Selasa, 8 Ogos 2017

Syukur Kerana Saya Masih DiBeri Peluang




KUALA LUMPUR: Tonggak tengah skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Amirul Hisyam Awang Kechik mahu menjadikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebagai medan menebus kekecewaan tersingkir awal pada temasya sama di Singapura, dua tahun lalu.

Pemain muda kelahiran Kedah itu menjelaskan betapa kelebihan beraksi di laman sendiri seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan misi memburu ibu segala pingat itu.

"Syukur kerana saya masih diberi peluang dan kepercayaan oleh jurulatih, Datuk Ong Kim Swee menyarung jersi skuad negara.

"Ini adalah Sukan SEA kedua yang saya sertai selepas 2015 dan saya akan cuba tebus semula kekecewaan di Singapura.

"Saya percaya dengan semangat tinggi semua pemain, Malaysia mampu melakukan sesuatu terutama sebagai tuan rumah," kata Amirul.

Amirul juga antara tonggak yang diharapkan Kim Swee termasuk membantu Malaysia menjuarai Kumpulan H pada kempen kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, bulan lalu.

Pada Sukan SEA Singapura, Malaysia terpaksa akur tersingkir di peringkat kumpulan kepada Thailand dan Vietnam yang mengisi slot ke separuh akhir.

Selain itu, Amirul yang berusia 22 tahun turut mengakui betapa masalah keserasian tidak timbul dalam kalangan pemain kerana kebanyakannya sudah pernah beraksi bersama sebelum ini.

"Kami hanya perlu menyesuaikan diri dengan perancangan dan taktikal yang dirangka jurulatih. Soal keserasian saya fikir tiada masalah.

"Tugas sukar menanti di separuh akhir kerana kemungkinan akan berdepan Thailand dan Vietnam, apapun kami akan cuba yang terbaik demi negara," katanya.


Sumber : BeritaHarian
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser