Isnin, 14 Mei 2018

Mukhriz Sedia Terajui Helang Merah Jika Suara Penyokong Mahukan



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sekiranya itu yang dimahukan penyokong-penyokong ‘Lang Merah’.

Katanya beliau tidak kisah diberi jawatan apa pun kerana fokus utamanya sekarang adalah untuk memastikan bola sepak di Kedah dapat dibangunkan dengan sewajarnya.

"Kalau penyokong rasa saya sesuai untuk terajui KFA sekali lagi sebagai Presiden KFA, saya boleh terima cadangan tersebut tetapi perlu lihat adakah tindakan itu perlu atau cukup sekadar saya membantu dari luar sahaja.

VIDEO KATA-KATA SEMANGAT DATO SERI MUKHRIZ SUATU KETIKA DAHULU


"Saya tahu, sebelum ini dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) Kedah telah menyatakan bahawa akan menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA kerana ia merupakan salah satu punca kepada masalah bola sepak Kedah sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata beliau menyerahkan keputusan pemilihan itu kepada pihak pengurusan KFA dan suara peminat bola sepak Kedah.

Manifesto PH negeri antara lain mengandungi janji PH untuk menilai semula penglibatan ahli politik dalam KFA.

Terdahulu, Mukhriz tiba di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman pada 8 pagi untuk memulakan hari pertamanya bertugas sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Tag : Ahmad Bashah Sah Letak Jawatan KFA

SumberBernama

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser