Ahad, 8 Julai 2018

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia

6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia 



Slot untuk beraksi dalam peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia masih lagi terbuka meskipun pasukan Pahang berjaya memenangi Piala FA semalam. Ini kerana pasukan Pahang dikenakan penggantungan oleh FAM dimana mereka tidak dibenarkan beraksi di peringkat Asia selama dua tahun.

Jadi, slot ke Asia tersebut akan diberikan kepada pasukan yang berjaya menamatkan saingan Liga Super musim 2018 di tangga kedua. Ketika ini, pasukan Perak menduduki tangga kedua dan mereka berpeluang untuk mengekalkan kedudukan tersebut jika mengutip mata penuh pada baki 5 perlawanan Liga.

Akan tetapi, kelebihan yang dimiliki oleh Perak masih lagi boleh dikejar oleh pasukan lain. Kedah yang menduduki tangga ketiga hanya berada satu mata dibelakang pasukan Perak.

Pasukan bimbingan Irfan Bakti, Terengganu FC pula yang menduduki tangga kelima dengan 27 mata berada empat mata di belakang. PKNS FC pula ketika ini menduduki tangga keenam dan berada lapan mata dibelakang.

Tiga pasukan iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka Uniter pula berada 11 mata dibelakang. Kedudukan ketiga-tiga pasukan ini sedikit jauh namun jika pasukan di atas mereka keciciran mata, tidak mustahil mereka mampu mengejar dan mendapatkan slot ke Asia tersebut.

Kedudukan Liga Super 2018

Slot ke Asia ini amat penting bagi semua pasukan kerana mereka dapat beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik di rantau Asia. Pasukan tersebut juga mempunyai peluang untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi dan mendapatkan pengalaman terbaik.

Apa yang penting, pasukan yang disebutkan di atas perlu mengutip mata penuh pada baki lima perlawanan Liga selepas ini dan mengharapkan pasukan lain keciciran mata. Bukan senang untuk mendapatkan peluang bermain di Asia. Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan segala-galanya.

Apa pendapat anda mengenai perlumbaan untuk beraksi di peringkat kelayakkan Liga Juara-Juara Asia yang masih lagi terbuka kepada enam pasukan? Mampukah mereka memanfaatkan peluang ini dan beraksi di samping pasukan terbaik di rantau Asia?


Baca juga : Tok Gajah "Jinakkan" Red Giants di Pentas Akhir Piala FA 2018


Sumber : inikan bola
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser