Isnin, 10 Julai 2017

Penyokong Indonesia Terasa Hati dan Serang Syafiq Ahmad di Media Sosial




Penyerang Malaysia U-22 dan Kedah FA, Muhammad Syafiq Ahmad tidak menyebut nama pasukan "Indonesia". Beliau hanya menyebut hanya Thailand, Vietnam, dan Myanmar yang akan menjadi saingan terkuat dalam saingan di SEA Games 2017 sekaligus mencetuskan kemarahan para penyokong bolasepak Indonesia seolah-olah pemain tersebut memperkecilkan kebolehan pasukan tersebut.

Syafiq melihat Thailand dan Vietnam sebagai terkuat di Asia Tenggara. Sementara itu Myanmar berjaya layak ke Piala Dunia U-20 dan sudah semestinya memberi kerisauan kepada pemain ini tidak memandang rendah pasukan Myanmar kerana mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi dan menganggap pasukan tersebut rival terkuat bersama Thailand dan Vietnam.

“Saya lebih risau Myanmar, selain Thailand dan Vietnam. Mereka sudah buktikan sebelum ini dengan pernah layak ke final SEA Games di Singapura,” ujar Syafiq seperti merujuk dari Goal.

"Mereka pernah bermain di Piala Dunia dan pemain yang sama masih bisa bermain di SEA Games Kuala Lumpur," lanjutnya.





Statement Syafiq Ahmad tersebut menarik perhatian dari media Indonesia dan seluruh penyokong Indonesia kerana Syafiq tidak menyebut nama pasukan Indonesia sebagai pasukan tercabar dalam saingan SUKAN SEA 2017 sekaligus Media Indonesia berjaya mengambil kesempatan untuk mengapi-apikan perkara kecil ini sehingga berjaya menimbulkan kemarahan dan tidak kepuashati para penyokong Indonesia mengenai statement Syafiq Ahmad.

Sebahagian daripada penyokong Indonesia ada yang menyerang Pemain Malaysia B22 di Media Sosial Instagram, Bagaimanapun Syafiq Ahmad menjelaskan bahawa beliau langsung tidak tahu tentang berita yang tersebar di negara Jiran mengenai reaksi penyokong Indonesia.

SEA Games tahun ini akan dimulakan pada bulan Ogos nanti. Undian peringkat kumpulan akan dilakukan pada 8 Julai.

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Arkib Blog

Sponser