Khamis, 5 Oktober 2017

Syazwan Mahu ke Final Buat Kali Ketiga Berturut-Turut..




PEMAIN sayap Kedah, Syazwan Zainon percaya semua rakan-rakannya akan memberi perhatian penuh pada separuh akhir Piala Malaysia 2017 bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 15 Oktober ini.

Menurutnya, pasukan itu berpeluang untuk mara buat kali ketiga berturut-turut ke pentas final Piala Malaysia selepas melakukannya pada 2015 dan 2016.

"Kami berharap mampu mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut dan peluang seperti memang tidak boleh dipersiakan oleh pasukan Kedah.

Walaupun saya dan lima lagi pemain Kedah tidak akan bersama pasukan untuk latihan bersama kerana mempunyai tugas bersama pasukan negara namun saya percaya pemain lain akan fokus kepada latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.




Menurutnya, beliau bersama Baddrol Bakhtiar, Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Fitri Omar dan Ifwat Akmal Chek Kassim akan menghadiri latihan pusat di Kelana Jaya esok untuk persiapan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober.

Semalam, akhbar ini melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar berkata, tumpuan dan latihan penyandang juara Piala Malaysia itu tidak terganggu walaupun enam pemainnya mempunyai tugas bersama pasukan kebangsaan bermula esok.

Sumber : Sinar Harian
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser