Ahad, 26 Februari 2017

Kedah Menambah Derita Pulau Pinang



Photo : Kedah FA




25 FEB 2017, Pada aksi perlawanan LigaSuper 2017 semalam kedah menambah derita pulau pinang apabila menewaskan pelawat dengan jaringan 3-1.
Pada awal babak pertama kedua-dua pasukan menunjukkan aksi berbalas serangan yang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-20 kedah dikejutkan oleh pelawat apabila menjaringkan  gol hasil jaringan Faiz Subri.Kegembiraan pulau pinang tidak lama apabila kedah membuat serangan balas dan akhirnya kedah berjaya menjaringkan gol pernyamaan hasil jaringan pemain bek kiri kedah iaitu Fitri Omar pada minit ke-22.

Pada separuh masa kedua kedah nampak begitu bersungguh-sungguh untuk mengekalkan rentak kemenangan di laman sendiri,dan akhirnya pada minit ke-75,pemain gantian Syafiq Ahmad berjaya menjaringkan gol kedua pasukan Kedah hasil sepakkan percuma yang diambil oleh Baddrol Bahtiar.

Liridon Krasniqi tidak terlepas untuk mencipta nama selaku penjaring,apabila berjaya melepaskan sepakakan padu di luar petak penalti pada minit ke-86 sekali gus menghadiahkan gol ke-3 buat penyokong kedah dan juga keluarga beliau yang turut berada di Stadium Darul Aman semalam.Kedah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 6 perlawanan Liga Super 2017.Kedah menang 3-1 .











Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser