1 julai 2017 ALOR SETAR, Kedah turun sebagai selaku tuan rumah pada aksi Liga Super 2017 malam tadi dengan mencatatkan kekalah pertama di laman sendiri bertemu Perak.
Ketiadaan pemain utama kedah akibat kecederaan membolehkan perak mengambil peluang untuk mencari mata berharga di Darul Aman.
Perak mendahului pada minit ke-30' menerusi pemain pertahanan kedah iaitu Syazwan Tajuddin yang tertampan ke gol sendiri.kedah cuba bangkit menyamakan kedudukan namun pertahan kedah dihukum sekali lagi menurusi pemain perak Nasir Basharuddin minit ke-47' selepas sepak mula masa kedua.
Pada minit ke- 59' hantaran lintang Ariff Farhan ditanduk kemas oleh Sandro Da Silva menerjah jaring pasukan perak namakealpaan pertahan kedah minit ke-73' membolehkan pemain import perak Gilmar menghukum kedah sekali lagi dengan jaringan kedah 1-3 Perak.
Kedah tidak berputus asa untuk merapatkan kedudukan gol dan akhirnya Kedah berjaya merapatkan gol pada minit 84' hasil gerakkan hantaran silang Fitri Omar dan ditanduk oleh Liridon Krasniqi.Kedah membuat asakan bertubi-tubi ke gawang gol perak namun pertahanan perak tetap kebal ditembusi hinhga wisel penamat ditiupkan.kedah terpaksa akur dengan keputusan kedah 2-3 Perak
Highlight Kedah vs Perak | Liga Super 2017 | 1 julai 2017
0 Komen:
Catat Ulasan