Jumaat, 25 November 2016

AZMEER YUSOF TINGGALKAN KEDAH..




AZMEER YUSOF #25
Pertahanan kedah


Assalmualaikum & salam sejahtera

Seperti yg sedia maklum bahawa saya telah menandatangani dengan pasukan kuala lumpur adalah benar.Berat untuk sya buat keputusantetapu inilah lumrah bolasepak.saya minta maaf kepada semua kerana tidak dapat menavur bakti lagi untuk pasukan kedah.keputusan saya ini betul-betul terpaksa.Bukan kerana wang ringgit dan juga bukan kerana nama.Jika kerana wang ri ggit dan juga nama,saya pilih pasukan lebih besar.

Saya memilih Kuala Lumpur kerana saya tidak sanggup utk bertemu dengan pasukan kedah.Biarlah setahun saya tidak akan bertemu dengan pasukan kesayangan saya iaitu kedah.Saya juga mendoakan agar tidak bertemu langsung dalan kejohanan Piala FAdan juga Piala Malaysia.Amin...

Berbulan berjauhan dengan keluarga bukan mudah untuk saya atasi.Mungkin mudah pada orang lain tetapi tidak mudah untuk saya.Saya meletakkan keluarga saya mendahului segalanya.Ini FAKTOR sebenarnya mengapa saya menolak tawaran dari Kedah FA.

Saya pasti semua orang akan perasan dengan persembahan saya selepas kalah dngan JDT 5-0 di karkin.Selepas itu sayabterus dihukum apabila saya melakukan hanya satu kesilapan.Persembahan saya semakin merosot.Setiap ahari saya berusaha untuk dapatkan semula persembahan terbaik saya,tetapi saya tidak tahu kenapa semakin hari semakin merosot.Semakin hari keyakinan diri saya semakin berkurangan.Tambah pula dengan komen-komen negetif dari penyokong terhadap saya,saya bertahan dan terus bertahan.Tapi saya manusia biasa.Allahuakbar....jerit perih,penat lelah saya bagi segalanya untuk pasukan kedah.

Beberapa perlawanan saya memanaskan di bangku simpanan.Sewaktu itu Arif Farhan menunjukkan prestasi yang sangat baik.Sehinggalah beliau mengalami kecederaan barulah saya dapat masok semula sebagai pemain utamasehingga perlawanan Akhir Piala Malaysia. Di situ saya tidak nampak kesebelasan utama tahun depan akan jadi milik saya selepas Ariff Farhan sembuh nanti.

30 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utaman,4 perlawanan masuk sebagai gantian,3 perlawanan tiada dalam pasukan,2 perlawanan duduk di bangku simpanan,1 gol untuk FA Cup. What a amazing experience!  (Ini adalah kiraan amatur )

Saya datang ke bumi Darul Aman dengan pertanyaan siapa Azmeer Yusof.Kini saya tinggalkan bumi DarulAman dengan ucapan tahniah dan terima kasih dari semua orang.Terima kasih,Alhamduillah. .

Terus menyokong pasukan kedah.Pasukan ini akan pergi lebih jauh selepas ini.Pasukan ini akan dapat lebih banyak kejayaan selepas ini.

Untuk ahli kejurulatihan pasukan kedah terutamanya Coach Tan,terima kasih memberi peluang kepada saya untuk bersama dengan pasukan Juara.Terima kasih memberi ruang kepada saya untuk merasai nikmag bersama oasukan terbaik Malaysia,dan terima kasih juga kerana telah  ubah mentiliti kami sebagai pemain 'kampung' yang sebelum ini hanya tahu bermain 'long ball' .Jika semua coach berperanan seperti Coarch Tan,saya percaya dan tidak mustahil kancah bolasepak Malaysia aka lebih menarik utk ditonton.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawaj kedah FA dan kepada semua penyokong pasukan kedah.Maafkan saya selama saya berada di numi DarulAman mahupun di mana saja.Saya mohon amoun segalanya.

Kedapa yang membenci saya,yg tidak suka sya,yg tidak yakin dengan persembahan saya selamasaya mewakili pasukan kedah,inilah masanya anda semua meraikan ketidaan saya bersama kedah.Tahniah kepada anda kerana salah satu impian hidup anda tercapai untk lihat Azmee Yusof keluar dari pasukan kedah.

Biar Jasa Jadi Kenangan.saya meninggalkan kedah FA dengan kebanggan semua orang sya meninggalkan kadah FA dengan kejayaan untuk pasukan.Saya meninggalkan kedah FA dengan satu Piala yg di idamkan oleh semua rakyat kedah,iaitu Piala Malaysia.

Kepada pemain-pemain yang sudah mula menutup aurat di dalam pasukan kedah ketika  bermain saya doakan untuk diri saya dan anda terus istiqamah.Jaga solaf,tutuplah aurat,percayalah,kita kita jaga perintah Allah,Allah akan jaga kita baik dalam padang mahupun di luar padang.In Syaa Allah.

Tiada yang pahit sepanjang saya berada di kedah,segalanya indah.sehingga kita beryemu lagi di lain hari,In Syaa Allah..
Share:

Isnin, 7 November 2016

Rumusan Dari Lagenda Bola Sepak Kedah AKMAL RIZAL RAKHLI Bagi Musim 2016

AKMAL RIZAL AHMAD RAKLI
Gambar : Dunia Sukan

TAHNIAH JDT DAN KEDAH


Tahniah kepada pasukan JDT yang masih menjadi pasukan terbaik di Malaysia ketika ini dengan memenangi Piala Sumbangsih,Piala FA, Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala AFC..

Tahniah jugak buat pasukan KEDAH yang berjaya menjadi Juara Piala Malaysia 2016,Tempat ke-3 Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala FA..

Ternyata Kedah sudah berjaya menempatkan diri mereka kembali  dalam kelompok Elit pasukan di Malaysia.Kejayaan Kedah bagi saya adalah hasil ilham dan perubahan yang dimulakan oleh Mantan Presiden KFA iaitu DATO' SERI MUKHRIZ BIN MAHATHIR bermula pada tahun  2013.Ternyata apa yang beliau lakukan telah membawa kejayaan demi kejayaan buat pasukan kedah dan kini kembali pencabar utama bola sepak Malaysia...

   Ini adalah pemain pilihan saya untuk 2016  hasil dari pemerhati saya.


   > Pemain Tempatan <

PENJAGA GOL - IZHAM TARMIZI ( JDT )
PERTAHNAN - RIZAL GHAZALI ( KEDAH )
TENGAH - SYAFIQ RAHIM ( JDT )
PENYERANG - HAZWAN BAKRI ( SELANGOR )

PEMAIN MUDA - AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK ( KEDAH )

  >Pemain Import <

PERTAHANAN - MARCOS ANTONIO ( JDT )
TENGAH - ZAH RAHAN ( FELDA UNITED )
PENYERANG - PEREYRA DIAZ ( JDT )

JURULATIH TERBAIK - TAN CHENG HOE ( KEDAH )
PEMAIN TERBAIK - RIZAL GHAZALI ( KEDAH )



Share:

THIAGO AUGUSTO SEDANG MELALUI DETIK BAHAGIA

THIAGO AUGUSTO 


Thiago Augusto mendedahkan sedang melalui detik bahagia dalam dunia bola sepak kerana bukan sahaja akan mewakili kedah dalam perlawanan akhir piala malaysia tetapi turut dapat sokongan puluhan ribu penyokong hijau kuning. Penyerang import kelahiran brazil itu merupakan jentera serangan penting skuad hijau kuning yang akan turun menentukan status piala Malaysia,sama ada akan kekal di Selangor atau dibawa pulang ke Alor Setar.

Menurut pemain berusia 26 tahun itu,meskipun pernah beraksi dalam perlawanan akhir ketika mewakili kelab Brazil dan Arab namun suasana yang dilalui di Kedah agak berlainan.ini kerana,buat pertama kali pemain pimjaman dari Felda United itu tidak putus menerima pelbagai ucapan dan sokongan daripada penyokong -penyokong hijau kuning."Mulanya saya melihat mereka memberi sokongan di dalam stadium yang dipenuhi dengan warna hijau kuning dan sekarang sokongan itu mula diberikan sehingga di luar padang.

"Ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi saya walaupun pernah bermain dalam perlawanan akhir bersama kelab Arab dan di negara saya sendiri iaitu Brazil.Tambahnanya,situasi yang dilalui ketika ini merupakan suasana bahagia dalam bola sepak saya kerana sentiasa mendapat suntikan semangat daripada penyokong hijau kuning.
"Saya sedang melalui detik yang menggembirakan sebagai seorang pemain bola sepak profesional kerana sokongan datang bukan sahaja di atas padang tetapi di luar padang.
"Suasana ini membuatkan saya merasakan ingin bersama kedah untuk musim seterusnya  dan berjuang mendapat lebih banyak kejayaan bersama meraka.
"Sebagai pemain luar bukanlah mudah untuk sesuaikan diri dengan kelab-kelab tempatan,tetapi di sini saya gembira kerana sentiasa mendapat sokongan daripada semua termasuk rakan sepasukan dan pihak pengurusan.
"Walaupun  tempoh saya disini belum menjangkau setahun,tetapi sokongan yang diberikan kepada saya sudah cukup untuk membuktikan perhubungan yang akrab antara rakan sepasukan dan penyokong hijau kuning,"jelasnya.

Augusto memberitahu,fokusnya kini adalah untuk memulihkan sepenuhnya kecederaan yang dialaminya sejak mewakili Felda United musim lalu supaya dapat memberi aksi yang terbaik.
Share:

Ahad, 6 November 2016

BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PENJARING GOL KEDAH MUSIM 2016

SHANE SMELTZ 

Berikut adalah senarai penjaring gol kedah musim 2016


11 gol - Shane Smeltz

10 gol - Liridon Krasniqi

9 gol - Thiago Augusto

8 gol - Carlos Kahe

6 gol - Baddrol Bakhtiar

4 gol - Syazawan Zainon

3 gol - Sandro Da Silva

3 gol - Bang Seung Hwan

2 gol - Fakri Saarani

2 gol - Farhan Roslan

1 gol - Halim Saari

1 gol - Amirul Hisyam

1 gol - Azmeer Yusof

1 gol - Rizal Ghazali

1 gol - Khairul Helmi Johari

1 gol - #GOL SENDIRI


Share:



WOW! Setelah Membawa Kedah Juara Piala Malaysia Inilah Gaji Terbaru Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe



KEJAYAAN membawa Kedah muncul juara Liga Perdana 2015 adalah permulaan kepada musim cemerlang Tan Cheng Hoe bersama skuad Lang Merah.

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kejayaan membawa Ke­dah menjulang Piala Malaysia, menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA musim ini menyebabkan saham jurulatihnya, Tan Cheng Hoe me­lam­bung.

Sebaik saha­ja tamat Piala Malaysia, Ahad lalu, jurulatih ber­usia 48 tahun itu pantas dikaitkan de­ngan perpindahan ke beberapa pasukan tanah air, termasuk Pulau Pinang kerana kontraknya ber­sama Lang Merah tamat, hujung tahun ini.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang tidak mahu kehilangan jurulatih kesaya­ngan mereka itu dikatakan sanggup menaikkan gajinya sehingga RM100,000 sebulan bagi memastikan kepakaran Cheng Hoe tidak terlepas ke tangan pasukan lain.

“Saya boleh katakan 90 pe­ratus Cheng Hoe akan kekal di Kedah kerana dia mungkin diberi tawaran kontrak yang le­bih lumayan dan dianggarkan hampir RM100,000 sebulan.

“Jadi besar kemungkinan dia tidak akan berhijrah ke pasukan lain, walaupun dikaitkan dengan Pulau Pinang.

“Saya juga difahamkan Kedah bakal mendapat peruntukan lebih besar berbanding sebelum ini kerana mereka telah menjuarai Piala Malaysia.

“Sukar untuk saya katakan sama ada dia akan tinggalkan Kedah atau sebaliknya namun saya fikir dia mungkin akan kekal bersama Lang Merah,” kata sumber rapat KFA kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Cheng Hoe me­ngakui, dia ada dirisik beberapa pa­sukan dalam Liga Malaysia, namun menegaskan masa depannya bersama Kedah bergantung kepada pe­ngurusan KFA sama ada mereka mahu menggunakan khidmatnya atau tidak, musim depan.

Enggan mendedahkan pasukan mana yang cuba merisik, jurulatih itu sebaliknya berkata, buat masa ini hatinya bersama Lang Merah.

“Kontrak saya tamat pada bulan ini dan sama ada saya kekal bersama Kedah atau tidak itu bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukannya.

“Memang ada beberapa pa­sukan berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya tidak boleh beritahu anda (media) berapa pasukan yang melamar saya,” katanya.

Cheng Hoe juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kedah muncul juara Liga Perdana musim lalu, kejayaan yang membolehkan mereka kembali bersaing dalam Liga Super.

Selain itu, dia turut membantu Lang Merah melangkah ke final Piala Malaysia tetapi tewas 0-2 kepada Selangor.

Kedah bagaimanapun membalas dendam ke atas Sela­ngor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Shah Alam.

Share:

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser