RAMON Marcote yang bakal diumumkan sebagai pengendali baru Kedah, perlu membuktikan keupayaannya membawa skuad Lang Merah terbang tinggi di musim depan.
Bekas jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, tanggungjawab berat disandang pengendali kelahiran Sepanyol itu, apatah lagi harapan menggunung peminat yang mahu melihat kejuaraan demi kejuaraan dicapai negeri jelapang padi tersebut.
"Bagi saya, keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk bawa masuk kembali Marcote adalah satu tindakan positif selepas mendengar dan melihat sendiri apa yang dimahukan peminat setia Kedah.
"Apa yang pasti, dia perlu berada pada tahap terbaik dan tidak boleh buat silap apabila mengendalikan sebuah pasukan besar seperti Kedah, "katanya.
Kelmarin, kelibat Marcote kelihatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, menghangatkan spekulasi kemungkinan beliau bakal dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Kedah bagi musim 2018.
Video ketibaan Ramon Marcote di
Lapangan terbang Sultan Abdul Halim,Alor Setar
Ketika ditanya, adakah Marcote individu tepat untuk mengemudi Lang Merah, kata Mohd Azraai ia masih terlalu awal untuk diramal.
"Susah nak kata sama ada dia adalah calon tepat sebab bawa Kedah ke final Piala Malaysia ketika memangku jawatan Tan Cheng Hoe tahun lalu dan ia bukan gambaran yang boleh diambil kira.
"Untuk penanda aras sebenar, dia perlu buktikan mampu menang seberapa banyak kejuaraan bersama Kedah," katanya.
Namun, Azraai mengakui Marcote mempunyai kelebihan berdasarkan pengalamannya mengenali pemain yang pernah dibimbingnya dahulu.
Sumber ; SinarOnline
0 Komen:
Catat Ulasan