Sabtu, 28 Oktober 2017

Sandro Mendonca Tebus Kecewa Aksi Final Tahun 2016





Kekecewaan terlepas aksi final Piala Malaysia tahun lalu kembali terubat buat Sandro Mendonca apabila pemain import Brazil itu memastikan Kedah kini selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan.


Dia yang terpaksa diketepikan pada perlawanan akhir menentang Selangor tahun lalu akibat kecederaan meledak dua gol untuk menewaskan FELDA United 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman semalam sekali gus menempah tiket ke final buat kali ketiga berturut-turut menerusi agregat 3-1.


Mendonca beraksi ketika skuad Helang Merah tewas 0-2 pada pentas akhir Piala Malaysia 2015 kepada Selangor namun tahun lalu dia tidak menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Shah Alam ketika menewaskan lawan yang sama menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 (1-1 masa sebenar) kerana pulang awal ke Brazil bagi menerima rawatan.


"Tahun lalu saya tak bermain dan saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan ke final sekali lagi. Kemenangan ini amat bermakna buat saya, pasukan, penyokong dan keluarga saya.



"Saya gembira kerana dapat menjaringkan dua gol kerana saya berusaha keras setiap hari. Pada saya usia bukan penghalang untuk saya beraksi cemerlang," kata pemain berusia 34 tahun itu.


Tanpa kelibat perancang utama Liridon Krasniqi dan penyerang Ken Ilso, Mendonca membuktikan ketajamannya dengan menyumbat gol kesembilan untuk muncul penjaring terbanyak pada kempen kali ini.

Bagaimanapun dia tidak mahu mendabik dada dengan pencapaian itu andai tewas kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada final 4 November depan.

"Pada 2015 saya menjadi penjaring terbanyak (8 gol) tapi kami gagal memenangi piala jadi tahun ini saya berharap untuk memenanginya. Siapa yang menjaringkan gol tak penting asalkan Kedah menjadi juara.

"Johor DT pasukan yang kuat, bukan mudah untuk kami menewaskan mereka, tapi kami sudah bersedia," katanya.
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser