Sabtu, 15 Julai 2017

"Saya Memang Geram" - Sandro






PEMAIN import Kedah, Sandro Da Silva mengakui berada dalam keadaan geram ketika skuadnya akan turun melayan kunjungan Selangor di Stadium Darul Aman pada Sabtu malam.
Pemain tengah dari Brazil itu tidak dapat menyembunyikan perasaan apabila terlepas perlawanan sebelum ini kerana digantung akibat menerima tiga kad kuning.
Berikutan itu, dia mahu kembali bersama rakan sepasukan dah meraih kemenangan seterusnya di gelanggang keramat skuad hijau kuning.
"Saya bersyukur kerana kita berjaya mendapat kemenangan sebelum ini untuk memberi saingan terhadap pendahulu Liga Super, namun ia perlu diteruskan.

“Saya memang geram menyaksikan rakan sepasukan lain bertungkus lumus bagi mencapai kemenangan tetapi apakan daya. Saya kini tidak ada masalah untuk beraksi pada perlawanan malam ini dan memberi sumbangan yang bermakna bersama rakan sepasukan lain.

“Kini Kedah sudah berjaya menguasai kembali tempat kedua Liga Super dan sudah pasti kami tidak mahu kehilangan kedudukan ini," katanya kepada mStar Online.

Sandro menambah, jaringan gol pada setiap perlawanan setakat ini termasuk aksi persahabatan memberikan semangat dan keyakinan untuk terus mencipta kejayaan bersama Kedah.

“Bagi saya tidak ada makna menjaringkan gol tetapi pada akhir perlawanan kita kecewa, apa yang penting ialah kejayaan kami mengutip mata penuh di Stadium Darul Aman malam ini dan saya yakin ketiadaan enam pemain muda tidak akan melemahkan kami.

“Memang kami memerlukan kesemua pemain yang didaftarkan untuk beraksi pada Liga Malaysia musim ini tetapi sebagai pemain profesional mereka juga perlu beraksi bersama pasukan kebangsaan dan ini hanya akan menambah ilmu dan juga pengalaman mereka di peringkat antarabangsa.

“Saya juga yakin kemampuan barisan jurulatih untuk membariskan kesebelasan terbaik demi mencapai kejayaan yang dicari. Kehadiran Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Syazwan Zainon, Khyril Helmi Johari, Abd Hadi Abdul Hamid dan pemain muda Asri Marzuki pasti mencerahkan harapan kita untuk mencapai matlamat," tegasnya.

Sementara itu, pada tarikh hari ini iaitu 15 Julai 2008, Kedah kehilangan bapa kebangkitan bola sepak skuad hijau kuning iaitu Datuk Paduka Ahmad Basri Akil.
Allahyarham merupakan individu yang merencana semula skuad Kedah dengan mengilhamkan lagu dan logo pasukan selain kejayaan membanggakan bermula 1982. Al-Fatihah.




Sumber : mStar
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser