Khamis, 21 Disember 2017

Ifwat tercalon senarai 2 ketegori ABK2017



KUALA LUMPUR: Penjaga gol muda Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dipilih sebagai tiga calon akhir bagi dua kategori pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2017 (ABK2017) yang akan dilangsungkan Jumaat ini.

Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) itu yang kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan disaingi dua lagi pencabarnya bagi anugerah Penjaga Gol Terbaik iaitu penjaga gawang kebangsaan, Hafizul Hakim (Perak) dan FELDA United, Farizal Harun.

Edisi tahun lalu menyaksikan anugerah terbabit dimenangi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Penjaga gol berusia 21 tahun itu turut tercalon bagi kategori Pemain Muda Harapan yang turut menampilkan dua rakan sepasukannya dalam skuad B-23, Adam Nor Azlin (Selangor) serta Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) dengan anugerah itu dimenangi penyerang T-Team, Safawi Rasid, tahun lalu.

Anugerah Jurulatih Terbaik menampilkan dua pengendali pasukan Liga Perdana sebagai tiga calon akhir bagi merebut gelaran yang dimenangi bekas pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, tahun lalu.

Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) akan disaingi pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim dengan jurulatih FELDA United, B Sathianathan melengkapkan senarai tiga calon akhir bagi anugerah terbabit.

Setakat ini, hanya tiga kategori yang diumumkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dengan beberapa kategori seperti Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik serta Pemain Import Terbaik masih menjadi teka-teki.

ABK2017 akan berlangsung di Hotel One World, Jumaat ini, bermula jam 9 malam.


Ifwat kini sedang menjalani latihan pusat di Korea Selatan


Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser