Selasa, 17 Julai 2018

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang'

6 Pemain Utama Lang Merah 'Hilang' 



ALOR SETAR: Ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berharap barisan tempangnya mampu melakukan keajaiban dengan menewaskan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam esok.

Menurutnya, beliau tidak dapat menurunkan Paulo Rangel dan Alvaro Silva yang menjalani penggantungan manakala Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah, Akhyar Rashid  serta Ariff Farhan yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Baca juga : 6 Pasukan Masih Berpeluang ke Slot Asia


"Ketiadaan enam pemain utama itu meresahkan saya, tetapi kita perlu teruskan perjuangan dengan semangat yang kental dan mahu pastikan semua pemain yang dipilih menggunakan peluang sebaik mungkin dalam misi mendapatkan tiga mata yang berharga di laman sendiri.

"Saya akui perlawanan ini penting, apatah lagi, kedua-dua pasukan mengumpul 30 mata dan bersaing dengan Perak serta Pahang untuk tempat kedua.

"Jadi, ia umpama larian pecut dan semua pasukan mahukan kedudukan terbaik dalam liga apabila tinggal tiga saja perlawanan berbaki sebelum saingan menutup tirai," katanya.

Nidzam berkata, perlawanan itu juga harus mengukur sejauh mana kemampuan barisannya bangkit selepas tewas kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim 1-2, Jumaat lalu.

"Walaupun tampil dengan barisan tempang, saya yakin semangat kental pemain yang ada mampu membawa cabaran kali ini sekali gus mendapatkan tiga mata bagi membuka peluang untuk memburu tempat kedua," katanya.

Tag ; Akhyar Tidak Boleh Lagi Bermain Untuk Kedah



Sumber : BH
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser