Jumaat, 4 Ogos 2017

Kedah Hilang Dua Tonggak "Penting"






KEDAH terpaksa melupakan khidmat dua pemain pentingnya apabila turun menentang Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu malam.

Pengendali skuad hijau kuning, Mohd Nidzam Adzha Yusof berkata, dua pemain berkemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlawanan itu kerana mengalami kecederaan.
Menurutnya, pemain tersebut ialah Ken Ilso Larsen dan Liridon Krasniqi yang merupakan tonggak penting di bahagian tengah Kedah.

Jelas beliau, Liridon, Ilso Larsen mengalami kekejangan otot paha dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk direhatkan dalam perlawanan pada Sabtu.
"Selain dua import ini, Fakri Saarani juga tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan.

"Memang ini akan menyukarkan saya, tetapi kita juga masih ada pemain muda berkaliber seperti Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid, Amirul Hisyam Awang Kecik, Arif Farhan untuk mengambil alih tempat yang ditinggalkan.

"Kita masih ada pilihan yang mampu memberikan aksi terbaik dalam misi tiga mata ke Kuantan. Saya yakin mereka dapat membantu kita walaupun tanpa pemain import," katnya kepada mStar Online.
Mohd Nidzam menambah, kekejangan otot yang dialami bukan kerana kakasaran di dalam padang tetapi kekangan jadual yang perlu diharungi sebelum ini.
Beliau memberitahu, apa yang penting dalam perlawanan itu ialah pemain perlu bijak menyerap tekanan di tempat lawan dan memberi perhatian sepenuhnya di atas padang.

"Pemain perlu fokus dan terus berusaha mencari jaringan supaya misi tiga mata penuh ini tercapai. Ini penting kerana kita tidak ada pilihan lain lagi.
"Kehadiran penyokong kita nanti pasti akan mampu membakar semangat pemain untuk beraksi lebih baik dan pulang dengan kemenangan," ujarnya.


Sumber : mStar
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser