Khamis, 9 November 2017

KFA Tunggu Surat Permohonan Dari Gomez dan Marcote ..



Bekas jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mario Gomez dikatakan berminat mahu membimbing pasukan Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. Turut menyatakan hasrat untuk membimbing Kedah ialah bekas jurulatihnya, Ramon Marcote.

Namun bagi pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffrey Low menyifatkan Mario Gomez lebih sesuai untuk membimbing skuad Helang Merah jika dibandingkan dengan Ramon Marcote.

Jeffrey memberitahu pengalaman Gomez ketika membimbing bekas pasukan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi faktor utama berbanding Marcote yang tidak pernah memiliki pengalaman mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmo, jurulatih Kedah ketika ini, Mohd Nidzam Adzha memberi bayangan akan melepaskan jawatanya selepas gagal membantu Kedah mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas.

Mohd. Nidzam meminta pengurusan KFA segera mencari ketua jurulatih baharu supaya perancangan pasukan untuk mengharungi kempen Liga Malaysia musim depan dapat dilakukan dengan lebih tersusun.

Situasi itu telah menarik minat Gomez dan Marcote yang berhasrat dapat mengisi jawatan itu jika Mohd Nidzam benar-benar serius akan meninggalkan pasukan Kedah untuk memberi peluang kepada muka baharu.



Bagaimanapun Jeffrey berkata, pihaknya sedia berunding dengan mana-mana calon berminat dengan juara lima kali Piala Malaysia tersebut tetapi pada masa sama memaklumkan belum ada sebarang permohonan rasmi daripada kedua-dua jurulatih asing terbabit.

Jika mereka (Gomez dan Marcote) berminat, perlu hantar surat (permohonan). Kita mungkin boleh berbincang apa yang beliau mahu selaras dengan kedudukan kewangan KFA.

“Sesetengah jurulatih menghantar permohonan dan kami akan teliti setiap permohonan itu. Jika Gomez berminat, tiada masalah tapi kena hantar permohonan.

“Jika ditanya pendapat saya, Gomez lebih sesuai kerana beliau memiliki pengalaman sebagai ketua jurulatih berbanding Marcote yang sebelum ini menjadi pembantu sahaja dan tidak pernah menjadi ketua jurulatih. Namun, buat masa ini Nidzam kekal sebagai jurulatih Kedah.

“Seperti saya katakan tadi, hantar surat permohonan. Kemudian, kita berbincang mengikut apa yang kelab ini mahukan sesuai dengan perancangan pada musim depan,” katanya kepada Kosmo!.


Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super dan Piala AFC pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Super dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Beliau yang sebelum ini turut menjadi buruan Selangor PKNS tanpa berselindung mengakui berhajat menjadi pengendali skuad Helang Merah jika diberikan peluang kerana jurulatih kelahiran Argentina itu terdesak membuat penampilan semula pada Liga Malaysia (Liga M).

“Sudah pasti saya berminat. Saya pernah menyaksikan mereka bermain pada Januari lalu dan saya juga tahu JDT baru menang Piala Malaysia.



“Kedah merupakan pasukan yang kuat dan memiliki pemain-pemain yang bagus. Saya masih ingat pemain mereka yang bernombor 8 (Liridon Kasniqi) adalah seorang pemain yang cukup hebat,” katanya

Hasrat tersebut juga turut diluahkan oleh Marcote yang mahu membuat penampilan semula di negara ini selepas jurulatih kelahiran Sepanyol itu pernah membimbing pasukan Kedah layak ke pentas final Piala Malaysia 2015.


Sumber : Kosmo
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser