih lagi dalam Liga Malaysia bersama Helang Merah.

"Pembukaan yang baik musim ini apabila kami merangkul juara Piala Sumbangsih, seterusnya Piala FA.

"Tetapi saya agak kecewa kerana gagal mempertahankan Piala Malaysia minggu lalu.

"Bagaimanapun itu bukan noktah untuk saya terus bersedih dan yakin semua itu pengalaman berguna untuk saya menjadi lebih baik," ujarnya kepada mStar Online.



Ifwat tidak menafikan, berdasarkan prestasi semasa, terdapat beberapa pasukan cuba mendapatkan khidmatnya.

"Ada tawaran dari pasukan pantai timur, tapi tak rasmi. Tapi saya masih lagi ada kontrak setahun dengan Kedah.

"Buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bertukar pasukan lagi.

"Saya akan habiskan kontrak dengan Kedah ini. Lagipun mereka (Persatuan Bola Sepak Kedah) telah memberi kenaikan gaji untuk pemain.



"Jadi tidak ada sebab saya berpindah kerana Kedah juga pasukan yang hebat," ujarnya yang  gembira dengan berita kenaikan gajinya itu.

Dalam pada itu, Ifwat tidak menafikan satu hari nanti dia mungkin akan cuba  mencari pengalaman bersama pasukan lain.

"Saya masih muda, sudah tentu ada perasaan ini menambah pengalaman. Tetapi apa yang pasti, jika berpindah pun bukan kerana duit.

"Faktor kekerapan bermain adalah keutamaan saya," jelasnya yang bakal menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun depan.


Sumber : mStar
Share:

7 Pemain Skuad Lang Merah Disogok RM 200,000 Seorang Pada Final Piala Malaysia 2017



ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) meminta mereka yang mempunyai bukti pemain Kedah menerima rasuah pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lepas, supaya tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata laporan itu penting bagi memastikan dakwaan dibuat itu benar, sekali gus tidak menjejaskan imej persatuan dan masa depan bola sepak Kedah.

“…yang tular berita ini, kalau ada bukti boleh buat laporan kepada SPRM, itu hak peminat dan orang ramai agar memudahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial, mengatakan tujuh pemain skuad Lang Merah disogok RM200,000 seorang pada perlawanan tersebut.

Ahmad Bashah berkata setiap dakwaan tanpa disertakan dengan bukti kukuh tidak boleh dipercayai sama sekali, justeru beliau meminta perbuatan sedemikian dihentikan segera.



“Selalu kalau orang ada benda itu (bukti) dia akan buat aduan…dia kena tampil dan buat laporan, bila dah kata ada bukti dan ada orang sanggup nak jadi saksi, saya minta teruskan supaya SPRM dapat bertindak buat siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kedah itu berkata selagi tiada sebarang keputusan daripada pihak jawatankuasa tertinggi persatuan berkenaan, beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden KFA seperti biasa.

“Permintaan daripada Pemuda UMNO semalam adalah apa dilihat mereka seolah-olah orang ramai tidak menghargai jasa presiden, itu pandangan mereka. Sebab itu mereka rasa agak terkilan kerana peranan presiden bukan mudah nak sampai tahap ke final dua kali berturut-turut, cuma kali ini kita tidak bernasib baik…sekarang saya di sini (KFA) masih lagi presiden,” katanya.

Semalam, Pemuda UMNO Kedah menggesa Ahmad Bashah mempertimbangkan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden KFA serta merta agar sukan bola sepak negeri ini tidak terus dijadikan sebagai bahan politik oleh pihak tertentu.

Selain Ahmad Bashah, Pemuda UMNO negeri itu juga memohon semua kepimpinan UMNO termasuk barisan exco negeri, yang menyandang jawatan dalam KFA supaya berundur.



Share:

Selasa, 7 November 2017

Mario Gomez atau Roman Marcote !! Kedua-dua minat latih kedah 2018




Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dan bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote menyatakan minat mahu membimbing pasukan Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmo, jurulatih Kedah ketika ini, Mohd Nidzam Adzha memberi bayangan akan melepaskan jawatanya selepas gagal membantu Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas.

Mohd. Nidzam meminta pengurusan KFA segera mencari ketua jurulatih baharu supaya perancangan pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Situasi itu telah menarik minat Gomez dan Marcote yang berhasrat dapat mengisi jawatan itu jika Mohd Nidzam benar-benar serius akan meninggalkan pasukan Kedah untuk memberi peluang kepada muka baharu.

Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Sudah pasti saya berminat. Saya pernah menyaksikan mereka bermain pada Januari lalu dan saya juga tahu JDT baru menang Piala Malaysia.

“Kedah merupakan pasukan yang kuat dan memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya masih ingat pemain mereka yang bernombor 8 (Liridon Kasniqi) adalah seorang pemain yang cukup hebat,” katanya kepada kosmo.

Mario Gomez


Kosmo turut melaporkan bekas jurulatih Kedah kelahiran Sepanyol, Ramon Marcote turut menunjukkan minat untuk kembali membimbing pasukan Kedah musim depan. Beliau pernah membawa pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015, namun tewas kepada Selangor 0-2.

Ketika itu, Tan Cheng Hoe sedang mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan Lesen A di China, sekali gus memberikan laluan buat Marcote untuk memikul tanggungjawab sebagai pengendali utama.

“Pengalaman di Kedah masih kuat di hati. Saya boleh mengingati setiap kenangan ketika bersama mereka dan pengalaman itu benar-benar berharga.

“Jika ada tawaran dari Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk kembali ke sana kerana suasana bola sepak Malaysia amat mengagumkan.

“Saya mahu kembali ke sana jika ada peluang, apatah lagi tawaran itu datang dari Kedah,” ujarnya.

Ramon Marcote


Sementara itu, pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah berkata KFA tidak perlu memandang jauh untuk mencari pengganti Nidzam dengan menamakan Azraai Khor Abdullah sebagai calon yang berkelayakan.

“Azraai pernah membawa Kedah melakukan ‘double treble’ pada 2007 dan 2008 serta membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia pada 2011.

“Kami yakin beliau masih mempunyai sentuhan untuk mengemudi Kedah kembali sebagai pencabar ketiga-tiga piala di samping menghadapi Piala AFC kelak. Nidzam pula boleh dikekalkan sebagai penolong jurulatih,” katanya kepada Berita Harian.

KEPDA juga berharap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak mengambil masa yang lama untuk melantik jurulatih baru sebagai persiapan awal menghadapi musim 2018.

Share:

Isnin, 6 November 2017

Tiba Masanya KFA Harus Bawa Ramon Marcote ke Negeri Jelapang Padi Sebagai Jurulatih Kedah





TIDAK dapat dinafikan bahawa tewas pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dan tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu merupakan satu keputusan yang agak mengecewakan ratusan ribu peminat Hijau Kuning di seluruh negeri.

Begitu juga dengan para pemain skuad Lang Merah dan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang sebelum ini bertungkus lumus cuba mempertahankan piala berprestij itu di bumi Jelapang Padi, namun takdirNya tidak menyebelahi kita.

Namun begitu, biar sepahit mana pun kekalahan 0-2 ditangan Johor Darul Takzim (JDT)semalam juga merupakan asam garam pertandingan dan perlu ditelan. Kedah sebelum ini berjaya menempu liku getir kancah bola sepak negara pastinya akan bangkit dari kelukaan ini.

Tamat sudah musim bola sepak pada tahun ini menyaksikan JDT tenyata membuktikan keunggulan pasukan Harimau Selatan itu konsisten dalam kelas yang tersendiri.

Namun Kedah juga harus berbangga kerana mampu memberi saingan sengit bermati-matian semalam.

Tahniah bagi kedua-dua pasukan!

Perjalanan Lang Merah bagaimanapun tidak akan terhenti meskipun tidak dapat mempertahankan Piala Malaysia musim ini. Banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan pasukan kebanggaan rakyat negeri Kedah itu bagi menghadapi musim akan datang, khususnya KFA sendiri.

KFA merupakan sebuah persatuan bola sepak yang telah lama ditubuhkan. Pengalaman berpuluh-puluh tahun menyaksikan jatuh bangun Lang Merah yang dulunya terkenal dengan skuad Kenari dan jolokan Hijau Kuning.

KFA pernah menjulang Kenari mahupun Lang Merah menjuarai banyak piala di negara ini. Antaranya ialah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Liga Perdana, Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Sumbangsih dan pernah menyertai Piala AFC walaupun hanya berjaya ke peringkat suku akhir pada 2008.

Namun begitu, keadaan terkini juga menyaksikan Lang Merah terpaksa berputih mata, melepaskan Piala Malaysia ke negeri paling selatan tanahair yang ternyata lebih hebat di atas padang. Bukan mudah untuk berdepan pasukan Harimau Selatan itu, bukan?



Rata-rata pengulas sukan memberikan komen yang agak setara, namun mengkritik jentera pertahanan Kedah yang agak longgar dan melakukan kesilapan sehingga membenarkan JDT membolosi gawang gol sebanyak dua kali, selain strategi yang kurang menyerlahkan kemampuan Kedah yang sebenar.

Pada pandangan kami, sudah tiba masanya untuk KFA mempertimbang bagi mengembalikan bekas penolong jurulatih Kedah, Ramon Marcote ke bumi Jelapang Padi untuk mengemudi Lang Merah menghadapi musim akan datang yang jelas lebih mencabar.


Kedah pada musim depan bukan hanya bakal berdepan saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia sahaja, namun turut bakal memberi saingan dalam kejuaraan Piala AFC mengiringi "Raja Bola Sepak Negara" yang terkini, Johor Darul Takzim (JDT).

Bukanlah ini bermaksud kita merendah-rendahkan kemampuan jurulatih tempatan, Nidzam Adzha Yusoff, namun ramai pihak yang berpandangan bahawa Marcote mempunyai pengalaman, ilmu dan keupayaan lebih baik daripada Nidzam.

Difahamkan bahawa Marcote memiliki lesen kejurulatihan UEFA PRO A yang dianggap cukup layak untuk menjadikan beliau sebagai Ketua Jurulatih Kedah. Malah lesen berkenaan lebih tinggi tarafnya berbanding lesen kejurulatihan yang dikeluarkan AFC.

Selain itu, Marcote juga difahamkan adalah merupakan lulusan Sarjana (Master) Sains Sukan dan mungkin sudah bejaya menamatkan pengajiannya dalam usaha mendapatkan ijazah kedoktoran dalam jurusan tersebut. Itu bermaksud, selain berpengalaman, beliau juga berilmu tinggi.



Bercakap mengenai pengalaman, cukup jelas Marcote telah membuktikan kemampuannya ketika bertugas sebagai Ketua Jurulatih skuad remaja untuk kelab ternama Sepanyol, Atletico Madrid, dan berjaya melahirkan bakat besar seperti Fernando Torres, Radamel Falcao, Sergio Aguero, David de Gea, Jorge Resurrección Merodio atau Koke, dan ramai lagi.

Pemain-pemain remaja di bawah kendalian Marcote itu kemudian berjaya dijual kepada kelab-kelab ternama dengan harga yang mahal sebelum beliau dilantik sebagai penolong juruatih bagi skuad utama kelab berkenaan.

Mengimbas kembali sentuhan Marcote ketika bersama Kedah sebelum ini, beliau sempat menurunkan ilmu hantaran pendek (short passes) "tiki taka" ala Sepanyol yang kemudian berjaya meningkatkan prestasi pasukan dalam hampir setiap perlawanan.

Berhubung kekangan kewangan yang heboh diperkatakan sebelum ini, maka mungkin KFA selaku persatuan yang bertanggungjawab dapat memikirkan dengan baik cara untuk mendapatkan dana yang mencukupi bagi menampung "keperluan" skuad Lang Merah ini.


Mungkin setelah tidak perlu memberikan bonus bernilai RM50,000 kepada Lang Merah ekoran gagal mempertahankan Piala Malaysia musim ini maka peruntukan tersebut boleh digunakan bagi mendapatkan khidmat Marcote, bukan?

Dengan reputasi Lang Merah selaku Naib Juara Piala Malaysia yang beraksi tiga kali berturut-turut dalam perlawanan piala berprestij, bakal mencabar Piala AFC pula pada musim hadapan dan ditambah pula keupayaan KFA menguruskan pasukan, ramai yang yakin KFA mampu mendapatkan khidmat Marcote sekali lagi.

Walau bagaimanapun, bukanlah mudah untuk mendapatkan khidmat Marcote seperti yang diperkatakan. Perlu juga difikirkan pelbagai aspek lain khususnya berhubung kontrak pemain dan anggota Lang Merah yang tepat untuk dikekalkan bersama Kedah.



Berat mata memandang, namun itulah hakikat dan cabaran yang perlu diambil oleh KFA setelah berakhirnya musim 2017 ini. Semoga KFA dipermudahkan urusannya dan semakin agresif meningkatkan prestasi pasukan kebanggaan anak Kedah ini.

Sumber :  Kedahnews.com
Share:

Khamis, 2 November 2017

Presiden FAM Kecewa Dengan Sikap KFA

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap layanan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada penyokong setia pasukan itu ketika jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, semalam.

Malah, Tunku Ismail menyarankan mana-mana individu berkenaan melepaskan jawatan disandang sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab dengan telus.

"Saya amat kecewa dengan sikap dan layanan diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah kepada penyokong setia mereka.

Penyokong yang beratur dan datang memberi sokongan setiap kali perlawanan di Stadium Darul Aman sebelum ini tidak dapat tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Sabtu ini.

"Tapi individu yang tiada kena mengena dengan bola sepak yang dapat tiket melalui saluran tertentu. Saya dimaklumkan hingga 6,000 keping tiket ditempah oleh orang tertentu dalam KFA.

"Saya harap individu seperti ini tidak perlu berada di persatuan bola sepak. Lebih baik berundur dan bagi orang yang layak mengutamakan penyokong dan dapat menjaga persatuan dengan tulus," katanya menerusi laman sesawang Johor Southern Tigers, hari ini.

Tunku Ismail bertegas beliau sering mengutamakan penyokong setia pasukan dan menolak permohonan 1,000 tiket oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya hanya memberikan 600 keping kepada jemputan khas.

Pada masa sama, Tunku Ismail berharap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan lalu kerana bola sepak adalah hak milik penyokong, bukannya individu tertentu.

"Saya juga dimaklumkan terdapat individu dalam parti politik yang bergaduh dan sabotaj antara satu sama lain berkenaan penjualan tiket perlawanan akhir. Siasatan sedang dilakukan mengenai perkara ini.

"Sekiranya tidak berlaku alhamdulillah, tapi jika didapati ia benar, bersedialah berjumpa dengan saya. Di Johor tiada tempat (buat) orang korupsi seperti ini. Bola sepak adalah hak milik rakyat dan bukannya untuk dipolitikkan.

"Saya harap semua persatuan dan kelab dapat belajar daripada kesilapan ini kerana penyokong adalah nadi kepada persatuan dan kelab bola sepak," katanya.


Sumber : BeritaHarianOnline
Share:

Rabu, 1 November 2017

"ORIGINAL" Dari Kedah






ALOR SETAR - Jika ditanya mengenai pasukan bolasepak mana yang menjadi pilihan jutaan peminat bolasepak di seluruh Malaysia, pastinya ramai yang akan memilih dan menyokong pasukan Kedah.

Jadi, pasukan mana pula yang menjadi pilihan anda pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di mana Kedah menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 November akan datang.

Rata-rata penyokong bolasepak tanah air memilih skuad Lang Merah kerana kualiti, keaslian dan ketulenan yang dimiliki mereka jika dibandingkan dengan JDT.

Jika dibandingkan dengan JDT, hampir kesemua pemain-pemain skuad Lang Merah adalah 'asli' dari Kedah, maknanya mereka memang anak Kedah.

Mereka dilatih dari usia setahun jagung dan diserap ke dalam skuad Kedah, jadi tidak hairanlah kenapa pemain Lang Merah semuanya muda-muda dan berasal dari negeri Jelapang Padi itu sendiri.

Senang cakap pasukan Kedah ini 'original' dan anak-anak Kedah sendiri yang bertungkus-lumus untuk menaikkan martabat bolasepak negeri mereka.

Berbeza dengan JDT di mana kebanyakkan pemain mereka adalah 'pemain yang dibeli' dan bukannya berasal dari Bangsa Johor.

Mungkin hanya pengalaman pemain yang membezakan antara pemain Kedah dan JDT, rintitan daripada JDT juga bakal kali menyertai perlawanan-perlawanan besar berbanding Kedah.

Namun begitu, keaslian dan pemain berasal dari negeri itu sendiri lebih besar maknanya demi membawa nama dan maruah negeri tersebut.

Disebabkan itu, anda sokong pasukan mana?? Penulis sokong Kedah kerana ia lebih melambangkan maruah bolasepak Malaysia, bermain dengan sepenuh hati dan bukannya banyak bermain 'drama',

#Pulunkedahpulun

Sumber : Kedahnews.com
Share:

"Jangan Pandang Rendah Keupayaan Kami" - Mohd Azraai Khor Abdullah(Bekas Pengendali Kedah)


Mohd Azraai khor Abdullah - Bekas Pengendali Kedah

TURUN selaku pasukan underdog bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan akhir Piala Malaysia, tidak menghadirkan gerun buat Lang Merah.

Bekas pengendali Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, Kedah memiliki pemain yang seimbang di semua posisi dan mampu mencatat kemenangan ke atas raja bola sepak Malaysia itu.

"Walaupun kami pasukan kampung tetapi kami kuat dan mampu setanding dengan raja bola sepak Malaysia itu.

"Saya yakin pemain sudah melakukan persediaan secukupnya dan mampu menang dalam perlawanan akhir itu nanti hasil gabungan pemain senior dan muda yang berkualiti dalam pasukan," katanya.

Beliau yang juga anak jati Alor Setar Kedah itu, yakin kemampuan pemain untuk membendung serangan agresif dan permainan pantas JDT berdasarkan perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Darul Aman baru-baru ini.

"Memang kita tahu JDT agresif dalam corak serangan mereka, tetapi perlawanan di Kedah tempoh hari apa jadi? Mereka langsung tak boleh tembusi pertahanan Kedah.

"Kedah juga juara Piala Sumbangsih dan Piala FA tahun ini selain juara bertahan Piala Malaysia. Jadi tiada alasan untuk Lang Merah gerun dengan mereka dan JDT tidak boleh pandang rendah keupayaan kami," katanya.      

Mengulas tindakan JDT yang melakukan provokasi melalui sentimen di laman Facebook rasmi mereka, kata Azraai, pemain Kedah tidak perlu ambil peduli tindakan pasukan itu sebaliknya menumpukan kepada perjua-ngan yang menanti mereka di Stadium Shah Alam.

"Bagi saya semua pemain telah matang dan ini kali ketiga Kedah berada di final Piala Malaysia. Setiap tahun skripnya tetap sama mesti ada provokasi dari pihak lawan.

"Dan pemain berjaya menangkis semua provokasi itu dengan baik dan memenangi Piala Malaysia tahun lalu," katanya.

Sumber : SinarOnline

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser