Sabtu, 28 Januari 2017

Mohd Farhan Abu Bakar Mohon Maaf

Mohd Farhan

MOHD FARHAN ABU BAKAR MOHON MAAF,PERLUKAN SUNTIKAN MORAL BUKANNYA CACI MAKI


To my mother and father, may every tear that has ever fallen from your tired eyes on my behalf become a river for you in Jannah. Amin.
.
To arwah mak, who passed away when i was 10 years old. Seorang peminat bola sepak kedah. Masa saya dalam pantang dia usung saya naik bas sbb nak pi tengok bola. Ya, masih dalam pantang. Asalkan dapat tengok bola. Mak, kalau dari saya dalam pantang pun mak sanggup bawa saya pergi stadium tengok bola. Kalau mak masih ada, mesti mak seronok tengok anak sendiri di dalam padang. Sekurang-kurangnya, pasti mak bangga. Kalau mak masih ada, di antara beribu penonton yg cerca saya, pasti terselit doa seorang ibu yang inginkan terbaik untuk anaknya. Tapi sayang, saya tiada lagi kekuatan doa dari seorang ibu untuk saya. Tapi siapa kita untuk melawan takdir Allah.

Ya, hidup ni ada naik turunnya. Jujur bila saya baca komen di fb, ig dan lain-lain terlalu ramai orang memaki hamun dan mempersendakan saya membuatkan saya terkilan dan lemah. Tapi perjalanan saya masih jauh. Saya akan ambil segala komen negatif itu sebagai cabaran untuk teruskan perjuangan. Setiap orang pasti akan tiba hari jatuhnya. Tapi tak kan selama-lamanya. Biarlah orang berkata apa mereka suka, yang penting saya akan berusaha untuk keluarga dan rakan-rakan yang setia jatuh bangun saya. Kepada abah, minta maaf sbb saya nasihatkan abah untuk tidak ke stadium malam semalam, kerana saya sudah pun jangka. Biarlah 20ribu penonton memaki saya sekali pun. Biarlah saya yang rasa tapi bukan abah. Biar hati saya tercalar, tapi bukan hati abah.

Mungkin ujian Tuhan ini akan membuatkan saya lebih kuat dimasa hadapan. InsyaAllah.

Di sini, saya ingin memohon maaf jika kelakuan saya menaikkan kemarahan penyokong kedah. Buat masa sekarang saya cuma perlukan suntikal moral dan bukannya caci maki. Kepada rakan sepasukan saya, saya juga ingin memohon maaf andai saya ada salah dan silap. Mereka antara yg terhebat yg pernah saya bekerja di kala naik turun sepanjang karier saya ini. Will come back stronger insyaAllah !




*Dipetik dari page Mohd Farhan Abu Bakar
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser