Isnin, 25 Jun 2018

Siapakah Yang Layak di Posisi Sayap Kiri,Akhyar Rashid Atau Nor Hakim Hassan ?




Siapakah Yang Layak di Posisi Sayap Kiri,Akhyar Rashid Atau Nor Hakim Hassan ?


Sejak pasukan kebangsaan diambil alih oleh Tan Cheng Hoe, kita telah melihat barisan pemain yang berbeza digunakan dalam tiga perlawanan antarabangsa bulan lalu. Di sini, kami ingin mengupas tentang sama ada Akhyar Rashid atau Nor Hakim Hassan yang lebiih sesuai diletakkan di posisi sayap kiri pasukan negara.

Tahun 2018 merupakan tahun paling gemilang buat Akhyar Rashid. Beliau cemerlang membantu pasukan bawah 23 tahun negara mencipta sejarah apabila layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam temasya Piala Asia Bawah 23 Tahun di China pada awal tahun ini.

Setelah cemerlang bersama skuad bawah 23 tahun, Akhyar kemudiannya dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menyertai skuad senior negara untuk menghadapi 3 perlawanan antarabangsa. Secara keseluruhan, Akhyar beraksi dengan baik dan beliau juga berjaya menjaringkan satu gol ketika Malaysia seri dengan Mongolia.

Bagi Nor Hakim pula, beliau bagaikan bangkit daripada masa kelam beliau pada musim lalu. Hakim terpalit dengan isu disiplin apabila beliau sempat hilang dari radar ketika bermain untuk T-Team musim lalu. Namun, musim ini bersama pasukan Perak, Hakim dilihat bangkit daripada peristiwa tersebut.

*sentuh gambar untuk lihat aksi Akhyar Rashid

Nor Hakim berjaya tampil cemerlang bersama pasukan Perak setakat ini. Dan hasil kerja keras beliau, Tan Cheng Hoe memanggil Hakim untuk menggantikan pemain yang digugurkan pada perlawanan menentang Bhutan. Beliau dimasukkan pada separuh masa kedua dan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun gagal disambar.

Kami berpendapat Akhyar dan Nor Hakim mempunyai kelebihan dan juga teknik yang tersendiri. Akhyar dengan gelecekkan beliau manakala Hakim dengan kepantasan di sebelah kiri. Jika melihat dari segi tubuh badan, Hakim memiliki sedikit kelebihan berbanding Akhyar.

*sentuh gambar untuk lihat aksi Nor Hakim Hasan

Walau apa pun, masih banyak yang boleh diperbaiki oleh kedua-dua pemain terutamanya Akhyar Rashid yang masih lagi berusia 20 tahun. Jika kedua-dua pemain ini mampu untuk mengekalkan rentak semasa, tidak mustahil mereka berdua menjadi pilihan utama untuk posisi sayap kiri pasukan negara.

Apa pendapat anda mengenai pemain mana yang lebih sesuai untuk mengisi posisi sayap kiri pasukan negara ? Adakah Akhyar Rahid ? Atau Nor Hakim Hassan ?


Tag Video : Aksi Akhyar Rashid | Aksi Nor Hakim Hassan
Baca Juga : Video : Aksi Akhyar Rashid Memukau

Sumber : Inikan Bola
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser