Ahad, 29 Oktober 2017

Kedah Boleh Juara - Ramon Marcote





ALOR SETAR: Kejayaan Kedah mencipta 'hatrik' final Piala Malaysia dengan layak buat kali ketiga berturut-turut musim ini membuktikan reputasi skuad Helang Merah itu sebagai satu daripada pasukan terbaik di negara ini.

Hakikat itu diakui bekas pengendalinya, Ramon Marcote yang turut melahirkan keyakinan betapa skuad bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu mampu memalit kedukaan ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila dua pasukan itu membuat perhitungan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kata bekas penyelia metodologi Atletico Madrid itu, meskipun skuad Harimau Selatan memiliki banyak kelebihan, Kedah mempunyai semangat juang dan keghairahan yang begitu tinggi dalam bola sepak.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan pasukan ini dan saya bangga melihat mereka sekali lagi mara ke pentas akhir kali ini. Hanya ada satu penjelasan untuk pencapaian ini iaitu Kedah adalah antara pasukan terbaik dan dibarisi pemain yang hebat.

"Tidak dinafikan JDT juga adalah pasukan yang hebat namun dalam sukan bola sepak, anda juga memerlukan semangat dan kepercayaan tinggi, jadi saya tahu elemen itu sememangnya ada pada pasukan Kedah sejak saya membimbing pasukan itu sebelum ini.

"Apapun, saya tahu pentas final Piala Malaysia bukanlah asing buat Kedah dan dengan pengalaman beraksi dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini, saya mengharapkan mereka dapat mengawal segala tekanan bagi memastikan mereka mampu muncul sebagai juara," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut aksi final terbabit, Marcote mengakui tiada pasukan yang boleh diletakkan selaku pasukan pilihan memandangkan apa saja boleh berlaku di pentas akhir.

"Lawan Kedah kali ini adalah lebih sukar tetapi jika anda mahu menjadi pasukan terbaik, anda perlu berhadapan dengan pasukan yang terbaik dan ketika ini, JDT adalah pasukan terbaik di negara ini.

"Jadi, saya melihat perlawanan akhir ini akan menjadi medan terbaik buat Kedah memberikan semuanya dan tidak perlu menoleh ke belakang lagi.

"Secara jujurnya, Kedah memperagakan bola sepak yang terbaik sejak tahun 2015 dan sudah pasti mereka mampu untuk mempertahankan Piala Malaysia," katanya.

Sumber : BeritaHarian

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser