Khamis, 21 Disember 2017

"Lebih manis jika lebih banyak trofi" - Puan Seri Ginney Chew




KEJAYAAN mendapatkan pengendali dari Sepanyol, Ramon Marcote diharapkan mampu menyuntik semangat Hijau Kuning untuk lebih berdaya saing menghadapi Liga Malaysia 2018.

Pengarah ECK Development Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew berkata, matlamatnya seiring dengan sasaran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mahu mengekalkan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah dan Piala FA di bumi Darul Aman pada musim hadapan.

Bagaimanapun, penaja utama pasukan itu berkata, lebih manis jika lebih banyak trofi dapat dibawa pulang ke bumi jelapang padi pada musim baharu ini.

“Kalau boleh saya mahu lihat trofi Liga Super Malaysia dibawa pulang pada 2018, namun sudah tentu ia bukanlah satu tugas mudah kerana perlu berdepan pasukan besar seperti JDT (Johor Darul Ta’zim).

“Namun Kedah perlu berwaspada ancaman daripada pasukan-pasukan lain juga kerana saingan musim 2018 dijangka lebih sengit dan meriah,” katanya.

Jelasnya, Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah menggariskan perancangan pembangunan bola sepak Kedah dengan mewujudkan barisan pelapis serta melaksanakan Akademi Dato Ahmad Basri (ADAB) bagi mencungkil dan mengilap bakat dalam kalangan anak muda di seluruh negeri ini.

Ginney antara watak penting yang membawa kembali Marcote ke Kedah selepas mencadangkan pengendali itu bulan lalu kepada pengurusan tertinggi KFA.

Perkara itu dilakukannya selepas mendapat maklum balas positif daripada lebih 30,000 penyokong Hijau Kuning yang mahu bekas penolong jurulatih itu kembali melatih pasukan tersebut.



Sumber : SinarHarian
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser