Rabu, 9 Mei 2018

Kedah Membuat Keputusan Tepat - B Sathianathan



KUALA LUMPUR: Mengikut mereka sudah biasa beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) dilihat sebagai jalan terbaik untuk pasukan yang mahu menukar pemain import pada jendela perpindahan kedua bermula 7 mei ini hingga 3 Jun depan.

Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan susulan laporan Sukan NSTP, kelmarin bahawa kebanyakan pasukan berdepan risiko besar jika berhasrat menukar pemain import pada pertengahan musim.

Beliau yang juga bekas jurulatih Harimau Malaya menjelaskan prestasi seseorang pemain tidak hanya boleh dinilai berdasarkan kecemerlangan ketika sesi latihan dan aksi persahabatan semata-mata.

“Kalau jumpa pemain yang lebih baik daripada sedia ada, mungkin boleh minta pengurusan tukar. Tapi, bimbang juga kalau pemain baru itu tidak boleh memberikan apa yang kita mahu selepas mengikat kontrak.

“Untuk mengambil pemain import, kita perlukan masa untuk tahu sama ada dia bagus atau tidak. Ada pemain ketika latihan bagus, tapi apabila perlawanan sebenar, tidak menjadi.

“Jadi, saya sendiri bimbang. Jalan terbaik mungkin kita boleh ambil pemain yang kita sendiri sudah kenal atau dia sudah biasa dengan Liga M seperti Marlon Alex James dan Juan Manuel Arostegui, tapi mereka sudah tua,” katanya kepada Sukan NSTP, semalam.

Melihat kepada kenyataan Sathianathan, Kedah mungkin membuat keputusan tepat pada jendela perpindahan kedua kali ini jika benar khabar angin mengatakan mereka berusaha mendapatkan khidmat bekas pemain Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Paulo Rangel.


[VIDEO | AKSI PENYERANG BARU KEDAH PAULO RANGEL]


Berdasarkan laporan semalam, ejen pemain Effendi Jagan Abdullah menjelaskan semua pasukan yang berhasrat menukar pemain import perlu sedia berdepan risiko, termasuk kos kewangan kerana terpaksa menggugurkan pemain lama selain tiada jaminan prestasi terbaik daripada pemain baru.

Mengulas lanjut, Sathianathan bersetuju dengan kenyataan Effendi, namun menjelaskan jurulatih juga berhak menukar pemain sekiranya keadaan terdesak seperti pemain sedia ada berdepan masalah disiplin.

“Benar apa yang dikatakan ejen pemain itu. Memang susah (nak tukar import di tengah musim), tapi kalau terpaksa kita kena tukar juga terutama mereka yang berdepan masalah disiplin.

“Apa pun kita perlu berhati-hati, takut tersalah pilih mungkin kita mendapat yang lebih teruk daripada pemain lama. Perkara paling penting jurulatih perlu berbincang dengan pengurusan dulu,” katanya.


Sumber : HM
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser