Ahad, 26 Februari 2017

Kedah Menambah Derita Pulau Pinang



Photo : Kedah FA




25 FEB 2017, Pada aksi perlawanan LigaSuper 2017 semalam kedah menambah derita pulau pinang apabila menewaskan pelawat dengan jaringan 3-1.
Pada awal babak pertama kedua-dua pasukan menunjukkan aksi berbalas serangan yang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-20 kedah dikejutkan oleh pelawat apabila menjaringkan  gol hasil jaringan Faiz Subri.Kegembiraan pulau pinang tidak lama apabila kedah membuat serangan balas dan akhirnya kedah berjaya menjaringkan gol pernyamaan hasil jaringan pemain bek kiri kedah iaitu Fitri Omar pada minit ke-22.

Pada separuh masa kedua kedah nampak begitu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rentak kemenangan di laman sendiri,dan akhirnya pada minit ke-75,pemain gantian Syafiq Ahmad berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Kedah hasil sepakkan percuma yang diambil oleh Baddrol Bahtiar.

Liridon Krasniqi tidak terlepas untuk mencipta nama selaku penjaring,apabila berjaya melepaskan sepakakan padu di luar petak penalti pada minit ke-86 sekali gus menghadiahkan gol ke-3 buat penyokong kedah dan juga keluarga beliau yang turut berada di Stadium Darul Aman semalam.Kedah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 6 perlawanan Liga Super 2017.Kedah menang 3-1 .











Share:

Isnin, 20 Februari 2017

KEDAH Kebal Di Kota Baharu



"Cheng Hoe puji semangat juang anak buah atasi kelantan"

Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe kagum dengan anak buahnya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan kelantan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke - IV.
Beliau berkata,percaturan taktikal yang dirancang membuahkan hasil apabila terpaksa berdepan dengan situasi empat tongak utama iaitu Liridon Krasniqi,Sandro Da Silva,Syazuan Zainon dan khairul Helmi Johari yang tidak dapat beraksi.

"Pemain muda yang mengalas tugas kali ini beraksi dengan keyakinan tinggi dan mereka bangkit membuktikan kemampuan pasukan yang kini menjadi pendahulu Liga Super 2017."Mereka berjuang bersungguh-sungguh dan tidak mudah mengalah walaupun diasak di kubu lawan yang memang menjadi kubu kuat pasukan The Red Warriors dan mereka juga menunjukkan semangat tinggi bermain secara sepasukan dan walaupun tanpa tonggak utama,"katanya,

Menurutnya ,Syawal Nordin yang mengantikan Khairul Helmi di benteng pertahanan dan menurunkan Amirul Hisyam Awang Kecik dibahagian tengah bergandingan dengan Baddrol Bahtiar bagi mengantikan Liridon Krasniqi dan Sandro ternyata memberi impak positif.Selain ini,dua pemain berpengalaman dan pernah mewakili kelantan iaitu Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani juga diturunkan dalam perlawanan ini.

"Perlawanan agak seimbang antara kedua dua pasukan pada babak pertama namun memasuki babak kedua pemain berjaya mengubah suasanan dengan meningkatkan tekanan ke kubu pertahanan kelantan".Baddrol menyempurnakan Gol tunggal perlawanan itu menerusi sepakkan penalti pada minit ke -81,apabila Syafik Ahmad dijatuhkan dalam petak penalti.

Selain mengekalkan rekod tanpa kalah,Kedah juga akhirnya berjaya mencipta kemenangan pertama di tempat lawan musim ini selain menjadi peneraju Liga dengan mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan.


Sumber : Harian Metro

Share:

Selasa, 14 Februari 2017

Selesa Dengan Falsafah Kami - Tan Cheng Hoe



Tan Cheng Hoe ketika ditanya oleh ESPN FC berkata pasukan kemdalian beliau Kedah semakin konsisten dan selesa dengan corak mereka tampilkan.Bercakap kepada ESPN,Cheng Hoe berkata banyak pasukan berjaya di sekitar liga eropah mengamalkan permainan corak hantaran pendek.Namun  tegas Cheng Hoe,beliau tidak menyamakan Kedah dengan mana-mana pasukan lain cuma beliau mahukan Kedah meneruskan permainan dengan kaedah begitu..




Kata Cheng Hoe ( "saya tidak menyamakan Kedah seperti mana-mana pasukan (yang bermain hantaran pendek) namun kami mesti berinspirasi dan harus menyesuaikn diri bermain dengan keadaan aeperti itu juga.)


Tambahan Cheng Heo lagi ( Untuk menjadi seorang Juara,kemenangan ditempat sendiri adalah amat penting dalam pemburuan kejuaraan Liga)

Share:

Ahad, 12 Februari 2017

Tok Gajah Tersungkur DiDarul Aman


KEN ILSO LERSON membuktikan beliau layak menjadi penyerang kedah pada musim ini.beliau membantu kedah memenangi perlawanan semalam dengan menyumbat 2 gol menerusi lorongan cantik liridon krasniqi dan fakri..

Gol yang dicari kedah hasil Pada penghujung babak pertama apabila rembatan Baddrol Bahtiar memecah jaringan dan mencipta nama selaku penjaring pertama hasil gerakan cantik Liridon Krasniqi melorongkan kepada Beliau.Gol kedua dijaringkan oleh penyerang sensasi kedah Ken Ilso pada minit ke-66 hasil lorongan kemas Liridon Krasniqi.Tersentak dengan gol kedua kedah,Pahang menambah luka apabil Farhan roslan menambah gol ke 3 buat kedah pada minit ke-74.

Pahang akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan kedah dengan menjaringkan 1 gol menerusi pemain import Matheis Alves pada minit ke-89,Namun selang seminit,kedah merobek gawang pahang sekali lagi menambah gol keempat yang dihasilkan oleh Ken Ilso pada minit ke-90.Kedah menang 4-1 di laman sendiri dan mengutip 3 mata penuh.




Video Highlight : Kedah 4-1 Pahang
Share:

Rabu, 8 Februari 2017

Adakah Ken Ilso mampu menambah koleksi Gol ?



KEN ILSO LARSEN membuktikan beliau boleh menjaringkan 1 gol pada perlawanan sebelum ini menentang Felda United di jengka tempoh hari.Ini membuktikan beliau sudah mendapat keserasian di darul aman.Dengan ini para penyokong lang merah berharap ken ilso pada perlawanan akan datang bertemu pahang FC beliau boleh membantu skuad Lang Merah meraih kemenangan 3 mata di Laman Sendiri iaitu stadium darul aman dan membolehkan beliau menambah kokeksi gol untuk diri sendiri.






Kedah lwn Felda United

Sumber : you tube

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser