Selasa, 5 Disember 2017

PENJELASAN MENGENAI KEKELIRUAN ISU PELESENAN KEDAH DAN FELDA UNITED



PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH berjaya menyerahkan akaun mereka yang telah diaudit sebelum Lembaga Rayuan (AB) Pelesenan Kelab bersidang.

Walaupun mereka tidak dapat dipertimbangkan untuk Lesen AFC (peraturan AFC menyatakan bahawa tiada dokumen baru boleh dipertimbangkan selepas First Instance Body), Lembaga Rayuan cuma ada kelonggaran untuk mempertimbangkan dokumen lewat untuk lesen FAM sahaja dan inilah sebabnya Kedah diberi lesen FAM tetapi tidak boleh diberi lesen AFC.

Dalam kes Felda United, mereka tidak mengemukakan dokumen sebelum waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu tidak dapat dipertimbangkan untuk lesen AFC mahupun FAM.



First Instance Body dan Lembaga Rayuan adalah dua badan bebas. Ahli-ahli badan ini terdiri daripada juruaudit, ahli perakaunan dan berlatar belakang perundangan. FMLLP tidak mempunyai pengaruh atau kuasa terhadap badan ini. Jadi, sebelum anda "mempertikaikan kredibiliti FMLLP" berkaitan dengan pengeluaran lesen, sila ingat fakta itu. Tidak ada campur tangan.

Kes Kedah telah dipertimbangkan dengan sewajarnya kerana ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir bagi lesen tempatan namun tidak ada ruang untuk mempertimbangkan penyerahan akhir untuk Lesen AFC.

Walaupun keperluan bagi Lesen FAM adalah lebih ketat, dalam erti kata bahawa jika anda mengemukakan segala-galanya tepat pada waktunya, semua perkara menjadi sama, pemegang lesen FAM kebiasaannya akan layak juga untuk mendapatkan Lesen AFC tetapi ada juga perkara lain yang perlu dipertimbangkan, seperti bila penyerahan sebenar dibuat dan apakah garis panduan yang perlu diambil oleh Lembaga Rayuan dalam menimbangkan rayuan (termasuk yang ditetapkan oleh AFC berkenaan dengan Lesen AFC).


Sumber Page : FootballMalaysia
Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser