Rabu, 23 Mei 2018

Paulo Rangel "SAH" Jadi Penyerang Utama Lang Merah




KEDAH berpeluang menggunakan khidmat penyerang baharunya lebih awal apabila pemain itu mendapat lampu hijau daripada kelabnya untuk menyarung jersi hijau kuning secepat mungkin.

Penyerang baharu Kedah dari Brazil, Paolo Rangel akan menggantikan Pablo Pallares dari Sepanyol yang ditamatkan kontrak lebih awal selepas didapati gagal membantu skuad berkenaan.

Pengurus Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin  berkata, sebelum ini Rangel dijangka dapat mewakili Kedah selepas 27 Mei kerana menunggu surat pelepasan daripada kelabnya di Thailand.

Bagaimanapun jelasnya, skuad hijau kuning mendapat berita gambira apabila Rangel dilepaskan lebih awal bagi urusan pendaftaran untuk menyertai Liga Malaysia.

"Saya lega kerana Rangel akan mendapat pelepasan  kelabnya pada Rabu. Oleh itu dia akan mula sertai latihan secepat mungkin dan pendaftaran juga akan dibuat secepat mungkin bagi membolehkan dia membantu kita dalam perlawanan seterusnya.

Sumber KFA


"Kalau tiada apa-apa halangan, Rangel mungkin boleh diturunkan ketika menentang Selangor di Stadium Selayang minggu ini, ia akan memberi kelebihan kepada kita untuk berdepan skuad terbaik seperti Selangor.

"Berdasarkan pengalaman pernah mewakili beberapa kelab Liga Malaysia sebelum ini, kita yakin Rangel dapat menjalankan peranan sebagai penyudah dengan lebih baik dan membawa skuad ini ke tahap yang lebih baik,"  selepas perlawanan Liga Super antara kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman, Selasa malam.

Sumber KFA


Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof ketika mengulas mengenai perlawanan menentang Pahang meluahkan kepuasan selepas anak didiknya berjaya menewaskan lawan 2-0.

"Saya berpuas hati dengan aksi semua pemain khususnya barisan pertahanan, mereka berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik di atas padang dengan memastikan penyerang lawanan tidak bebas untuk mencipta peluang.

"Apa yang saya harap pemain dapat meneruskan momentum kemenangan ini dalam perlawanan seterusnya minggu ini," ujarnya.




Sumber : mStar
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser