Jumaat, 25 November 2016

AZMEER YUSOF TINGGALKAN KEDAH..




AZMEER YUSOF #25
Pertahanan kedah


Assalmualaikum & salam sejahtera

Seperti yg sedia maklum bahawa saya telah menandatangani dengan pasukan kuala lumpur adalah benar.Berat untuk sya buat keputusantetapu inilah lumrah bolasepak.saya minta maaf kepada semua kerana tidak dapat menavur bakti lagi untuk pasukan kedah.keputusan saya ini betul-betul terpaksa.Bukan kerana wang ringgit dan juga bukan kerana nama.Jika kerana wang ri ggit dan juga nama,saya pilih pasukan lebih besar.

Saya memilih Kuala Lumpur kerana saya tidak sanggup utk bertemu dengan pasukan kedah.Biarlah setahun saya tidak akan bertemu dengan pasukan kesayangan saya iaitu kedah.Saya juga mendoakan agar tidak bertemu langsung dalan kejohanan Piala FAdan juga Piala Malaysia.Amin...

Berbulan berjauhan dengan keluarga bukan mudah untuk saya atasi.Mungkin mudah pada orang lain tetapi tidak mudah untuk saya.Saya meletakkan keluarga saya mendahului segalanya.Ini FAKTOR sebenarnya mengapa saya menolak tawaran dari Kedah FA.

Saya pasti semua orang akan perasan dengan persembahan saya selepas kalah dngan JDT 5-0 di karkin.Selepas itu sayabterus dihukum apabila saya melakukan hanya satu kesilapan.Persembahan saya semakin merosot.Setiap ahari saya berusaha untuk dapatkan semula persembahan terbaik saya,tetapi saya tidak tahu kenapa semakin hari semakin merosot.Semakin hari keyakinan diri saya semakin berkurangan.Tambah pula dengan komen-komen negetif dari penyokong terhadap saya,saya bertahan dan terus bertahan.Tapi saya manusia biasa.Allahuakbar....jerit perih,penat lelah saya bagi segalanya untuk pasukan kedah.

Beberapa perlawanan saya memanaskan di bangku simpanan.Sewaktu itu Arif Farhan menunjukkan prestasi yang sangat baik.Sehinggalah beliau mengalami kecederaan barulah saya dapat masok semula sebagai pemain utamasehingga perlawanan Akhir Piala Malaysia. Di situ saya tidak nampak kesebelasan utama tahun depan akan jadi milik saya selepas Ariff Farhan sembuh nanti.

30 perlawanan sebagai pemain kesebelasan utaman,4 perlawanan masuk sebagai gantian,3 perlawanan tiada dalam pasukan,2 perlawanan duduk di bangku simpanan,1 gol untuk FA Cup. What a amazing experience!  (Ini adalah kiraan amatur )

Saya datang ke bumi Darul Aman dengan pertanyaan siapa Azmeer Yusof.Kini saya tinggalkan bumi DarulAman dengan ucapan tahniah dan terima kasih dari semua orang.Terima kasih,Alhamduillah. .

Terus menyokong pasukan kedah.Pasukan ini akan pergi lebih jauh selepas ini.Pasukan ini akan dapat lebih banyak kejayaan selepas ini.

Untuk ahli kejurulatihan pasukan kedah terutamanya Coach Tan,terima kasih memberi peluang kepada saya untuk bersama dengan pasukan Juara.Terima kasih memberi ruang kepada saya untuk merasai nikmag bersama oasukan terbaik Malaysia,dan terima kasih juga kerana telah  ubah mentiliti kami sebagai pemain 'kampung' yang sebelum ini hanya tahu bermain 'long ball' .Jika semua coach berperanan seperti Coarch Tan,saya percaya dan tidak mustahil kancah bolasepak Malaysia aka lebih menarik utk ditonton.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawaj kedah FA dan kepada semua penyokong pasukan kedah.Maafkan saya selama saya berada di numi DarulAman mahupun di mana saja.Saya mohon amoun segalanya.

Kedapa yang membenci saya,yg tidak suka sya,yg tidak yakin dengan persembahan saya selamasaya mewakili pasukan kedah,inilah masanya anda semua meraikan ketidaan saya bersama kedah.Tahniah kepada anda kerana salah satu impian hidup anda tercapai untk lihat Azmee Yusof keluar dari pasukan kedah.

Biar Jasa Jadi Kenangan.saya meninggalkan kedah FA dengan kebanggan semua orang sya meninggalkan kadah FA dengan kejayaan untuk pasukan.Saya meninggalkan kedah FA dengan satu Piala yg di idamkan oleh semua rakyat kedah,iaitu Piala Malaysia.

Kepada pemain-pemain yang sudah mula menutup aurat di dalam pasukan kedah ketika  bermain saya doakan untuk diri saya dan anda terus istiqamah.Jaga solaf,tutuplah aurat,percayalah,kita kita jaga perintah Allah,Allah akan jaga kita baik dalam padang mahupun di luar padang.In Syaa Allah.

Tiada yang pahit sepanjang saya berada di kedah,segalanya indah.sehingga kita beryemu lagi di lain hari,In Syaa Allah..
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser