Selasa, 7 November 2017

Mario Gomez atau Roman Marcote !! Kedua-dua minat latih kedah 2018




Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dan bekas pengendali Kedah, Ramon Marcote menyatakan minat mahu membimbing pasukan Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmo, jurulatih Kedah ketika ini, Mohd Nidzam Adzha memberi bayangan akan melepaskan jawatanya selepas gagal membantu Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas.

Mohd. Nidzam meminta pengurusan KFA segera mencari ketua jurulatih baharu supaya perancangan pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Situasi itu telah menarik minat Gomez dan Marcote yang berhasrat dapat mengisi jawatan itu jika Mohd Nidzam benar-benar serius akan meninggalkan pasukan Kedah untuk memberi peluang kepada muka baharu.

Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

“Sudah pasti saya berminat. Saya pernah menyaksikan mereka bermain pada Januari lalu dan saya juga tahu JDT baru menang Piala Malaysia.

“Kedah merupakan pasukan yang kuat dan memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya masih ingat pemain mereka yang bernombor 8 (Liridon Kasniqi) adalah seorang pemain yang cukup hebat,” katanya kepada kosmo.

Mario Gomez


Kosmo turut melaporkan bekas jurulatih Kedah kelahiran Sepanyol, Ramon Marcote turut menunjukkan minat untuk kembali membimbing pasukan Kedah musim depan. Beliau pernah membawa pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015, namun tewas kepada Selangor 0-2.

Ketika itu, Tan Cheng Hoe sedang mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan Lesen A di China, sekali gus memberikan laluan buat Marcote untuk memikul tanggungjawab sebagai pengendali utama.

“Pengalaman di Kedah masih kuat di hati. Saya boleh mengingati setiap kenangan ketika bersama mereka dan pengalaman itu benar-benar berharga.

“Jika ada tawaran dari Malaysia, saya tidak teragak-agak untuk kembali ke sana kerana suasana bola sepak Malaysia amat mengagumkan.

“Saya mahu kembali ke sana jika ada peluang, apatah lagi tawaran itu datang dari Kedah,” ujarnya.

Ramon Marcote


Sementara itu, pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah berkata KFA tidak perlu memandang jauh untuk mencari pengganti Nidzam dengan menamakan Azraai Khor Abdullah sebagai calon yang berkelayakan.

“Azraai pernah membawa Kedah melakukan ‘double treble’ pada 2007 dan 2008 serta membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia pada 2011.

“Kami yakin beliau masih mempunyai sentuhan untuk mengemudi Kedah kembali sebagai pencabar ketiga-tiga piala di samping menghadapi Piala AFC kelak. Nidzam pula boleh dikekalkan sebagai penolong jurulatih,” katanya kepada Berita Harian.

KEPDA juga berharap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak mengambil masa yang lama untuk melantik jurulatih baru sebagai persiapan awal menghadapi musim 2018.

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser