THIAGO AUGUSTO
Menurut pemain berusia 26 tahun itu,meskipun pernah beraksi dalam perlawanan akhir ketika mewakili kelab Brazil dan Arab namun suasana yang dilalui di Kedah agak berlainan.ini kerana,buat pertama kali pemain pimjaman dari Felda United itu tidak putus menerima pelbagai ucapan dan sokongan daripada penyokong -penyokong hijau kuning."Mulanya saya melihat mereka memberi sokongan di dalam stadium yang dipenuhi dengan warna hijau kuning dan sekarang sokongan itu mula diberikan sehingga di luar padang.
"Ini adalah sesuatu yang luar biasa bagi saya walaupun pernah bermain dalam perlawanan akhir bersama kelab Arab dan di negara saya sendiri iaitu Brazil.Tambahnanya,situasi yang dilalui ketika ini merupakan suasana bahagia dalam bola sepak saya kerana sentiasa mendapat suntikan semangat daripada penyokong hijau kuning.
"Saya sedang melalui detik yang menggembirakan sebagai seorang pemain bola sepak profesional kerana sokongan datang bukan sahaja di atas padang tetapi di luar padang.
"Suasana ini membuatkan saya merasakan ingin bersama kedah untuk musim seterusnya dan berjuang mendapat lebih banyak kejayaan bersama meraka.
"Sebagai pemain luar bukanlah mudah untuk sesuaikan diri dengan kelab-kelab tempatan,tetapi di sini saya gembira kerana sentiasa mendapat sokongan daripada semua termasuk rakan sepasukan dan pihak pengurusan.
"Walaupun tempoh saya disini belum menjangkau setahun,tetapi sokongan yang diberikan kepada saya sudah cukup untuk membuktikan perhubungan yang akrab antara rakan sepasukan dan penyokong hijau kuning,"jelasnya.
Augusto memberitahu,fokusnya kini adalah untuk memulihkan sepenuhnya kecederaan yang dialaminya sejak mewakili Felda United musim lalu supaya dapat memberi aksi yang terbaik.
0 Komen:
Catat Ulasan