Isnin, 20 Februari 2017

KEDAH Kebal Di Kota Baharu



"Cheng Hoe puji semangat juang anak buah atasi kelantan"

Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe kagum dengan anak buahnya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan kelantan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke - IV.
Beliau berkata,percaturan taktikal yang dirancang membuahkan hasil apabila terpaksa berdepan dengan situasi empat tongak utama iaitu Liridon Krasniqi,Sandro Da Silva,Syazuan Zainon dan khairul Helmi Johari yang tidak dapat beraksi.

"Pemain muda yang mengalas tugas kali ini beraksi dengan keyakinan tinggi dan mereka bangkit membuktikan kemampuan pasukan yang kini menjadi pendahulu Liga Super 2017."Mereka berjuang bersungguh-sungguh dan tidak mudah mengalah walaupun diasak di kubu lawan yang memang menjadi kubu kuat pasukan The Red Warriors dan mereka juga menunjukkan semangat tinggi bermain secara sepasukan dan walaupun tanpa tonggak utama,"katanya,

Menurutnya ,Syawal Nordin yang mengantikan Khairul Helmi di benteng pertahanan dan menurunkan Amirul Hisyam Awang Kecik dibahagian tengah bergandingan dengan Baddrol Bahtiar bagi mengantikan Liridon Krasniqi dan Sandro ternyata memberi impak positif.Selain ini,dua pemain berpengalaman dan pernah mewakili kelantan iaitu Fitri Omar dan Ahmad Fakri Saarani juga diturunkan dalam perlawanan ini.

"Perlawanan agak seimbang antara kedua dua pasukan pada babak pertama namun memasuki babak kedua pemain berjaya mengubah suasanan dengan meningkatkan tekanan ke kubu pertahanan kelantan".Baddrol menyempurnakan Gol tunggal perlawanan itu menerusi sepakkan penalti pada minit ke -81,apabila Syafik Ahmad dijatuhkan dalam petak penalti.

Selain mengekalkan rekod tanpa kalah,Kedah juga akhirnya berjaya mencipta kemenangan pertama di tempat lawan musim ini selain menjadi peneraju Liga dengan mengumpul 11 mata selepas lima perlawanan.


Sumber : Harian Metro

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser