Isnin, 26 Jun 2017

Kedah Mampu Pertahan Piala Malaysia,Laungan Fitri Omar - Pertahanan Kedah


Fitri Omar




FITRI OMAR LAUNG KEYAKINAN, KEDAH MAMPU PERTAHAN PIALA MALAYSIA


Pemain pertahan Kedah, Fitri Omar melaungkan keyakinan beliau yang pasukannya mampu mempertahankan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukannya itu pada musim lalu.

Bercakap kepada MStar, Fitri ( Gambar ) yakin dengan kualiti yang dimiliki skuad tersebut dan mampu memberikan cabaran yang serius dalam saingan piala nasional tertua Asia itu.





Fitri Omar - Pertahanan Kedah


“Untuk waktu ini, kami cuma perlu fokus dan terus berusaha keras untuk mendapatkan tempat di perlawanan akhir Piala Malaysia.”

“Tidak mustahil untuk kami mempertahankannya, cuma apa yang terjadi kami perlu redha dengan takdir Tuhan.”


Bagi Fitri, keyakinan itu hadir menerusi ramainya penyokong Kedah yang hadir untuk menyaksikan pasukan mereka beraksi.

Beliau juga menolak cakap-cakap negatif yang mengatakan Kedah cumalah ‘cakap besar’ mengenai sasaran mereka.

Bagi beliau, menjadi juara adalah sasaran yang mesti ditetapkan oleh mana-mana pasukan.

Kedah diundi di dalam kumpulan C bagi saingan Piala Malaysia musim ini.

Skuad Lang Merah diundi bersama wakil Pantai Timur iaitu Kelantan, Melaka United serta wakil dari Liga Perdana iaitu UiTM FC.

Sumber: mstar


Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser