Selasa, 18 Julai 2017

Nidzam Adzha Dedah Keadaan Skuad Lang Merah





KETUA jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof mendedahkan perkembangan mengenai skuad hijau kuning yang bakal turun menentang Kelantan di Kota Bharu pada Selasa malam.
Jika sebelum ini beliau agak runsing dengan masalah kekurangan pemain, namun kini ianya beransur kukuh apabila pemain yang mengalami kecederaan semakin pulih dan bersedia untuk diturunkan.

Menurutnya, Akram Mahinan, Fitri Omar, Zachary Anderson, Abd Hadi Hamid dan Farhan Roslan mampu untuk dibariskan bagi meneruskan momentum kemenangan Kedah dalam saingan Piala Malaysia.

“Saya lega untuk bertandang ke Kelantan dalam meneruskan perjuangan kerana lima pemain yang hadir ini mampu memantapkan kembali prestasi pasukan dan terus mencerahkan harapan mengutip mata penuh.

"Dalam perlawanan sebelum ini kita hilang ramai pemain utama, tetapi saya bersyukur kerana pemain muda yang ada dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu kita baiki semasa menentang Kelantan. Lawan merupakan sebuah pasukan yang hebat dan kita perlu fokus dan terus berusaha," katanya kepada mStar Online.
Mohd Nidzam menambah, Fitri, Zachary dan Hadi kini sudah pulih daripada kecederaan mereka  akan turut serta dengan pasukan yang akan bertolak ke Kelantan hari ini (Isnin).

Jelasnya, kematangan yang ditunjukan pemain muda daripada skuad Piala Presiden ketika membantu Kedah sebelum ini merupakan perkembangan positif untuk masa depan skuad berkenaan.
"Mereka bermain dengan baik apabila diberi peluang, ini membuktikan kita mempunyai pelapis yang baik untuk diserapkan ke skuad utama selepas ini.
"Apa yang penting mereka perlu diberi peluang untuk lebih matang sekaligus meneruskan legasi dan kecemerlangan pasukan pada masa akan datang," ujarnya.


Sumber : mStar
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser