Jumaat, 1 Disember 2017

SAH !!! Marcote Jurulatih Kedah 2018





ALOR SETAR: Penantian penyokong Kedah untuk menyaksikan kemunculan semula bekas pengendali, Ramon Marcote dari Sepanyol bakal berakhir apabila beliau dijangka kembali dalam masa terdekat.

Pengurus Kedah, Datuk Jefferey Low Han Chow berkata, proses rundingan membawa Marcote ke Alor Setar berjalan lancar dan beliau dijangka tiba selewat-lewatnya dua minggu lagi.

"Rundingan antara kedua-dua belah pihak berjalan dengan lancar dan kita jangka segala-galanya dapat diselesaikan untuk membolehkan Marcote hadir ke Kedah awal bulan ini.

"Cuma kita akan menunggu kehadiran beliau untuk proses rasmi yang akan diadakan di Alor Setar," katanya.


Ditanya mengenai pemilihan pemain import baharu untuk Kedah, Jefferey berkata, selepas Marcote diumumkan secara rasmi nanti, pengendali itu akan memilih pemain yang akan mewakili Kedah nanti.

"Sebagai ketua jurulatih yang akan mencorakkan taktikal permainan, beliau akan membuat pilihan pemain dan saya yakin Marcote mempunyai perancangan yang lebih baik berkaitan pemain import," katanya.

Berita mengenai kehadiran semula Marcote ke Kedah mendapat liputan meluas dikalangan penyokong tempatan yang rata-ratanya mahukan beliau kembali membimbing pasukan.

Sokongan turut dinyatakan Pengarah ECK Sdn Bhd, Puan Sri Ginney Chew yang juga penaja utama skuad Helang Merah.

Marcote pernah bersama Kedah pada 2015 sebagai jurulatih kecergasan dan pemangku jurulatih bermula di peringkat suku akhir, separuh akhir serta final Piala Malaysia.


Sumber : BH

Share:

0 Komen:

Catat Ulasan

Follow us

Interstitial ads

Sedang Online

Blogroll

Iklan

Artikel Terkini

Gol RABONA Padu YASHIR PINTO

Pengikut

Jumlah Paparan Halaman

Like pages kami

Sponser