Sabtu, 12 Ogos 2017

Skuad Lang Merah Tunggu Lesen AFC




KEDAH bersedia menghadapi kancah kejohanan AFC pada 2018 apabila sudah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan permohonan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 31 Julai lalu.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya sudah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan lesen bagi membolehkannya Kedah beraksi dalam kejohanan AFC tahun depan.

"KFA juga sudah diaudit oleh pihak AFCdi mana KFA diberikan tarikh pada 31 Julai untuk kita serahkan semua dokumen berkaitan yang diperlukan dan Alhamdulillah, pada tarikh itu kita sudah selesai hantar semua dokumen yang diperlukan.

"Di samping itu, difahamkan bahawa negeri lain yang selesai melengkapkan proses dokumentasi ini selain Kedah adalah Melaka, T-Team dan Selangor," katanya.

Aminuddin berkata, pihak audit yang datang ke Stadium Darulaman juga berpuas hati dan pada masa sama KFA melakukan penambahbaikan yang diperlukan di stadium yang mana ini antara perkara yang dibuat dalam usaha mendapatkan lesen bermain di peringkat AFC.

"Alhamdulillah pada masa ini mana-mana pihak yang bercakap tentang kedudukan Kedah saya ingat ia tak betul dan saya yakin serta percaya pihak pengurusan yang mana saya selaku Setiausaha Kehormat memang berhabis-habisan bekerja untuk memastikan Kedah mendapat lesen ini.

"Cuma ada satu atau dua perkara yang sedang kita selesaikan dan kita sedang berurusan dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkenaan dengan kelab (status) yang mana kita sudahpun menghantar surat kepada pihak FAM.

"Untuk mendapat kelulusan ini, kita perlu menukar status dari 'FA' kepada 'FC'.

Inipun sudah kita buat dan kita mohon kepada FAM untuk kemukakan surat-surat rayuan kita kepada AFC berkenaan hal ini," katanya.


Sumber : HarianMetro
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser