Isnin, 7 Ogos 2017

Kesilapan Mudah Punca Kalah






KESILAPAN mudah yang dilakukan oleh barisan pertahanan Kedah menyaksikan mereka terpaksa berputih mata apabila tewas 2-1 kepada Pahang pada aksi ke-19 Liga Super 2017 di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, bagaimanapun fokus pasukannya untuk terus kekal di tangga kedua tetap ada selepas jurang dengan Pahang kini tinggal satu mata sahaja.

Menurutnya, kekalahan tersebut diharapkan mampu memberikan pengajaran berguna buat Hijau Kuning untuk memberikan aksi lebih baik pada baki tiga perlawanan liga.

"Kita ada baki tiga lagi perlawanan selepas ini dan dua daripadanya beraksi di laman sendiri, Stadium Darul Aman.

"Kalau nak kekal di tangga kedua liga, kita perlu menang semua baki perlawanan tersebut," katanya.

Bercakap mengenai mutu semasa permainan pasukannya, beliau mengakui pemain Kedah gagal mempamerkan aksi terbaik selepas dihimpit dengan masalah kecergasan.

Menurutnya, perkara tersebut menyaksikan beliau terpaksa menyenaraikan ramai pemain muda dalam kesebelasan utama pada separuh masa pertama.

"Pemain sudah tidak cergas seperti biasa selepas mengharungi jadual yang cukup padat pada Julai.

Dalam pada itu, keputusan untuk menyenaraikan ramai pemain muda adalah bertujuan untuk mendedahkan mereka menimba pengalaman dari perlawanan besar seperti ini," katanya.

Selepas JDT diumumkan sebagai johan liga bagi empat musim berturut-turut dengan 45 mata, tumpuan perebutan tangga kedua kini terbuka kepada beberapa pasukan yang mana Kedah mendahului dengan 34 mata, diikuti Pahang (33 mata), Selangor (31 mata), Felda United (30 mata) dan Perak (30 mata).

Sumber : SinarHarian
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser